Sunday, October 30, 2011

Terengganu Akan Bangkit Lebih Garang 2012


Tewas selepas mendahului sehingga tempoh 10 minit terakhir, itupun angkara kesilapan pemain sendiri pastinya perit untuk ditelan, namun itulah hakikat yang harus diterima dengan sikap professional dan terbuka oleh kem Terengganu, sama ada jurulatih, pemain mahupun penyokong mereka.

foto : Bernama
Inilah situasi sama yang berlaku di final Piala Fa Jun lalu, di mana Kelantan mendahului sehingga minit terakhir permainan sebelum dikecewakan jaringan sendiri Daudsu Jamaludin dan gol kemenangan Nordin Alias, maka penyokong Terengganu pastinya faham inilah perasaan sama yang dirasai penyokong Kelantan ketika itu – peritnya untuk menerima kekalahan selepas dijanjikan mimpi indah.

Yang peliknya ketika itu, majority media cetak/eletronik menjadikan Daudsu sebagai topic utama hingga ada sebuah akhbar menjadikan “Terima Kasih Daudsu” sebagai tajuk utama BACKPAGE, tetapi kali ini, tiada pula istilah “Terima Kasih Sharbinee” digunapakai oleh akhbar sama, mahupun media lain.

USAH RISAU, ENTRY INI BUKAN UNTUK CONDEMN MANA –MANA PEMAIN TERENGGANU, penulis sendiri ada mengatakan Terengganu di kelas tersendiri beberapa hari sebelum aksi final, justeru tidak timbul soal provokasi atau kenegerian di sini. Anda semua telah melakukan yang terbaik untuk mara sehingga ke final kedua musim ini, cuma kelalaian, kealpaan di saat akhir sepertimana disifatkan Irfan Bakti memakan diri sendiri, hingga Terengganu gagal dalam misi merangkul DOUBLE dan pulang berputih mata.

Kini, 2011 sudahpun melabuhkan tirai dengan Kelantan muncul juara Piala Sumbangsih dan Liga Super, Terengganu selaku juara Piala FA dan Negeri Sembilan menutup tirai dengan bergaya, merangkul Piala Malaysia meskipun pada awalnya berstatus UNDERDOG dan peluang mereka awal-awal lagi dinoktahkan pemerhati, termasuk penulis sendiri, yang memilih Kelantan dan Terengganu untuk bertemu di final.

Kejayaan Terengganu mara sejauh aksi final, memang sudah dijangka dari awal, apatah lagi mereka layak dilabel antara pasukan terbaik Liga Malaysia, dengan aksi konsisten dibantu kerjasama sepasukan tinggi ditonjolkan barisan pemain mereka, yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 6 pemain kebangsaan – Sharbinee, Zubir Azmi, Joseph Kalang, Ismail Faruqi, Ashaari Shamsudin dan Abdul Hadi Yahya.

Terengganu harus bingkas bangkit melupakan kekecewaan, dan tempoh seminggu selepas ini pastinya tempoh cukup getir bagi Sang Penyu, dalam menentukan pemain mana untuk dikekalkan dan disingkirkan tatkala pasukan pencabar utama lain seperti Kelantan dan Selangor pastinya sudah bersedia dengan resipi musim baru, termasuk pengambilan pemain import.

“ya memang kita kecewa, tapi inilah bolasepak kita pantas dihukum apabila sedikit lalai, tapi saya tidak mahu salahkan sesiapa, kerana bolasepak permainan sepasukan, kita juga sepatutnya berterusan mencipta peluang walaupun sudah mendahului, kita dapat peluang tapi kita tidak manfaatkan..yang penting kita akan bangkit sebagai pasukan yang lebih mantap dan garang selepas ini, apa sekalipun saya serahkan kepada pengurusan untuk persediaan musim baru..”. – Irfan Bakti.

2012, pastinya menjanjikan saingan lebih getir buat Terengganu kerana status juara Piala FA turut melayakkan mereka untuk beraksi di Piala AFC bersama-sama Kelantan, justeru Persatuan Bolasepak Terengganu (PBSNT) perlu segera merangka pelan strategik untuk memastikan Terengganu terus kekal sebagai kuasa utama bolasepak tanah air.

