Saturday, April 30, 2011

Salam Tanah Suci : Bekas Atlet Bertolak Ke Mekah

Sebagai menghormati kunjungan ke Tanah Suci Mekah menerusi Program Lambaian Kaabah Yayasan Kebajikan Atlet, Suara Sukan akan 'stop' seketika mengupas e-mel/sms anda, atau memaparkan sebarang berita berkaitan sukan tempatan sehingga kembali ke tanah air pada 10hb Mei.

Sebaliknya dalam tempoh tersebut akan memaparkan perkongsian pengalaman dan perasaan bekas-bekas atlet, tentang perjalanan mereka di sini, tentang lawatan ke Masjid Nabawi, Makam Nabi, Masjidil Haram, dan pelbagai tempat lain, serta yang paling penting mengerjakan Umrah.

Antaranya pandangan Datuk Ghani Minhat, Ammar See, Hamzah Hussin, Bibi Aisyah, Rosman Alwi, Rashid Yahya, Mohd Nor Yaakob, serta Pengerusi Eksekutif YAKEB sendiri, Dato' Mumtaz Jaafar - semuanya dari sudut agama.

Esok akan bermula perjalanan ke Mekah dari Kota Madinah, yang pastinya menjanjikan satu lagi perjalanan mencabar mendapatkan keredhaan Allah, semoga semuanya selamat, InsyaAllah.

Teruskan menyokong Suara Sukan, pastinya Suara Sukan Anda. Masa untuk beribadat, insyaAllah penulis akan mendoakan kesejahteraan semua.

Friday, April 29, 2011

Khairul Fahmi Pernah Diintai Kelab Arab?


Alhamdulillah, pagi tadi penulis sempat menunaikan solat di Raudhah (tempat yang paling makbul doa), dan menziarah Makam Nabi Muhammad S.A.W di Masjid Nabawi, dua aktiviti yang sememangnya tidak mahu dilepaskan mana-mana umat islam yang berkunjung ke sini.

Sementara menanti berkunjung pula ke Jannatul Baqi’, penulis mengambil peluang berborak dan mengenali jemaah dari negara lain, al maklumlah, Islam mengeratkan perpaduan.

Penulis dan beberapa rakan bekas atlet memperkenalkan diri, ‘’we are ex-athletes from Malaysia, cyclist, footballers, sprinter..”, dan reaksi pertama mereka, “Footballers? U know Safee Sali?..”.

Bangga juga apabila nama pemain negara mula dikenali di negara-negara kuasa besar Asia.

Malah, semakin rancak berborak, dua nama yang tidak lekang dari sebutan mereka, Fahmi Khairul (KFCM) dan Idlan Taha (merujuk kepada Norshahrul Idlan Talaha). 

Malah jika benar apa yang diberitahu jemaah-jemaah ini, salah sebuah pasukan professional Liga Arab Saudi, Al-Qadisiyah, pernah beberapa kali mewar-warkan ingin mengambil Khairul Fahmi, sebagai pelapis kepada penjaga gol veteran mereka, Mansour Al-Naji, gara-gara kecemerlangannya ketika Sukan Asia 2010, di mana Malaysia tersingkir di pusingan kedua, tewas kepada Iran, 3-1.

Namun, kata mereka ia kekal sebagai khabar angin, apatah lagi peminat bolasepak di sana tidak begitu bersetuju salah satu daripada 3 slot penjaga gol, diisi pemain luar.

Apa sekalipun, ini membuktikan bolasepak negara mula mendapat tumpuan global, dan penulis yakin ini juga satu petanda positif untuk kemajuan bolasepak negara, untuk masa akan datang.

**Terpaksa pendekkan cerita, ‘semboyan’ telah berbunyi..**



Thursday, April 28, 2011

Dari Madinah : Rombongan Bekas Atlet Selamat Tiba

Alhamdulillah, selepas mengharungi penerbangan selama lebih 8 jam, dan transit melalui bas selama lebih 4 jam, rombongan bekas atlet yang mengikuti Program Lambaian Kaabah, untuk mengerjakan Umrah, selamat tiba di Madinah, lebih kurang 5 pagi waktu tempatan, atau 10 pagi waktu Malaysia.

Sama-sama kita doakan agar mereka dikurniakan umrah yang mabrur, dan selamat perjalanan pergi dan balik. InsyaAllah.

Wednesday, April 27, 2011

Kritikan Cetus Kebangkitan, Elia Sumber Inspirasi : Khairul Fahmi


Kurang 2 minggu lalu, mereka dikritik hebat gara-gara prestasi tidak konsisten, tewas 3 daripada 5, termasuk kekalahan memalukan kepada pasukan berwajah baru, Perak, 0-4. 

Sasaran kritikan pula tidak lain tidak bukan 2 pemain tonggak, iaitu kapten Badri Razi, dan penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Kemenangan 1-0 ke atas pendahulu, Selangor, bermakna anak buah Dato’ M.Karathu mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut sesudah menundukkan Perlis 2 kali, juga kemenangan kesembilan musim ini, selain berjaya mengekalkan rekod bersih di tempat sendiri.

