Monday, December 26, 2011

Butler Bagi Kata Dua Kepada Pemain Kelantan

Baik Khairul Fahmi, S.Subramaniam, Shakir Shaari, Indra Putra Mahyudin, Norshahrul Idlan mahupun pemain import, tiada tempat dalam pasukan bagi anda meskipun berstatus pemain bintang, andai tidak berupaya menampilkan persembahan setaraf gaji besar yang diterima!


Mungkin itulah mesej yang cuba disampaikan Ketua Jurulatih Kelantan, Peter James Butler, selepas menyaksikan pasukan simpanan bimbingannya menewaskan Kuala Lumpur 2-0 sebentar tadi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

“saya tidak kisah apa status mereka, bintang atau bulan (berseloroh), import atau tempatan, jika tidak berupaya menampilkan aksi yang bagus, tiada tempat buat mereka dalam pasukan, pasukan ini dibentuk untuk muncul juara, sebab itulah kita tawarkan kontrak besar kepada pemain..pemain import juga masih memberikan masalah, Ghaddar umpamanya tidak boleh bercakap English, Melayu, susah untuk berkomunikasi dengannya walaupun saya berpendapat bolasepak adalah universal language, Zakaria masih dalam proses trial dan saya tidak tahu apa statusnya nanti, Antwi perlu mempamer sesuatu yang lebih daripada malam ini”.

“saya tegas dalam hal ini, tiada pemain anak emas, pemain yang perform akan sentiasa mendapat peluang dan untuk itu juga, saya tidak akan keberatan untuk sentiasa memberi ruang kepada bakat-bakat baru, pemain muda untuk tampil membuktikan kehebatan mereka, pada saya usia muda bukan penghalang untuk mencipta nama sebagai seorang pemain, di negara saya pemain mendapat peluang seawal usia 14, 15 tahun, tak perlu tunggu 19, 20 tahun..”.

Meskipun sekadar aksi pemanas badan, Butler yang merehatkan sebilangan besar pemain yang beraksi ketika menentang Persebaya pada Jumaat, tetap menganggap perlawanan menentang skuad warga kota sebagai perlawanan penting memandangkan ia memberi ruang untuknya membina keserasian, membentuk kombinasi dan mencuba gandingan pemain yang berkesan, selain mencuba taktikal yang dirasakan sesuai untuk diterap.

“ya, saya tidak akan berhenti mencuba formasi 4-3-3, 4-4-2, atau apa jua formasi selagi tidak mendapat ilham dan nampak hasil yang baik, kita ada barisan pemain bagus, dan saya akan memastikan setiap mereka mempunyai peranan untuk dimainkan di dalam skuad Kelantan, kita akan perbaiki apa yang dilihat masih lemah, dan percayalah kita sedang menuju ke arah itu..”. – Peter James Butler.

Kelantan akan berlepas ke Indonesia esok, 26 Disember 2011, untuk aksi timbal balik Piala Permai menentang Persebaya FC. Aksi pertama di Kota Bharu berkesudahan seri 1-1.

Friday, December 23, 2011

Temuramah Terbuka Di KOM (Jawatan Pengurus Besar)

Iskandar : Berundur Secara Kontroversi
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan mengadakan sessi temuduga terbuka untuk jawatan Pengurus besar seperti maklumat berikut :

Tarikh : 30 Disember 2011 (Jumaat)
Tempat : Bilik Asia Stadium Nasional Bukit Jalil
Jawatan : Pengurus Besar (menggantikan pengurus sedia ada, Latchumanan yang tamat tempoh perkhidmatan bulan ini, serta Dr. Iskandar yang meletakkan jawatan secara kontroversi baru-baru ini).
Gaji Minima : RM 3,000 (bergantung kepada pengalaman, serta kelayakan calon)

Tiada sebarang kriteria khusus ditetapkan, sepenuhnya bergantung kepada kelayakan calon di dalam pentadbiran dan pengurusan, tidak semestinya individu itu bekas atlet atau bekas pengurus, atau pernah memegang jawatan sama di mana-mana organisasi lain.

