Masih ingatkah anda, beberapa bulan lalu, seorang pegawai
dari FIFA, Chris Eaton mendakwa ada pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
yang terlibat di dalam gejala mengatur perlawanan membabitkan saingan Liga Malaysia?
FAM tanpa menyiasat lebih lanjut, meminta pegawai itu dan FIFA memohon maaf di
atas tuduhan tersebut yang disifatkan tidak berasas.
Hari ini, kecoh memperkatakan seorang pengadil dari Malaysia,
Shukri Nor yang mana majikannya adalah FAM, didakwa di sebuah Mahkamah Singapura
bersama seorang bekas pemain kebangsaan yang kini bergelar ahli perniagaan, S.S
Thana Segar atas tuduhan bersetuju menerima suapan RM15,000 untuk mengatur perlawanan Liga Super,
membabitkan Lions XII menentang Sarawak.
Shukri dan Thana Segar, didakwa melakukan kesalahan itu, di
sebuah bilik hotel di Pulau Pinang pada 19 Mei lalu, namun difahamkan dia
ditahan Anggota Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura sebelum bermulanya
perlawanan antara kedua-dua pasukan, yang berkesudahan Lions menang 3-0, dan
tempatnya dalam perlawanan itu diambil alih Wan Ahmad Tarmizi.
Shukri, 47 tahun, boleh dikatakan antara pengadil paling
berpengalaman di Malaysia dan perkembangan ini nyata cukup memalukan di saat
pemain dari Malaysia semakin menjadi sebutan di luar negara. Ini nasib baik kantoi
sebelum perlawanan berlangsung, yang tak terkantoi entah berapa banyak lah
lagi? sungguh kasihan peminat bolasepak tempatan, hadir ke stadium bersemangat
tinggi memberi sokongan kepada pasukan kesayangan, rupanya keputusan sudah
diatur. What a shame!!
Apa yang berlaku, pastinya dilihat sebagai satu lagi
tamparan hebat buat FAM, beria-ria menyuruh FIFA meminta maaf kini sudah HAMPIR dapat
dibuktikan dan terpercik ke muka sendiri (walaupun kita sebagai rakyat Malaysia akan berharap dakwaan tersebut tidak benar), apakah penjelasan FAM tentang perkara
ini, adakah mereka kini dalam situasi menjilat ludah sendiri?
Dalam satu kenyataan kepada Bernama, Pengerusi Jawatankuasa
Pengadil FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata FAM akan menunggu keputusan
perbicaraan mahkamah Singapura sebelum mengambil tindakan lanjut – katanya ini
sebagai menghormati undang-undang negara tersebut.
Manakala dalam satu kenyataan ringkas kepada media, FAM
mengucapkan tahniah kepada CPIB di atas tindakan badan itu menahan dan mendakwa
pihak yang terlibat dengan gejala bookie. Menurut kenyataan itu lagi, FAM
sentiasa memandang berat isu rasuah bolasepak dan telah mengambil pelbagai
inisiatif untuk memerangi gejala ini. Cubaan untuk mendapatkan komen orang kuat
FAM, Datuk Azuddin Ahmad bagaimanapun tidak berhasil, dilaporkan dia berada di
Hungary ketika ini.
Mahkamah membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin dengan
bayaran $50,000 sebelum kes itu disebut semula 31 Mei nanti, dan jika sabit
kesalahan mereka boleh didenda sehingga $100,000 atau 5 tahun penjara atau
kedua-duanya mengikut undang-undang Singapura.
Apa yang akan FAM pula lakukan? Saya masih ingat janji Datuk
Astaman ketika saya bertemu beliau dua tahun lepas, ketika beliau dilantik
sebagai pengerusi jawatankuasa pengadil, struktur gaji para pengadil adalah perkara
pertama yang akan dinilai agar mereka mendapat bayaran setimpal perkhidmatan
yang diberi. So, apa jadi?
Kritikan terhadap mutu pengadilan juga perlu diteliti secara
serius, bukannya cepat melatah menjatuhkan hukuman, ini komen sikit terus nak
menghukum sedangkan kualiti pengadilan itu mungkin juga berkait rapat dengan
gejala mengatur perlawanan. Setakat pakai baju tertera logo INTEGRITI dan berikrar beria-ria kononnya TELUS AMANAH, mana cukup? Kenapa tidak selama ini apabila menerima laporan
atau aduan, sama ada secara terus atau melalui saluran lain, FAM jalankan siasatan
untuk kenal pasti puncanya?
Sebaliknya FAM hanya sibuk menghukum, inikah yang mereka katakan
sebagai bekerjasama memerangi rasuah – iaitu dengan menjatuhkan hukum kepada
orang yang menyuarakan rasa tidak puas hati? Tengoklah, Persatuan Bolasepak
Singapura telah menjalankan tanggungjawab memerangi rasuah dengan berkesan,
setinggi ucapan tahniah buat FAS! FAM harus malu dengan FAS. Tak malu ke ucap tahniah kpd badan induk negara jiran, terang-terang nampak diorang lagi telus dan berintegriti.
pengadil itu polis be!
ReplyDeleteWah!!! Semangat bro!!! Takir jgn tak takir.... KPI FAM hanya menjatuhkan hukuman sebanyak mungkin, bukannya nak memertabatkan kualiti bolasepak negara. Ini tangkapan rasuah dan mengatur permainan yang sempat dilakukan, yg x dapat dihidu sblum ni ntah dah berapa banyak. Masa semifinal pertama piala FA Kedah & Kelantan ari 2 pn menimbulkan tandatanya msa tambahan yg begitu lama diberikan dimana pengadilnya Shukri Nor jg. Justeru pengadilan yang telus, berintegriti dan bermaruah adalah ditagih demi meraih kepercayaan pemerhati dan penyokong bola sepak negara.
ReplyDeleteaku nk tunggu JUDIN kato gapo???...malu kokram,singapore dpt kesan, FAM wat gapo? make gaji buto ko....
ReplyDeleteSHUKRI NOR TU HANYA IKAN BILIS JE. MAYBE ADA LAGI JERUNG2 BESAR DALAM FAM YANG X DITANGKAP.
ReplyDeleteMuka tak reti malu,bodoh sombong, egoistic, tak boleh di tegur, bodoh tak boleh di ajar, cerdik tak boleh di ikut... FAM wajib di reform semula dari paling atas hingga ke paling bawah
ReplyDeleteRasuah.. Rasuah.. Rasuah.. Kalau tak dibendung boleh menjadi barah.. Bukan setakat ikan bilis jer sepatutnya jerung-jerung pun harus diambil tindakan jika ada bukti yang benar.
ReplyDelete