Hadiah Perpisahan Dari Hai-O


Gol kemenangan Negeri Sembilan jaringan veteran sensasi, Hairudin Omar pastinya terpahat indah dalam memori penyokong Hoben Jang Hobin, sama ada yang hadir menyaksikan final di stadium, atau memberikan sokongan dengan menonton di depan kaca TV. 

foto : Bernama
Namun, dalam tak sedar, gol itu juga merupakan gol terakhir dan hadiah perpisahan Hai-O buat Negeri Sembilan, apabila maklumat daripada sumber rapat memberitahu beliau tidak akan menyambung kontraknya bersama skuad juara Piala Malaysia itu, sebaliknya memilih untuk menerima tawaran lumayan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ini adalah situasi sama yang berlaku ketika Hairudin menjaringkan gol di final Piala Malaysia 2009, untuk membantu Negeri Sembilan muncul juara – ketika itu dia beraksi sebagai pemain pinjaman dari T-Team, dan masa depannya bersama Negeri Sembilan masih samar-samar, sebelum dia kemudiannya pantas dipancing Kelantan untuk saingan musim 2010.

Pada usia 32 tahun, jarang ada pemain yang mampu memainkan peranan sebagai pemain tonggak, kebanyakannya sekadar menjadi pelengkap senarai pemain. Kalaupun bermain dalam kesebelasan sekalipun, tidak mampu memberikan impak besar.

Berbeza dengan Hairudin, dengan jaringan 8 gol dalam saingan Piala Malaysia, membuktikan ketajaman sentuhan penyudahnya masih belum pudar, seterusnya menjadikan Hairudin veteran paling dikehendaki dalam Liga Malaysia ketika ini.

Hairudin pemain kelahiran Setiu, merupakan bekas pemain kebangsaan, yang turut pernah beraksi bersama Terengganu dan Pahang. Kepada Hairudin, apa jua keputusan diambil, sama ada kekal menabur bakti bersama Negeri Sembilan, atau berhijrah ke pasukan lain (ATM), Selamat Maju Jaya.

Magis Azraai Julang Nogori, Terengganu Ratap Kesilapan Sharbini


kredit foto : Bernama
Gol sepakan akrobatik cantik penyerang veteran, Hairudin Omar menghadiahkan Negeri Sembilan kejuaraan Piala Malaysia kedua dalam tempoh 3 tahun, namun yang pastinya menjadi tumpuan, adalah kehebatan percaturan taktikal jurulatih terbaik Liga Malaysia 2007, Azraai Khor Abdullah serta HIGH PROFILE MISTAKE penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli pada perlawanan yang dimenangi Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1.

Kredit pastinya milik Azraai, jurulatih yang menyambut ulangtahun kelahiran ke-59 Rabu lalu, di atas ketenangan merencana strategi ampuh dalam memastikan kebangkitan dramatic pasukannya menterbalikkan keputusan perlawanan selepas ketinggalan kepada jaringan Ashaari Shamsuddin, sekaligus  membuktikan bisa sentuhan magisnya sepertimana ketika membimbing Kedah menjulang Treble dua musim berturut-turut pada 2007 & 2008.

kredit foto : Bernama
“alhamdulillah, syukur, kejayaan yang cukup manis, cukup istimewa buat saya, lebih-lebih lagi saya sememangnya mengharapkan hadiah harijadi ke-59, dah tua dah saya. pemain-pemain tidak berputus asa selepas ketinggalan, kredit kepada mereka. My boys shows true spirit. Kemenangan ini cukup bermakna, saya baru 3 bulan bersama N9, situasi masa saya ambil team ni semua pun  tahu, cukup PARAH, dengan krisis kecederaan, prestasi merudum, macam-macam spekulasi, ada ketika kami di tangga ke-12 liga, really struggle tapi syukur kami akhiri 2011 dengan kejayaan..”. 