Calon-calon yang berminat bolehlah hadir (walk-in) temuduga pada hari tersebut, dengan membawa apa yang patut dibawa ketika menghadiri temuduga, kepada yang mengganggur pun dialu-alukan. 

Monday, November 28, 2011

Bola Itu Bulat, Cuba Lagi Olimpik 2016


Tewas kali ketiga berturut-turut, kali ini kepada Bahrain 2-3, selepas mendahului 2-0 hingga 10 minit terakhir, boleh dikatakan sudah menutup peluang skuad Harimau Muda untuk mengintai setidak-tidaknya dua tempat teratas di dalam Kumpulan C. Meskipun secara matematik peluang itu masih ada, namun kita perlukan lebih dari sebuah keajaiban untuk menterjemah kiraan matematik kepada kiraan logic.

Tamat Pusingan Pertama

Jepun                    2 – 0       Malaysia
Syria                     3 – 1       Bahrain

Malaysia              0 – 2       Syria
Bahrain                0 – 2       Jepun

Jepun                   2 – 1       Syria
Malaysia              2 – 3       Bahrain

Kedudukan

Jepun
3
3
0
0
6
1
+5
9
Syria
3
2
0
1
6
3
+3
6
Bahrain
3
1
0
2
3
7
-4
3
Malaysia
3
0
0
3
2
7
-5
0

Thursday, November 24, 2011

Menggapai Impian : Masih Terlalu Jauh Buat HM

Ong Kim Swee cukup tersentuh melihat situasi yang jarang sekali dapat kita saksikan apabila skuad negara tewas, di mana ribuan penyokong bolasepak tanah air masih tidak berganjak dari tempat duduk meskipun selepas pengadil membunyikan wisel penamat, dan berterusan memberikan tepukan gemuruh beserta sorakan padu kepada barisan pemain skuad Olimpik negara diketuai Khairul Fahmi Che Mat.

Ia juga dilihat sebagai ucapan tahniah di atas kejayaan mempertahankan pingat emas Sukan Sea oleh barisan pemain sama 48 jam sebelumnya di Stadium Gelora Bung Karno, sekaligus OKS melontarkan janji membalas sokongan dan kepercayaan peminat dengan menjadikan Bahrain – yang turut tewas dua perlawanan awal, sebagai mangsa kebangkitan.

“saya cukup tersentuh, mereka tidak berganjak, mereka beri sokongan penuh, saya hargai, dan kita perlu balas kepercayaan mereka dan bangkit menunjukkan aksi garang menentang Bahrain, saya yakin kita akan dapat melakukannya, kerana hari ini kita beraksi dalam keadaan kita masih keletihan, selain ketiadaan beberapa pemain seperti Fadhli (demam), Syahrul (fitness), Irfan (minor injury), dan kesemua mereka saya jangka akan dapat kembali beraksi menentang Bahrain nanti..”.

“kita dihukum apabila melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya, lebih-lebih bertemu pasukan seperti Syria yang mengamalkan corak permainan hantaran jauh, kita perlu meminimakan kesilapan, belajar dari kesilapan tersebut..” – Ong Kim Swee.

Melihat kepada senarai 12 pasukan yang layak hingga ke pusingan ketiga peringkat kelayakan, nyata Malaysia adalah pasukan paling lemah, dan diundi bersama jagoan Asia, Jepun, Bahrain dan Syria, OKS mungkin boleh dimaafkan andai perjalanan skuad Harimau Muda ternoktah hanya sehingga ke pusingan ketiga – namun dalam masa sama kita juga tidak lari daripada memasang angan mengharapkan mereka cuba untuk melakar kejutan - tanpa angan tiada impian.

