Mereka bermula dengan dikritik hebat gara-gara gagal menampilkan perwatakan sang juara pada perlawanan pembukaan menentang Singapura, tetapi berakhir dengan status selaku juara kumpulan, menewaskan tuan rumah, Indonesia di hadapan puluhan ribu penyokong mereka sendiri, selain kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 4 perlawanan peringkat kumpulan.
Itulah ceritera perjalanan skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee – sememangnya sentimen Menang Dipuji Kalah Dikeji, susah untuk dibuang jauh, baik pemerhati, pengkritik, wartawan, peminat, malah penulis sendiri tidak menafikan mengamalkan sentimen sebegitu – tetapi yang pasti, setiap kritikan mempunyai asas yang kukuh, bukan sewenang-wenangnya melontarkan kritikan.
Bercerita mengenai skuad OKS, penulis mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga tamat 4 perlawanan peringkat kumpulan, sebelum memilih untuk mengkritik atau menghambur pujian. Tamat perlawanan menentang Indonesia, yang mana kita menang 1-0 hasil jaringan tunggal Syahrul Azwari, nyata persembahan barisan muda ini wajar mendapat pujian, lebih-lebih lagi apabila mereka berjaya untuk mengurangkan kesilapan-kesilapan yang kerap dilakukan pada perlawanan sebelumnya – cuma masalah ketumpulan sentuhan penyudah masih belum dapat diatasi hingga ke saat ini.
Malah, jika tewas sekalipun kepada Indonesia, mereka tetap layak dipuji, di atas komitmen yang ditunjukkan serta kekuatan mental berdepan provokasi penyokong dan pemain lawan, cuma jika tersingkir, mungkin lain pula ceritanya.
Tatkala Thailand menghantar skuad lemah ke temasya kali ini kerana memprotes tindakan tuan rumah yang seolah tidak serius dalam penganjuran acara bolasepak, serta hilangnya nilai sukan itu sendiri yang dihadkan kepada Skuad B-23 berbanding skuad senior suatu masa dahulu, Malaysia dari awal sudah dijangka mampu mara ke separuh akhir, dan untuk mara sebagai juara kumpulan dilihat sebagai suatu bonus.
Tanpa pemain berpengaruh seperti Gary Steven dan Wan Zack Haikal, pencapaian ini jelas boleh dibanggakan, namun ia tidak akan membawa sebarang makna andai OKS gagal dalam usaha mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu di Laos.
Baddrol Bakhtiar berjaya menutup mulut pengkritik, dan pastinya berjaya membuka mata K.Rajagobal, dengan deretan aksi konsisten yang ditunjukkan, malah berjaya meletakkan diri sebagai tonggak pasukan, kapten, perancang dan tidak keterlaluan andai dikatakan pemain paling menonjol dalam skuad OKS kali ini.
Apa yang kita harapkan perwatakan ditunjukkan ketika menundukkan Thailand dan Indonesia, akan dapat sekali lagi diulangi ketika menentang Myanmar, dan selamat berjaya diucapkan kepada wira bolasepak negara, dalam misi mempertahankan kejuaraan.
2 comments:
Aik, wira Malaysia tidak disebut? Hehe sebelum ini penulis yg katakan dia tak layak, pelengkap team... Air yang tenang jangan disangka tiada buaya... Hehe menyengat lagi si fakri tu. InsyaAllah kalau dah sumbat satu, mesti dapat gol lagi. Kalau dia skor final mesti rmai bminat tu. Tapi dia dah sain hehehe... Dengan ......? Hehe tengokla nanti.
Tumpang lalu ye~
Kalau ada yang berminat nak beli jersi HARIMAU MALAYA,sila klik di pautan di bawah.
Untuk baby dan ladies pun ada.
http://cebagoomarket.blogspot.com/2011/11/tanah-tumpahnya-darahku.html
Post a Comment