“tentang gol, u boleh cakap it’s a mistake from goalkeeper, atau nasib, tapi kita yang mencipta peluang itu. mistake takkan berlaku kalau kita tak cipta peluang, dan peluang pula takkan hadir kalau sekadar harapkan nasib. sepanjang permainan kita tak henti cipta peluang, jadi dua gol itu adalah REWARD kepada peluang yang kita cipta, bukan mistake, bukan juga nasib..”. - Azraai Khor Abdullah.

kreedit foto : Bernama
Azraai nyata bijak mencipta helah, tidak seperti lazimnya apabila Firdaus Azizul, Shahurain Abu Samah dan Hairudin Omar bertindak selaku trio pengempur di barisan depan, Azraai sebaliknya memilih meletakkan Hairudin sebagai penyerang  tunggal, dibantu PEMAIN VERSATILE, Shukor Adan, manakala Shahurain berkembang di sayap kanan, S.Kunalan di sayap kiri – percaturan yang nyata memerangkap Terengganu, sekaligus menyaksikan Sang Penyu terkapai-kapai mencari rentak permainan, SITUASI YANG TURUT DIDORONG KEPINCANGAN PERMUKAAN PADANG YANG IBARAT PADANG SEKOLAH.

Apapun, detik yang mengubah skrip perlawanan, sebenarnya hadir angkara kesilapan penjaga gol ANAK EMAS K.Rajagobal, Sharbinee, yang gagal menduga dengan tepat bola hantaran Kunalan yang melantun di depan gol, dan teragak-agak (tidak tahu hendak buat apa dengan bola itu- sama ada nak tepis, tumbuk, peluk, dakap, kucup atau nak makan bola itu – kesilapan tidak sepatutnya oleh penjaga gol kebangsaan, anda telah memalukan K.Rajagobal), sekaligus menghadiahkan Sang Rusa gol penyamaan.

Bermula dari detik itu, semuanya serba tidak menjadi buat anak buah Irfan Bakti, dan lima minit berselang, hantaran Shukor disambut dengan sepakan akrobatik Hairudin – gol di tiga aksi final berturut-turut, seterusnya dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir – dan menghadiahkan Negeri Sembilan kejuaraan kedua.

kredit foto : Bernama

Thursday, October 27, 2011

Tengok Bola Free Di Stadium Shah Alam Punca Sebenar Tiket Dijual Mahal?


Kepada peminat setia bolasepak skuad kebangsaan, skuad Sukan Sea kendalian Ong Kim Swee akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Laos sebagai sessi persiapan terakhir sebelum bermulanya misi mempertahankan kejuaraan di Indonesia bulan depan.

Perlawanan akan diadakan pada 30 Oktober 2011 (Ahad) iaitu sehari selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan, di Stadium Shah Alam, jam 4:45 petang.

Apa yang MENGEJUTKAN, tiket bukan berharga RM50, RM30, atau RM20 sepertimana harga CEKIK DARAH diletakkan ketika menentang Nepal, sebaliknya KEMASUKAN adalah PERCUMA – mungkin takut skuad Sukan Sea diboikot peminat agaknya.

Cuma persoalan yang timbul, adakah ini sebab sebenar tiket final Piala Malaysia dijual pada harga tak masuk akal RM50 - untuk MARKUP aksi friendly skuad kebangsaan pada Ahad, dan kemudian cuba memancing semula sokongan peminat dengan kononnya memberikan kemasukan percuma? Apatah lagi Pengurus Pasukan Kebangsaan B-23 dan S/U Agung FAS adalah orang yang sama, wallahuallam, hanya mereka sahaja yang tahu.

Wednesday, October 26, 2011

Senarai Jawapan & Pemenang Kuiz


Mungkin tidak ramai yang sedar, bahawa Suara Sukan ada mengadakan pertandingan kuiz sepanjang kempen Piala Malaysia 2011 berlangsung, di mana jika ada yang alert, soalan-soalan tersebut boleh didapati di ruangan bawah chatbox, yang mana menawarkan hadiah tidak seberapa berupa tiket sekeping final Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan kepada 5 pemenang bertuah. 

Walaupun tidak seberapa bolehlah jimat RM50 setiap seorang. Mulanya ingat nak offer dua keping, malangnya harga tiket naik pulak dah, sorry guys, it’s not my fault.

Soalannya berbunyi begini :

1)      Siapakah penjaring hattrik pada final Piala Malaysia 1994 antara Singapura dan Pahang, dan siapakah penjaga gol Pahang pada perlawanan itu?
Jawapan : Abbas Saad, Khairul Azman Mohd

2)      Pada 1995, Pahang menewaskan Sabah di semifinal Piala Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti 4-2, siapakah 2 pemain Sabah yang gagal menyempurnakan sepakan penalti?
Jawapan : Scott Olerenshaw, Yap Wai Loon

3)      Siapakah pengadil final Piala Malaysia 1992?
Jawapan : Allahyarham Nazri Abdullah.