Melihat perlawanan menentang Syria, bersama rakan-rakan media lain, nyata kita sebenarnya masih terlalu jauh untuk meletakkan sasaran mara ke Sukan Olimpik London 2012, tiada sebarang X-FACTOR, baik dari segi gaya permainan, hantaran pendek, hantaran jauh, hantaran lintang, skill individu, atau faktor lain yang boleh ditonjolkan sebagai PLUS POINT di kem negara. 

Jika adapun pemain negara yang menonjol, atau yang layak dilabel pemain terbaik negara semalam, KHAIRUL FAHMI CHE MAT seperti lazimnya tangkas di gawang, malangnya dihukum kerana kesilapan pertahanan, serta keberanian dan kelincahan ditonjolkan pemain muda berusia 17 tahun, NAZMI FAIZ MANSOR. 

Gaya permainan Nazmi tidak menampakkannya sebagai seorang pemain remaja, malah keyakinan yang dapat dilihat dalam setiap sentuhan serta kawalan bolanya, cukup untuk membolehkannya disebut sebagai HOT PROSPECT FOR THE FUTURE dan tidak keterlaluan jika dikatakan aksi pemain ini jauh lebih menghiburkan daripada Amar Rohidan atau Fakri Saarani sendiri.

Jika Malaysia berhasrat untuk mara lebih jauh dalam saingan ini, serta tidak mahu berputih mata sekali lagi, mahu tidak mahu, OKS perlu tegas dengan barisan penyerangnya, memberikan mereka kata dua, sama ada beraksi cemerlang, atau digugurkan daripada pasukan. 

Memang diakui, senarai kecederaan panjang sedikit membataskan pilihan yang OKS ada - hanya Fakri Saarani, Tamil Arasu dan Feris Danial, namun jika Fakri berterusan gagal OKS perlu mempertimbangkan pilihan lain dengan memberi peluang kepada Feris Danial, bukan terus mengharapkan Fakri sedangkan sudah terbukti pemain itu tiada sentuhan penyudah, malah puluhan ribu penyokong Malaysia sendiri tampak kecewa dengan sentuhan kecundang berterusan pemain Negeri Sembilan kelahiran Kelantan itu.

Harapan kita, Harimau Muda dapat menghidupkan peluang dengan menundukkan Bahrain, dan setiap kelemahan yang terserlah perlu segera ditutup manakala sentuhan penyudah perlu segera dipertajam, agar misi menjelmakan kebangkitan tidak menjadi misi lingkup.

Sunday, November 20, 2011

Izzaq Sudah, Fakri Pun Sudah, Irfan Bila Lagi? Ayuh Buktikan!


Artikel kali ini adalah kesinambungan kepada entry bertajuk Ceritera Sebuah Perjalanan, Noktahkan Dengan Emas (baca sini), yang dipublish sebelum perlawanan menentang Myanmar di separuh akhir. Tidak ramai yang meletakkan harapan sebenarnya, untuk melihat skuad muda bimbingan Ong Kim Swee mara hingga ke aksi final, seterusnya mempertahankan kejuaraan yang kita menangi 2 tahun lalu di Laos.

Kebanyakan pemerhati sekadar meramal Malaysia akan tersingkir di peringkat kumpulan atau paling jauh melangkah ke semi final – mengambil kira pencabar di dalam Kumpulan A, yang turut dibarisi juara 13 kali, Thailand dan BOGEY TEAM, Singapura.

Namun, kita berjaya membuktikan status juara bertahan bukan semata-mata atas nama, sebaliknya mempamer perwatakan sang juara, menumbangkan empat pasukan dalam laluan ke final – Thailand, Kemboja, Indonesia dan Myanmar, seterusnya muncul satu-satunya pasukan belum tewas dalam temasya kali ini. 

