Pautan Suara Sukan

Wednesday, February 20, 2013

FAM nafi campur tangan Hamidin

Berikut kenyataan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia tentang tiadanya tindakan diambil berhubung kes pergaduhan membabitkan pemain Selangor dan Angkatan Tentera Malaysia pada aksi Piala FA, 25 Januari lalu. 

Kenyataan ini dibuat berdasarkan gesaan daripada salah satu akhbar arus perdana yang menyatakan “FAM pilih kasih” kerana gagal mengambil tindakan terhadap insiden “pergaduhan” pemain Selangor dan ATM selepas tamat perlawanan Piala FA pada 25 Januari 2013 yang lalu. 

Hamidin. Foto : sinar
Akhbar berkenaan juga menyatakan bahawa Dato’ Hamidin Mohd Amin, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, FAM (JKPT)  dan Setiausaha Agung PB.Selangor telah campur tangan  bagi menyelesaikan isu ini diluar pengetahuan JK.Tatatertib FAM.

Perkara ini semua adalah tidak benar atau tidak tepat dan berikut adalah penjelasan daripada FAM: 
      
1. Insiden ini adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Tatatertib FAM, di mana Jawatankuasa-Jawatankuasa FAM yang lain seperti JKPT  tidak boleh mempengaruhi apa-apa keputusan yang akan, sedang atau sudah diambil oleh Jawatankuasa tersebut.  Ini adalah selaras dengan kedudukan Jawatankuasa tersebut sebagi badan bebas di bawah Statut FAM.

2. Pendakwaan terhadap kesalahan yang dilakukan semasa perlawanan boleh dibuat dalam masa  dua (2) tahun daripada tarikh kejadian iaitu mengikut Perkara 6.1.1 Kod Tatatetib FAM yang mana ia adalah selari dengan Article 42.1 AFC Diciplinary Code dan Article 42.1 FIFA Disciplinary Code (2011). Walaubagaimana pun FAM tidak pernah mengambil masa sehingga dua tahun untuk membuat pendakwaan.

3. Pihak Sekretariat telah meneliti laporan yang telah dibuat oleh “Match Commissioner’ (Wakil FAM dalam Perlawanan tersebut)   yang dengan jelas menyebut supaya rujukan lanjut hendaklah dibuat melalui rakaman video. FAM juga ada menerima laporan daripada Pengadil dan Penolong Pengadil tetapi tidak menyebut mengenai insiden tersebut kerana Pegawai berkenaan telah pun meninggalkan padang permainan sebelum kejadian berlaku. 

FAM telah menerima rakaman video yang diperolehi dari Persatuan Bolasepak Selangor tetapi tidak menunjukkan dengan jelas kejadian tersebut, kerana rakaman hanya higga tamat perlawanan sahaja dan tiada kejadian selepas tamat perlawanan.  Oleh yang demikian  Sekretariat sedang berusaha untuk mendapatkan rakaman dari sumber lain, iaitu daripada stesen lain-lain  TV dan ini mestilah mengambil masa.

4. Setelah rakaman tersebut di perolehi, ia akan dibentang ke Mesyuarat JK.Tatatertib untuk membincang dan meneliti klip video tersebut sebelum pertuduhan dibuat. Ini bertujuan supaya FAM tidak membuat pertuduhan yang salah atau tidak tepat. Jika tiada klip video tersebut, kes ini akan juga dirujuk kepada Mesyuarat JK.Tatatertib pada 20 Februari 2013 untuk diteliti sebelum pertuduhan dibuat.

Bojan : Gol Keita Hanyalah Permulaan

PENGENDALI Kelantan, Bojan Hodak melaungkan amaran kepada musuh bahawa gol berganda Keita Mandjou yang memusnahkan Terengganu 2-0 pada pertembungan derby Pantai Timur semalam, hanyalah satu permulaan.


Bojan yakin penyerang import Guinea itu akhirnya menemui sentuhan yang dicari-cari, selepas dihantui kemarau gol sebanyak enam perlawanan.

“Apabila seseorang penyerang itu meraih semula keyakinan dalam dirinya, dia tidak akan berhenti meledak gol dan dua jaringan ini hanyalah satu permulaan bagi Keita,” kata Hodak.

Hodak sendiri turut menjadi sasaran kritikan penyokong-penyokong setia The Red Warriors (TRW) kerana kerap menggunakan khidmat pemain berusia 33 tahun itu, meskipun kurang berkesan di depan gawang namun ‘kedegilan’ jurulatih warga Croatia itu nampaknya membuahkan hasil dengan Keita membalas kepercayaan bosnya itu, sekaligus menutup mulut pengkritik.

“Sayalah orang paling gembira apabila menyaksikan dia menemui jaring dua kali pada perlawanan ini. Saya gembira kerana dia (Keita) membalas kepercayaan yang saya berikan terhadapnya. Keita bukan pemain pertama menghadapi masalah yang sama, Muhammad Ghaddar (bekas penyerang Kelantan), juga begitu pada permulaan musim lalu namun menjadi pemusnah benteng pertahanan lawan sebaik sahaja menemui sentuhan sebenar,” jelas Hodak.

Sementara itu, Bojan turut memuji kombinasi jentera tengah membabitkan Mohd. Shakir Shaari dan ketua pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi dalam memimpin rentak permainan pasukan, di samping sumbangan pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin.

“Mohd Shakir dan Piya (Badhri) adalah gandingan pemain tengah terbaik negara dan ini dibuktikan dengan kebijaksanaan mereka mencorakkan permainan yang kreatif dan menghidangkan banyak peluang untuk rakan-rakan. Pengalaman Indra Putra juga memainkan peranan besar,” ujar Bojan.

kredit to : sports247

Wednesday, February 13, 2013

Tempoh rehat panjang cetus semangat ATM

Disumbangkan Babajintan atau Harris Rajahdin. 