Ini sekaligus membayangkan Kelantan sudah kembali ke landasan mencabar kejuaraan, mengetepikan prestasi suram dan kini pastinya diangkat ramai selaku calon berpotensi menjuarai Liga Super musim ini – adat dunia, “Kalah Dikeji, Menang Dijunjung”.

Jika sebelum ini Suara Sukan mendedahkan luahan Badri atau Piya, baca di sini (dituduh main tino), kali ini kami mendapatkan pula pandangan Khairul Fahmi tentang kebangkitan skuad TRW, juga perkongsian perasaannya ketika pengkritik lantang mempersoalkan kredibilitinya.

“Terima kasih kepada penyokong yang banyak memberi dorongan kepada saya untuk kembali bangkit, juga kepada yang mengkritik, kamu menyemarakkan lagi semangat saya, saya tak pernah anggap prestasi saya merosot, sebagai player ada jatuh bangun, dan saya tak pernah ada prasaan marah kepada penyokong, kerana ini semua lumrah dalam bolasepak, baik buruk penyokong Kelate, dia tetap penyokong kita, Cuma jangan buat tafsiran bukan2..”, jelasnya.

Khairul Fahmi juga mendedahkan betapa teman wanitanya, Aimie Harmelia (tak pasti nama sebenar atau komersial) antara yang sentiasa memberikannya sokongan, setiap kali sebelum dan selepas perlawanan.

“Elia memang selalu bagi saya semangat, dia selalu support saya, support team, selalu bersama saya, saya boleh kata, selain family saya, dia juga sumber inspirasi dan pencetus motivasi untuk saya berjaya..”, tambah Khairul lagi.

Selepas 15 perlawanan, Khairul Fahmi sudahpun melepaskan 15 gol, dan beliau baru-baru ini menerima Anugerah Pemain Muda Terbaik Astro Arena, dan Suara Sukan berharap ini akan menjadi pencetus kepada kejayaan lebih gemilang buat Khairul Fahmi, Kelantan dan Malaysia di masa akan datang.

Tuesday, April 26, 2011

Saya Tak Nak Kelantan Menang : Amri Yahyah


“Kami akan usahakan untuk menang, itu jer la saya boleh cakap, tapi yang penting saya tak nak Kelantan menang (tergelak). Mestilah kan, saya main untuk Selangor, saya kapten Selangor, takkan saya nak Selangor kalah, atau bagi Kelantan menang..”, komen ringkas kapten Selangor, Amri Yahyah melalui perbualan telefon sebentar tadi.

Malam ini, Kelantan dan Selangor akan bertemu dalam perlawanan yang disifatkan “Match Of The Year’’ oleh peminat bolasepak tempatan, malah akan ada tayangan BIG SCREEN di beberapa venue terpilih sebagai memeriahkan lagi suasana perlawanan antara dua pasukan yang layak dilabel kuasa bolasepak tempatan ketika ini.

Keputusan perlawanan malam ini juga dijangka menjadi penentu halatuju cabaran kedua-dua pasukan dalam saingan Liga, yang mana Selangor mengintai gelaran hattrik, manakala Kelantan cuba untuk meraihnya buat julung kali.

Kali terakhir Selangor bertandang ke Kota Bharu, mereka tewas 0-3, manakala kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu, turut menyaksikan Kelantan menang 2-0, di Shah Alam. 

Kepada peminat bolasepak tempatan, ayuh meriahkan suasana “Match Of The Year”, sama ada dengan bertandang ke stadium atau beramai-ramai menonton perlawanan ini di BIG SCREEN venue-venue terpilih.
Sokonglah secara berhemah, hope the best team win!!

IDRBM Janji Info Terbaik Buat Peminat Bola Tempatan


** Suara Sukan tiada langsung kepentingan mahupun perkaitan dengan IDRBM, sekadar membantu kenalan, apatah lagi ia satu lagi usaha untuk memartabatkan bola Malaysia**

Inginkan keputusan terkini pasukan bolasepak tempatan kegemaran anda? Maka, “Info Dan Ranking Bolasepak Malaysia”, adalah tempat yang sesuai untuk anda, mengetahui tentang perkembangan Liga Malaysia, sama ada Liga Super, Liga Perdana mahupun Piala Presiden.

Peminat-peminat boleh berkongsi pandangan, di page ini yang diwujudkan di laman Facebook,  dan diselia oleh beberapa admin mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan bolasepak tempatan. 