Irfan, belum menunjukkan potensi sebenar
Setinggi tahniah buat OKS di atas kejayaan manis ini, yang mana jika diteliti, ia hanyalah aksi FINAL KEEMPAT dalam tempoh 21 tahun, selepas 1989, 2001, dan 2009. Pujian juga buat semua pemain yang mahu sedaya upaya membuktikan kehebatan dan potensi diri masing-masing, meskipun aksi kebanyakan pemain boleh dilabel BELOW PAR - paling ketara Irfan Fazail yang langsung tidak menepati status selaku bintang utama pasukan yang pernah menimba pengalaman bersama Vion (Slovakia), serta dua lagi pemain penyerang, Izzaq Faris Ramlan dan Ahmad Fakri Saarani.

Izzaq dan Fakri bagaimanapun mungkin sedikit lega kerana kritikan demi kritikan ditujukan kepada mereka, berjaya ditutup serba sedikit dek kejayaan menjadi hero dengan menjaringkan gol kemenangan – Izzaq ketika menentang Thailand, dan Fakri ketika menewaskan Myanmar di separuh akhir. 

Namun ia tidak dapat menutup hakikat betapa dua penyerang ini belum berada di kelas tersendiri untuk mengerunkan pertahanan Indonesia di final nanti - lihat sahaja sumbangan Izzaq sejak dua perlawanan lalu, dan Fakri, jika tidak kerana berjaya menyepak masuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-85, apakah sumbangannya selama 84 minit menentang Myanmar, bukankah akan berterusan menjadi mangsa kritikan dengan prestasi sebegitu.

Bagi Irfan pula, dia tiba di Indonesia dengan status PLAYER(S) TO WATCH, selain Syahrul Azwari dan Wan Zaharulnizam ekoran ketiadaan Wan Zack Haikal. Namun dia tidak menepati status berkenaan, prestasinya jauh daripada apa yang peminat bolasepak tempatan harapkan dan Irfan perlu menggunakan sebaiknya peluang ini, untuk membuktikan sentuhannya, bukan sentuhan kecundang.

Izzaq, Fakri, dan Irfan – sekali lagi, ini bukan kritikan, sebaliknya lontaran cabaran untuk anda semua. Sahutlah ianya dengan semangat Sang Harimau, anda sudah melakukannya sebelum ini, anda adalah wira bolasepak tanah air, tetapi ia tidak harus terhenti di sini. Kini, anda semua hanya selangkah sahaja daripada mencatat sejarah sekali lagi, dipisahkan hanya 90 minit daripada mempertahankan pingat emas, ayuh buktikan kewibawaan, ayuh tepis segala kritikan yang dilontarkan kepada anda dengan aksi bertenaga di atas padang. PULANGLAH DENGAN KEJAYAAN, MALAYSIA BOLEH!!

Saturday, November 19, 2011

Tiket Olimpik Malaysia Lwn Syria Mula Dijual Selasa

RALAT : SS memohon maaf di atas kesilapan info awal, yang mengatakan tiket terbuka dijual pada harga RM40. Ini ekoran terdapat dua email yang dihantar Media FAM, pertama yang hanya menyatakan RM40, manakala yang latest (baru dibuka) dengan maklumat seperti di bawah. Sememangnya penulis bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan info sebentar tadi, dan bukan mencari publisiti murahan.  

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan tiket bagi menyaksikan perlawanan Kelayakan Olimpik antara Malaysia dan Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dijual pada harga RM40 (Grandstand) dan RM20 (Terbuka).
Tiket-tiket akan mula dijual seperti berikut :

22 November : Stadium Shah Alam & Stadium Bukit Jalil dari jam 9 pagi hingga 7 malam.
23 November : Stadium Shah Alam (9 pagi hingga 3 ptg), Stadium Bukit Jalil (9 pagi hingga separuh masa pertama).

Tiket juga boleh dibeli melalui www.tickethotline.com.my

Ceritera Sebuah Perjalanan, Noktahkan Dengan Emas!


Mereka bermula dengan dikritik hebat gara-gara gagal menampilkan perwatakan sang juara pada perlawanan pembukaan menentang Singapura, tetapi berakhir dengan status selaku juara kumpulan, menewaskan tuan rumah, Indonesia di hadapan puluhan ribu penyokong mereka sendiri, selain kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 4 perlawanan peringkat kumpulan.

