Melihat aksi longlai pasukannya dalam kekalahan 0-3 kepada
Kelantan sebentar tadi, pengendali PKNS Selangor, Abdul Rahman Ibrahim seolah
sudah berputus asa dengan kemampuan pasukannya untuk menapak lebih jauh dalam
saingan liga musim ini.
“ini kali pertama kita bersaing dalam liga super, selepas
mengharungi 16 game, kita berpijak di bumi nyata, dengan kualiti yang kita agak
sukar nak maju ke depan, sukar nak beri saingan, bertemu pasukan seperti
Kelantan, gergasi bolasepak Malaysia, kita cuba beri saingan, ternyata setiap
aspek lain kita boleh tandingi, kecuali kualiti dan tempo permainan mereka yang
jauh lebih tinggi dari kita.
“First half kita lepas gol mudah, second half kita buat
sikit perubahan, tapi pemain muda kita tewas, tak dapat buat hantaran yang
bermanfaat, ini sahaja kualiti yang kami ada..”.
Meskipun cuba menafikan wujudnya tekanan selepas kekalahan
kelima pasukannya musim ini (ketiga berturut-turut), riak kecewa jelas terpancar
di wajah Abdul Rahman yang menyaksikan PKNS jatuh ke tangga ke-12 liga iaitu
kedua tercorot.
Di sebalik memiliki beberapa tonggak berpengalaman dalam
pasukan seperti Razi Efendi, Rudie Ramli, Azlan Zainal, Nizarudin Yusof serta dua
pemain import, Michael Nicoise dan Helmi Lousaief, pasukan yang digelar Semut
Api ini sekadar mampu merakamkan 4 kemenangan musim ini, dan hanya 2 mata
mengatasi pasukan tangga ke-13, Johor FC.
Abdul Rahman yang juga pernah membimbing pasukan kebangsaan,
Terengganu dan Selangor sebelum ini, pastinya
mengharapkan anak buahnya akan bangkit memadam igauan buruk tewas tiga
perlawanan berturut-turut apabila bertemu pasukan tangga tercorot, Kuala Lumpur,
Rabu ini.
1 comment:
Tahniah boh buleh masuk BH ari sabtu lepah,maju lg selangkah.ambo baco artikel pasa demo tu,sapa ko crito masuk stadium curi2.kemah boh
Post a Comment