Antara tujuan page ini diwujudkan, MEMBERI INFO TERKINI TTG SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA, RANKING DUNIA DAN ASIA, SERTA MEMBERI INFO SEMUA PASUKAN DALAM LIGA MALAYSIA, & MENYATUKAN SEMUA PEMINAT PEMINAT DALAM MALAYSIA. (Dipetik dari page IDRBM)

Nak tahu lebih lanjut? LIKE lah page Info & Ranking Bolasepak Malaysia, dan teruskan menyokong bola Malaysia. Tapi alang-alang dah LIKE page orang tuh, janganlah pula page SuaraSukan1Mas.blogspot.com yang juga diwujudkan di Facebook tidak diendahkan.  Sama-samalah kita menyumbang kepada kemajuan arena sukan Malaysia.

Facebook suara sukan : SuaraSukan1Mas.blogspot.com, sokongan anda amat kami hargai.

Monday, April 25, 2011

Rekod Kami Lebih Bagus Di Tempat Lawan : K.Devan


“Advantage besar untuk Kelantan, last game mereka main dekat KB, itupun hari jumaat, kita plak naik flight pergi Sabah, main ari sabtu, balik Selangor hari ahad, petang turun training satu sessi, arini (isnin) flight ke KB, so memang kita akui la Kelantan ada banyak advantage, rehat lebih sehari, main depan penyokong sendiri..”, itu luahan jurulatih Selangor, K.Devan, menjelang pertembungan menarik Kelantan-Selangor, malam esok.

Devan bagaimanapun enggan menjadikan itu sebagai alasan, malah yakin itu tidak akan melemahkan semangat pemainnya, yang pastinya mahu mengekalkan rekod cemerlang belum tewas di tempat lawan, bagi saingan musim ini.

“jangan lupa, kalau Kelantan belum tewas di KB, kami juga belum tewas di tempat lawan. Malah, rekod kami tahun ini lebih bagus di tempat lawan berbanding Shah Alam,, saya sentiasa berfikiran positif, kalau setiap pemain bagi 100%, kerja keras, kita boleh tewaskan mereka, kita takkan bagi laluan mudah, hope best team win lah..”.

Kelantan dan Selangor, akan bertemu 3 kali dalam tempoh 3 minggu bermula esok, persis pertembungan 4 kali Barcelona – Real Madrid dalam tempoh 3 minggu, dan ini pertemuan pertama kedua-dua pasukan sejak Kelantan menewaskan Selangor 2-0, pada perlawanan pembuka tirai musim ini.

Devan juga mengakui betapa kelibat Nurul Azwan Roya, Badri Razi, dan Norshahrul Idlan Talaha, pastinya diberi perhatian lebih, apatah lagi tiga pemain ini seringkali bertindak duri dalam daging buat pasukan lawan.

Kelantan ketika ini, berjaya mengetepikan prestasi merudum, melonjak ke tangga ketiga selepas dua kemenangan ke atas Perlis, 5-1 dan 4-0, manakala Selangor kekal pendahulu, dengan 32 mata.

Jurulatih Import Kuatkan Perlis, Shahidan Nafi PFA Bergolak


Sekian lama membisu, Presiden Persatuan Bolasepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, tampil bersuara dengan pendedahan bahawa pasukan yang kini di tangga tercorot Liga Super itu, sudahpun mendapatkan khidmat jurulatih  import untuk membantu pasukan itu terus memberi cabaran dalam saingan Liga Super musim ini.

“Dia sudah bersama pasukan, belum bincang pasal kontrak, belum sign agreement, tapi dia bersemangat untuk melatih pasukan. Saya pun belum jumpa dia, nama pun ingat-ingat lupa, yang saya tahu dia dari eropah..’’, jelas Shahidan.

Apapun, Shahidan berkata ini bukan bermakna Persatuan Bolasepak Perlis menamatkan khidmat jurulatih sedia ada, Salim Tofel Mohd, sebaliknya buat masa sekarang, jurulatih import ini akan membantu Salim, dalam merencana strategi berkesan.

Beliau juga berkata Perlis akan membawa masuk 5 pemain berpengalaman ke dalam pasukan apabila pintu perpindahan dibuka, dengan dua daripadanya beraksi ketika bertemu Kelantan Sabtu lalu, iaitu Tengku Adam Rosli, dan Sanjos Sundawat.

Mengenai kemerosotan Perlis, Shahidan menafikan terdapat masalah dalaman di dalam PFA, dan menegaskan Perlis yang menggunakan sepenuhnya kudrat pemain muda, dan mentah pengalaman, sememangnya diakui tidak berpotensi memberi cabaran hebat, kepada pasukan lain yang diperkuat sekurang-kurangnya 3-4 pemain tonggak.

“Kita ni 100% mentah, mana ada pasukan, u pergi check, yg guna begitu ramai pemain Piala Presiden, kita tumpu pembangunan, arini diorang mentah, esok mereka tonggak, tapi kamu (peminat) tak sabar, jadi apabila tak sabar, ini rugikan usaha melatih pemain muda, pasukan2 yg besar ni, dia main ambik jer player2 bagus dari team2 lain, pastu memangla dia jadi kuat, saya pun nak macam tu, selalu menang..’’, tegasnya.