Itulah ceritera perjalanan skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee – sememangnya sentimen Menang Dipuji Kalah Dikeji, susah untuk dibuang jauh, baik pemerhati, pengkritik, wartawan, peminat, malah penulis sendiri tidak menafikan mengamalkan sentimen sebegitu – tetapi yang pasti,  setiap kritikan mempunyai asas yang kukuh, bukan sewenang-wenangnya melontarkan kritikan.

Bercerita mengenai skuad OKS, penulis mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga tamat 4 perlawanan peringkat kumpulan, sebelum memilih untuk mengkritik atau menghambur pujian. Tamat perlawanan menentang Indonesia, yang mana kita menang 1-0 hasil jaringan tunggal Syahrul Azwari, nyata persembahan barisan muda ini wajar mendapat pujian, lebih-lebih lagi apabila mereka berjaya untuk mengurangkan kesilapan-kesilapan yang kerap dilakukan pada perlawanan sebelumnya – cuma masalah ketumpulan sentuhan penyudah masih belum dapat diatasi hingga ke saat ini.

Malah, jika tewas sekalipun kepada Indonesia, mereka tetap layak dipuji, di atas komitmen yang ditunjukkan serta kekuatan mental berdepan provokasi penyokong dan pemain lawan, cuma jika tersingkir, mungkin lain pula ceritanya. 

Tatkala Thailand menghantar skuad lemah ke temasya kali ini kerana memprotes tindakan tuan rumah yang seolah tidak serius dalam penganjuran acara bolasepak, serta hilangnya nilai sukan itu sendiri yang dihadkan kepada Skuad B-23 berbanding skuad senior suatu masa dahulu, Malaysia dari awal sudah dijangka mampu mara ke separuh akhir, dan untuk mara sebagai juara kumpulan dilihat sebagai suatu bonus.

Tanpa pemain berpengaruh seperti Gary Steven dan Wan Zack Haikal, pencapaian ini jelas boleh dibanggakan, namun ia tidak akan membawa sebarang makna andai OKS gagal dalam usaha mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu di Laos. 

Baddrol Bakhtiar berjaya menutup mulut pengkritik, dan pastinya berjaya membuka mata K.Rajagobal,  dengan deretan aksi konsisten yang ditunjukkan, malah berjaya meletakkan diri sebagai tonggak pasukan, kapten, perancang dan tidak keterlaluan andai dikatakan pemain paling menonjol dalam skuad OKS kali ini.
Apa yang kita harapkan perwatakan ditunjukkan ketika menundukkan Thailand dan Indonesia, akan dapat sekali lagi diulangi ketika menentang Myanmar, dan selamat berjaya diucapkan kepada wira bolasepak negara, dalam misi mempertahankan kejuaraan.

Friday, November 18, 2011

Suara Sukan Akan Tampil Berwajah Baru


Hari ini, sudah hari ke-18 kita di dalam bulan November, namun hanya 3 artikel sahaja sempat ditulis sepanjang bulan ini, termasuk satu artikel yang telah DIREMOVE atas permintaan/rayuan empunya badan (mungkin pembaca boleh mengagak artikel yang mana). 

Sememangnya bergelar HEAD OF PUBLIC RELATION, EDITOR dan WEBMASTER (portfolio baru) di Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan banyak membataskan masa penulis untuk duduk mengarang, kerana lebih banyak terlibat dalam penghasilan Buletin YAKEB, perlu berinteraksi hampir setiap hari dengan bekas atlet, rakan-rakan media, peralihan kepimpinan, penstrukturan semula, serta mengejar KPI untuk setidak-tidaknya menerbitkan 3 edisi Buletin YAKEB dan Koperasi Atlet Malaysia Berhad bagi tahun 2011.