4)      Namakan 5 pemain import yang beraksi pada final Piala Malaysia 1992?
Jawapan : Alan Davidson, Fandi Ahmad, Borhan Abu Samah (Pahang), Olunbumi Adigun, Tibor Szaban, Peter Nieketien (Kedah)

5)      Namakan pemain dari skuad juara Piala Malaysia 2001, yang masih lagi beraksi pada hari ini?
Jawapan : Marzuki Yusoff, Hairudin Omar, Rosdi Talib, Norfazly Alias (mana-mana satu).

Memandangkan sudah cukup 5 pemenang, maka penyertaan ditutup dengan kadar segera. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan, i) semua jawapan tepat, atau ii) sekurang-kurangnya 4 jawapan tepat, selain turut mengambil kira jawapan siapa yang diterima dahulu. Justeru pemenangnya adalah seperti berikut : Zul Ikram Mohamed, Baihaqi Fin, Tarmizi Abdullah, Anwar Roslan, dan Zakri Alias. Tahniah dan teruskan menyokong.

Tuesday, October 25, 2011

Khuatir Final Diboikot Peminat, PBSNT Jual Tiket Pada Harga RM25


Perkembangan terbaru yang juga khabar gembira buat penyokong Terengganu, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menjual tiket final Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan pada harga RM25 bermula esok (Rabu), sebagai usaha mengelakkan final kali ini diboikot peminat. Kerajaan negeri dilaporkan akan menanggung subsidi 50%, dan tiket berharga RM25 hanya boleh didapati di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah.

Dalam pada itu, Raja Bola, Datuk Ghani Minhat adalah antara yang terkejut melihat tiket final Sabtu ini, dijual pada harga RM50, dan berpendapat tindakan terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ini tidak lebih dari mengambil kesempatan terhadap penyokong setia kedua-dua pasukan, dan hanya akan menjauhkan minat ramai terhadap sukan nombor satu negara itu.

“saya nak tanya awak, awak rasa ramai ke yang datang stadium final nanti ? .. saya tak rasa penyokong akan datang memenuhi stadium, kalau saya terpaksa beli tiket, saya takkan beli. Bukan sebab tak patriotic, mahal juga bukan alasan, tetapi saya nak tanya apabila menetapkan harga tiket  apa kriteria yang dia (FAM) tengok? Time macam ni lah kita berpeluang melihat kemeriahan bolasepak tempatan, tapi tindakan macam ni, hanya akan menjauhkan minat mereka untuk datang ke stadium. FAM perlu faham situasi mereka, bukan semua berkemampuan, jangan hanya fikirkan kewajaran di satu pihak..”. – Datuk Ghani Minhat.

DGM juga berpendapat dengan situasi ini, tidak mustahil ramai yang memilih untuk sekadar memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka, dengan duduk di depan TV, menonton siaran lngsung sama ada di RTM atau Astro Arena.

Sementara itu, sebilangan besar penyokong kedua-dua pasukan nyata kecewa dengan perkembangan ini, yang disifatkan tidak bertimbang rasa dan bersedia memboikot perlawanan akhir sebagai menunjukkan tanda protes.

“Dia cakap keputusan dibuat selepas pertimbangan wajar, jadi saya nak tahu adakah dia pertimbangkan berapa banyak duit dah dihabiskan peminat selama ini untuk menyokong pasukan mereka? dia hanya fikir kos dia, tapi kos yang dihabiskan peminat untuk ke stadium, dari tambang bas, makan minum, harga tiket dan kos lain-lain siapa yang nak cover? ..”. – Farid Fakrudin, Terengganu.

“yang kecewanya, persatuan negeri juga bersetuju dengan harga ditetapkan, dan tidak pula bersuara bagi pihak kami penyokong setia yang tidak ketinggalan memberi sokongan pada setiap perlawanan. Keuntungan jualan tiket diagih sama rata kepada kedua-dua pasukan, tapi kami sebagai penyokong, menang atau kalah, apa kami dapat? Kami golongan student, bukan mewah berpendapatan tinggi..”. Zakri Elias, Negeri Sembilan.

