Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Astro Arena
menyajikan aksi menghiburkan dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium
Nasional Bukit Jalil semalam, yang berkesudahan dengan keputusan seri 3-3.
Rashid melayangkan badan menyelamatkan percubaan Arena |
Tanpa kelibat beberapa pemain utama seperti Zainal Abidin
Hassan, Datuk Soh Chin Aun, Reduan Abdullah, Khalid Ali, Dollah Salleh, dan K.Gunalan,
YAKEB diketuai bekas pemain skuad Olimpik, Bakri Ibni menunjukkan usia bukan
faktor ukuran di dalam menyajikan aksi bertenaga persis zaman kegemilangan
mereka suatu ketika dahulu.
Aksi penjaga gol, Rashid Hassan umpamanya ketika melayangkan
badan menepis keluar percubaan pemain lawan, pastinya mengembalikan nostalgia
silam, selain kelibat ibarat ‘lipas kudung’ Karim Pin, gandingan utuh dua rakan
karib di barisan pertahanan – Mat Zan Mat Aris & Razip Ismail - aksi ala
Ashley Cole pemain skuash negara, Azlan Iskandar dan sentuhan pemusnah Shahrin
Majid, antara detik-detik yang mewarnai perlawanan pertama YAKEB bagi tahun
2012 ini.
Pemain bergambar kenangan |
“kita ni ex-national, ada kelebihan dari segi pengalaman. Pada
usia kita ni, pengalaman itulah yang harus digunakan sebaiknya, tak perlu push
terlalu kuat, kita tahu kemampuan kita setakat mana. Biar orang-orang muda yang
push, kita yang dah veteran guna pengalaman, guna akal, control ball, main
rileks, jangan pressure diri sendiri,” ujar Bakri sebelum mula perlawanan.
Pada perlawanan yang berlangsung tiga babak itu, YAKEB
mendahului 1-0 hasil jaringan bekas penyerang berbisa tanah air, Shahrin Majid
sebelum Arena yang diwakili pemain seperti Azlan Johar, Nazzab Hidzan, pengulas sukan Shaukei
Kahar, selain tenaga kerja termasuk wartawan Astro Arena menyamakan kedudukan
pada babak ketiga.
Kedudukan itu tidak bertahan lama, apabila Shahrin yang
masih lincah pada usia 38 tahun melakukan percubaan jarak jauh yang mengegar
gawang Arena, sebelum kedudukan kembali terikat 2-2, dua minit kemudian.
Gawang YAKEB kawalan Rashid Hasan bocor lagi 10 minit
kemudian, untuk Arena mendahului 3-2, namun Shahrin memastikan YAKEB tidak
berputih mata di gelanggang sendiri, menerusi gol cantik selepas memperdayakan
beberapa pertahanan lawan di minit akhir permainan untuk keputusan akhir, 3-3.
Saya (penulis) yang beraksi di posisi sayap kiri untuk YAKEB lebih kurang 10 minit di babak ketiga, hampir pitam mengejar bola hantaran jauh Shahrin dan Razip Ismail gara-gara semput dan tidak fit - tetapi ia tetap pengalaman cukup hebat untuk beraksi di padang SNBJ yang pernah menjadi saksi kehebatan pemain seperti Samir Nasri, Robin Van Persie, Didier Drogba dan Wayne Rooney.
Saya (penulis) yang beraksi di posisi sayap kiri untuk YAKEB lebih kurang 10 minit di babak ketiga, hampir pitam mengejar bola hantaran jauh Shahrin dan Razip Ismail gara-gara semput dan tidak fit - tetapi ia tetap pengalaman cukup hebat untuk beraksi di padang SNBJ yang pernah menjadi saksi kehebatan pemain seperti Samir Nasri, Robin Van Persie, Didier Drogba dan Wayne Rooney.
No comments:
Post a Comment