TEMPOH rehat hampir sebulan disifatkan sebagai rahmat buat pengendali, B Sathianathan yang menyaksikan skuadnya kembali berada pada tahap kecergasan terbaik menjelang sambungan aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan, Sabtu ini.

Kecuali penjaring terbanyak liga, Marlon Alex James dengan lima gol, gelaran yang dikongsi bersama Fauzi Roslan dari Pahang, ATM, Sathia mampu memilih barisan pemain daripada skuad penuh bagi menghadapi NS di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Meskipun NS dianggap sebagai tuan rumah, perlawanan di Paroi umpama beraksi di gelanggang sendiri buat ATM yang menggunakan stadium itu bagi aksi Liga Super musim ini.

“Tempoh rehat panjang ini memberikan manfaat buat pasukan dengan ia memberikan kesempatan buat pemain untuk pulih daripada kecederaan. Kecuali Marlon, yang mengalami kecederaan belakang, saya memiliki barisan penuh pemain untuk dipilih bagi perlawanan Sabtu ini.

Christie mungkin kembali
“Christie (Jayaseelan) juga sudah kembali pulih tetapi saya berkemungkinan akan menggunakannya sebagai pemain gantian,” kata bekas pengendali kebangsaan itu.

Pertemuan menentang NS mengimbau kenangan manis buat Sathia yang menundukkan negeri kelahirannya itu 3-1 di Paroi dalam laluan kejayaan agregat 6-3 pada suku akhir Piala Malaysia musim lalu.

“Kami melalui kenangan manis beraksi di Negeri (Sembilan) musim lalu apabila meraih kemenangan 3-1 dan seterusnya mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

“Namun, keadaan pada kali ini berbeza dengan mereka pasti akan turun dengan misi untuk membalas dendam kekalahan itu. Ia juga adalah perlawanan istimewa buat beberapa pemain kami, Hai-O, Shukor (Adan), Irwan Fadly (Idrus) dan penjaga gol, Farizal (Harun) yang bakal berdepan pasukan lama mereka,” tambahnya.

Friday, February 1, 2013

Sathia : Jangan kaitkan saya!

Ramai yang tertanya-tanya apakah dua bekas pengendali The Red Warriors, Dato' M.Karathu dan B.Sathianathan memainkan peranan di dalam penyisihan kapten Kelantan, Badri Razi atau Piya daripada skuad kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagobal, sejak ketua jurulatih kebangsaan itu mengeluarkan kenyataan 'tanyalah Karathu dan Sathia mengapa Piya tidak dipilih'. 

Karathu telah menjawab persoalan itu sebelum ini, dan membidas Rajagobal sebagai tidak profesional di dalam menjawab soalan media, manakala Piya sendiri tertanya-tanya dan mahu Rajagobal yang menjawab punca dia disisihkan. 

Terbaru, giliran Sathianathan, yang kini berada di Jepun membidas tindakan pengendali berusia 57 tahun itu agar tidak mengaitkan nama orang lain tatkala penilaian dan kebebasan memilih pemain ke kem kebangsaan terletak sepenuhnya di tangan dia sendiri malahan berkata jika benarpun Raja perlukan seseorang untuk memberi komen menegenai Piya, orang yang paling sesuai adalah Bojan Hodak.

Gambar : Kakibola/365 Images
Sathia tidak mahu dia dikatakan telah memberi 'testimonial' yang tidak bagus tentang Piya dan berikut kenyataan Sathia yang kini melatih Angkatan Tentera Malaysia kepada Suara Sukan. 

"Saya adalah jurulatih Kelantan bermula penghujung 2009, di mana Piya mengalami kecederaan dan tidak beraksi walau satu pun perlawanan. Pada 2010, piya kembali berada dalam pasukan tetapi tidak beraksi 90 minit penuh kerana masih dalam proses pemulihan kecederaan. Hanya menuju ke penghujung musim, seterusnya saingan Piala Malaysia, Piya berada pada tahap prestasi yang baik.

"Datuk Raja ada bertanya kepada saya pada awal musim tersebut tentang Piya, saya kata dia belum 100% cergas kerana kecederaan. Apabila Piya beraksi dengan cemerlang, Raja tidak dapat menyenaraikan namanya dalam skuad AFF 2010 kerana dia tidak didaftarkan dalam senarai 50 pemain untuk kejohanan itu. 

"Pada 2011, Datuk Karathu mengambil alih pasukan, dan kemudiannya Butler dan Bojan, tempoh di mana Kelantan memuncak memenangi liga dan kemudiannya treble. Pada tempoh ini, saya tidak mempunyai sebarang hak untuk bercakap tentang Piya dan Raja sepatutnya bercakap dengan Bojan mengenai pemain Kelantan. 

"Apabila Raja bertanya kepada saya tentang Piya, saya hanya boleh komen tentang prestasi dia ketika 2010, ketika di bawah bimbingan saya. Saya hanya boleh bercakap apa yang saya tahu tentang pemain di bawah kendalian saya sahaja. Tentang prestasi semasa Piya, hanya Bojan sahaja yang boleh menjawab dan memberi maklumat tepat mengenai Piya," ujar Sathia.

Bukan sahaja Sathia, tetapi seluruh peminat bolasepak tempatan juga pastinya bersetuju Bojan adalah individu yang perlu komen tentang prestasi Piya, bukannya seorang jurulatih yang membimbing pemain itu 3 tahun lalu - sama juga dengan Amri Yahyah, dia beraksi dengan Selangor sejak awal 2000-an, takkan Rajagobal nak tanya tentang Amri dekat Abdul Rahman Ibrahim, Ismail Ibrahim, Dollah Salleh atau K.Devan?