Banner yang kelihatan digantung di Stadium

Manakala kenyataan dipetik dari facebook Terengganu FC, berbunyi :

“Andainya lepas ni FAM tidak turunkan juga harga tiket, cadangan saya  boikot penjualan tiket di Shah Alam (jangan beli, itu untuk kantung FASNGOR), beli tiket dari PBSNT sahaja dengan syarat PBSNT jual dengan harga subsidi (RM30), kalau PBSNT takmahu tolong kita, buat ape kita tolong persatuan, KITA BOIKOT sebab persatuan pun angguk jer bila FAM kata pasal tiket..”. – FB Terengganu FC.

Sunday, October 23, 2011

Mara Ke Final Selepas 10 Tahun, Sang Penyu Di Kelas Tersendiri


Minggu yang cukup memenatkan dengan kesibukan urusan kerja membataskan peluang untuk menulis reviu tentang semifinal kedua, seterusnya terlepas menonton perlawanan separuh akhir kedua, apapun dapat juga menonton highlite/rangkuman perlawanan dalam slot berita petang tadi.

Berjaya membuang badi tersekat di separuh akhir 4 kali sejak menjuarai Piala Malaysia – piala berprestij tanah air dengan menyingkirkan TWO HOT FAVOURITES, Kelantan (suku akhir) dan Selangor (semi), Terengganu membuktikan mereka pasukan yang sememangnya berada di kelas tersendiri, dengan sekali lagi gandingan hebat Ashaari Shamsudin/Manaf Mamat mempamer kredibiliti selaku pengempur berbisa tanah air. 

Bagi Ashaari dan Manaf, biarlah anda tidak dipandang K.Rajagobal, biarlah anda dikatakan tidak layak untuk menandingi ‘kehebatan’ K.Ruben, Fakri Saarani, mahupun Shahrizal Saad, biarkan sahaja jurulatih itu dengan ego sombongnya, yang penting dalam saingan Liga Malaysia, anda adalah asset yang cukup berharga, anda adalah kesayangan peminat, dan anda adalah tulang belakang Irfan Bakti dalam memacu perjalanan hebat Terengganu ke aksi final kedua musim ini, selepas Piala FA pada Jun – satu piala sudah didakap, satu lagi dalam proses dan tidak mustahil dengan apa yang ditunjukkan Sang Penyu dalam empat perlawanan lalu, mereka adalah HOT FAVOURITE untuk bergelar juara, seterusnya menoktahkan kemarau 10 tahun.

Kecewa 4 kali pada 2005 tewas kepada Selangor, seterusnya tiga kali berturut-turut - pada 2007 & 2008 tewas kepada Kedah, dan 2009 tewas kepada Negeri Sembilan, Terengganu menutup mulut pengkritik dengan menunjukkan aksi bertenaga dan meyakinkan, hantaran dan kawalan bola cantik, persefahaman dan kombinasi hebat para pemain dibantu taktikal dan strategi mantap Irfan - beliau tahu taktikal mana harus diadaptasi pada satu-satu situasi. 

Umpamanya ketika menentang Selangor pada semifinal pertama di Shah Alam, Irfan tidak terus menyenaraikan Ismail Faruqi yang kembali daripada penggantungan di dalam kesebelasan utama, sebaliknya mengekalkan Nordin Alias yang beraksi baik ketika menentang Kelantan di posisi itu – Ismail hanya dimasukkan di babak kedua menggantikan Hadi Yahya, sekaligus membuktikan Irfan bukan jenis jurulatih yang mengamalkan konsep ANAK EMAS. 

Ada jurulatih, pemain baru balik dari assignmen OUTSTATION, belum sempat menarik nafas terus diturunkan dalam kesebelasan utama, sedangkan penggantinya juga beraksi cemerlang. 

Kekentalan barisan pertahanan diterajui Mazuki Yusoff – satu-satunya anggota skuad juara 2001 yang masih beraksi, kali ini berperanan sebagai kapten, dilihat sebagai satu lagi faktor penting kejayaan Terengganu tahun ini seterusnya menghampiri misi merangkul DOUBLE buat pertama kali.