Justeru penulis MEMOHON MAAF kepada semua pengunjung/pembaca yang mana mengunjungi blog ini dengan harapan ada artikel atau entry baru, sebaliknya tiada sebarang UPDATE buat masa ini. InsyaAllah, Suara Sukan akan kembali aktif dengan entry-entry terbaru dan lain dari yang lain sepertimana lazimnya dalam tempoh terdekat. 

Suara Sukan juga akan tampil berwajah baru, dan ketika ini dalam proses peralihan (transformasi & rebranding), yang mana akan menyaksikan kehadiran beberapa tokoh sukan tanah air, sebagai Anggota Lembaga, justeru penulis sendiri sebagai pengasas blog ini mengharapkan sokongan berterusan daripada pembaca dan insyaAllah lebih banyak reward menanti pengunjung bertuah selepas ini. 

Terima kasih – Muhammad Aiman.

Thursday, November 10, 2011

Beri Mereka Peluang Buktikan


Ketika Malaysia seri tanpa jaringan menentang Singapura pada perlawanan pembukaan tempoh hari, sememangnya prestasi ala kadar mereka layak untuk mengundang kritikan daripada peminat bolasepak tempatan – tiada nafsu mencari gol, hantaran yang kerap tersekat di tengah, serta permainan hambar yang langsung tidak menepati ciri-ciri skuad berstatus juara bertahan.

Penulis sendiri kecewa walaupun tidak berkesempatan menonton sepenuhnya perlawanan itu, kerana badi kita dengan Singapura, sama ada senior atau B-23 mereka yang disifatkan pasukan kedua terlemah dalam Kumpulan A, masih tidak dapat diatasi – hinggakan media sendiri tidak terkecuali daripada membidas permainan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu. 

Apapun, penulis mengambil sikap tunggu dan lihat, tidak mahu terlalu cepat membuat penilaian dan membidas tak kena tempat, kerana itu baru perlawanan pertama, mereka masih ada 3 perlawanan selepas perlawanan tersebut, justeru peluang masih terbuka untuk mengintai slot ke separuh akhir.

Dan ia dibuktikan semalam ketika menumbangkan Thailand, dengan aksi yang jauh lebih baik berbanding perlawanan pertama - penguasaan bola nyata milik skuad negara, ditambah pula kekerapan menguji penjaga gol lawan, cuma sekali lagi dikecewakan sentuhan penyudah tumpul, serta seperti lazimnya hilang fokus di saat akhir, di mana ketika Thailand menjaringkan gol penyamaan, terdapat 7 pemain termasuk penjaga gol berada dalam kotak penalti namun gagal untuk menghalang jaringan tersebut.

Izzaq Faris yang dikritik hebat pada perlawanan pertama walaupun hanya beraksi 10 minit, membalas kritikan dengan menjaringkan gol kemenangan (juga beraksi hanya 10 minit), manakala Fakri, tidak langsung menunjukkan aksi yang boleh JUSTIFY kenapa dia layak berada di dalam skuad. 

Sorry to say Fakri, anda gagal membalas kepercayaan OKS, walhal OKS sendiri tahu sejauh mana persembahan anda bersama skuad senior, serta di Negeri Sembilan, anda langsung tidak mendapat tempat, tersisih di belakang Hairudin Omar, Firdaus Azizul, Shahurain Abu Samah, dan Zaquan Adha. Kalau tidak mahu terus menjadi sasaran kritikan peminat mahupun media, BUKTIKAN SESUATU, ini bukan kritikan, tapi cabaran buat anda – balas kepercayaan yang diberi OKS.

Manakala OKS pula, beri peluang sekali dua tu boleh diterima, tapi kalau pemain dah diberi peluang berpuluh kali main masih tahap sama, lain kali drop jer terus. Ramai lagi pemain berpotensi tinggi. 

Kemenangan ke atas Thailand juga, dalam masa sama menyaksikan skuad B-23 bebas daripada kritikan buat sementara waktu, namun jika gagal dalam misi ke separuh akhir, bersedialah untuk sebarang kemungkinan.