**takyah publish**
Terima kasih kepada pembaca/pengunjung blog Suara Sukan, yang senantiasa mengikuti perkembangan blog ini walaupun sepanjang bulan November ini, belum ada apa-apa update yang besar , al-maklumlah kerja makan gaji, jadi kesibukan kerja membataskan masa untuk duduk berkarya.
Sebut tentang pemain bolasepak berprofil tinggi ditangkap khalwat ini, sebenarnya perkara ini berlaku sudah agak lama, iaitu ketika peminat bolasepak tempatan masih lagi dengan demam Piala Malaysia, ketika itu saingan baru memasuki fasa suku akhir. Penulis sengaja tidak mahu mendedahkannya ketika itu kerana tidak mahu ia menganggu kerancakkan saingan Piala Malaysia.
Al-kisahnya - seorang rakan menghubungi penulis dan memberitahu ada pemain bolasepak berprofil tinggi ditangkap khalwat bersama isteri orang, dalam satu serbuan dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi 11Oktober lalu.
Tujuan rakan itu menyampaikan kepada penulis, bukan atas kapasiti penulis ni seorang wartawan atau blogger, tapi kerana rakan kepada suami wanita itu yang juga merupakan ahli sukan, juga merupakan rakan kepada penulis.
Menurut sumber yang turut sama terlibat dalam operasi, pemain yang mewakili sebuah pasukan berprofil tinggi (sekarang ni sedang dipancing sebuah lagi pasukan berprofil tinggi) dalam saingan Liga Super, singgah di rumah pasangannya berusia 28 tahun yang sudahpun beranak dua itu, selepas beraksi mewakili pasukannya beraksi pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia.
Hubungan antara pemain berusia 25 tahun yang juga pernah mewakili skuad Shahzan Muda dan Perlis, dan wanita berkenaan dilaporkan sudah terjalin sejak 2 tahun lepas, dan suami wanita itu pernah beberapa kali berjumpa dengan pemain itu untuk menasihatkannya agar tidak berskandal dengan bini orang, namun tidak diendahkan.
Pemain itu, yang juga anggota skuad kebangsaan sejak penghujung 2007, memainkan peranan penting dalam skuad negara sebelum tersisih akibat kecederaan, yang menyaksikannya terlepas beberapa kejohanan utama seperti Sukan Sea 2009 Sukan Asia 2010 dan Piala AFF Suzuki 2010.
Perkembangan ini nyata suatu yang cukup mengejutkan dan mengecewakan, apatah lagi dikhabarkan ia telah sampai ke pengetahuan Presiden Persatuan Bolasepak diwakilinya, yang sebelum ini beria-ria memancingnya untuk beraksi bersama pasukan itu.
Pemain itu yang dihubungi Suara Sukan, mengesahkan memang dia yang terlibat dalam tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut dan sekadar menjawab, “takpelah awak tak tahu cerita sebenar, nak naikkan nama susah, tapi menjatuhkan orang senang..”.
Kepada pemain tersebut, ini bukan soal tahu atau tidak perkara sebenar, setiap orang yang ditangkap khalwat akan cakap benda sama. Yang peliknya anda tanpa segan silu mengaku mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan yang sudah beranak 2, dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Patutnya malu dengan diri sendiri.
11 comments:
SAYA RASA SY TAHU PEMAIN NI.... DIA JUGA ADALAH PENJAGA GOL... DULU: SHAHZAN MUDA, PERLIS DAN SKRNG N9..
just ramalan sahaja.. :)
Dk rasa mcm tu jgk laa .. Sapa lg ex-playet yg top kalau bukan mamat tu ..
keeper terr. memang hint semua menumpu kebeliau. maaflah kalau silap.
sukan sea loas 2 die x main ke???
kalo camtu, dia pon bermain utk mlysia mse lwn kelab epl bru2 ni.. (",)
farizal marlias ke? Hehe
nti kawe try coling adk dia sb adk dia satu tempat keja ngan kawe.
cik aiman,try korek2 sikit sape yg bakal mmakai jersi 21 kelate musim depe.yg lain smua kawe dah tahu,cuma no 21 je
ni nak kasi ore lupo kes KFCM ko?hehehe
Baca dan kaji selidik siapa player yg disebut2 itu ...player tsebut bakal brpindah ke selangor...
Ni ko???
Full name:Mohd Farizal Marlias
Date of birth June 29, 1986 (age 25)
Place of birth Pahang, Malaysia
Height 1.77 m (5 ft 9 1⁄2 in)
Playing position Goalkeeper
Club information
Current club Negeri Sembilan
Number 25
Senior career*
Years Team Apps† (Gls)†
2006-2008 Shahzan Muda 11 (0)
2009-2010 Perlis 19 (0)
2011- Negeri Sembilan 14 (0)
Post a Comment