Tragedi Di Sepang Ragut Nyawa Simoncelli, MotoGP Dibatal


Dunia permotoran hari ini meratapi satu lagi tragedy meragut nyawa dalam seminggu, apabila pelumba Itali, Marco Simoncelli terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan tragis di Perlumbaaan MotoGP Malaysia yang berlangsung petang tadi.


 kredit foto : Daily Mail

Pelumba Gresini Honda itu, hilang kawalan dan terbabas pada pusingan kedua perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang, sebelum dilanggar oleh Collin Edwards, kemudiannya Valentino Rossi – helmet pelumba berusia 24 tahun tercabut dan kepalanya terseret di atas trek ekoran impak besar perlanggaran.
Dia dikejarkan ke pusat perubatan SIC untuk rawatan namun gagal diselamatkan. 


Kematian Simoncelli hadir genap seminggu selepas pelumba British, Dan Wheldon, bekas juara IndyCar dan juara dua kali perlumbaan Indy 500cc terbunuh dalam kemalangan membabitkan 15 kereta  di Las Vegas Motor Speedway.

Ini merupakan tragedi meragut nyawa pertama di SIC dan penganjur serta-merta membatalkan perlumbaan ekoran tragedi itu.

Simoncelli merupakan juara dunia 250cc pada 2008, kejuaraan yang dimenanginya di Sepang, sebelum dia beralih ke MotoGP pada 2010. Kematiannya merupakan yang pertama dalam arena MotoGP selepas tragedy pada 2003 di GP Jepun yang meragut nyawa pelumba Jepun, Dajiro Katoh.

Friday, October 21, 2011

Wira Olimpik : Dato’ M.Chandran

Pertahanan kental dan kapten pasukan yang merupakan tonggak kejayaan Malaysia layak beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972. Di zaman kegemilangan bolasepak tanah air pada penghujung 1960-an dan 70-an, Chandran berjaya meletakkan namanya sebagai antara ‘centreback’ terbaik Asia, malah kejayaan menyingkirkan Jepun dan Korea Selatan dalam laluan ke Munich 1972 turut dibantu aksi cemerlang barisan pertahanan dikemudi Chandran, serta ciri kepimpinan tinggi ditonjolkannya.

Benteng pertahanan negara nyata sukar ditembusi setiap kali Chandran beraksi. Beliau bukan sahaja tenang dalam mengawal dan mengkoordinasi benteng pertahanan mengikut situasi, malah boleh dilabel pemain serba lengkap dari segenap aspek - disiplin, komitmen, semangat juang, determinasi – maka tidak hairanlah beliau mampu meraih 163 kap antarabangsa, dalam penampilan selama 14 tahun bersama skuad kebangsaan. 

Peringkat awal kariernya bersama skuad negara dan Selangor - kuasa besar bolasepak tanah air ketika itu – Chandran tidak lebih sekadar pemain simpanan, namun aksi mantap dan konsisten setiap kali diberi peluang beraksi, berjaya meraih kepercayaan dan keyakinan jurulatih, untuk memberikannya peranan lebih besar, seterusnya menjadi calon wajib kesebelasan utama.

Chandran mula mewakili Malaya seawal usia 19 tahun beraksi di Piala Merdeka 1961 (Pestabola) – tahun yang sama Malaya meraih emas Sukan SEAP, seterusnya membantu skuad negara meraih gangsa Sukan Asia 1962 di Indonesia, juara Piala Merdeka pada 1963, dan 1973 (sebagai kapten), selain gelaran naib juara pada 1972, di mana beliau menjaringkan gol sendiri dalam kekalahan 1-2 Malaysia kepada Korea Selatan.

Chandran juga pernah tersenarai dalam skuad Asian All Stars yang tewas 2-6 kepada Arsenal pada 1968, dan membantu Malaysia meraih gangsa Sukan SEAP 1969, perak pada 1971 dan gangsa pada 1973, dan bersara sebagai pemain selepas membantu Malaysia meraih gangsa di Sukan Asia Tehran 1974 – yang kekal sebagai pencapaian terbaik hingga ke hari ini. 

Beliau kemudiannya bertindak selaku jurulatih Selangor selama 5 tahun, dan kejayaan cemerlangnya menjulang 4 trofi Piala Malaysia dalam tempoh itu, membawa kepada pelantikannya sebagai Ketua Jurulatih skuad negara pada 1982-1983 dan 1988. Beliau menerima Darjah Indera Mahkota Pahang, daripada Sultan Pahang yang membawa gelaran Datuk pada 2000, sebagai menghargai jasa dan sumbangannya kepada negara.

**dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan**