Pautan Suara Sukan

Thursday, May 24, 2012

Tuntut Penjelasan Tindakan Kurang Profesional FAM


Kelab Penyokong Rasmi Bolasepak Kelantan, menuntut penjelasan dan gantirugi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia, ekoran tindakan membuang beberapa KAIN RENTANG/BANNER yang dipasang di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby, 19 Mei lalu.

Pengerusi KPBSK, Mohd Yahya Jamada Ali dalam satu kenyataan baru-baru ini, berkata BANNER yang dipasang tidak langsung bersifat provokatif atau menyentuh sensitiviti, atau mencaci peribadi mana-mana individu khususnya pegawai FAM, sebaliknya hanya mengandungi kata-kata semangat dan sokongan padu buat Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.


Antara banner yang dirampas, adakah ia menjadi satu kesalahan untuk menggantung banner2 seperti ini?

“kami agak kecewa dan terkilan, banner yang mengandungi wajah TSAM dan kata-kata semangat buat beliau dan pasukan, dibuang tanpa alasan munasabah, tanpa sebab kukuh. Apakah menjadi satu kesalahan untuk memberi sokongan kepada bapa pembangunan bolasepak Kelantan?

“Kami juga telah mengikut protokol dan prosedur kain rentang yang dibenarkan tanpa melanggar mana-mana arahan, ini menunjukkan FAM langsung tidak professional dan perbuatan mereka ini menjurus kepada dendam peribadi,” ujarnya.

Lebih mengecewakan, Mohd Yahya juga menjelaskan bahawa pemeriksaaan terhadap kain rentang juga telah dibuat terlebih dahulu pada waktu tengah hari oleh pihak stadium dan pegawai FAM, dan mereka sendiri yang membenarkan 5 kain rentang dipasang di tempat yang telah ditetapkan.

“Kami beredar dari stadium selepas selesai menggantung sekitar jam 2 petang, tetapi apabila kembali ke stadium pada pukul 6.30ptg, kami dapati dua bidang kain rentang yang digantung sudah tiada, kami difahamkan ada beberapa pegawai keselamatan dan pegawai FAM telah membuang dan merampas banner itu tanpa alasan, kami berpendapat tindakan itu di luar normal kemanusiaan,” tambahnya.

wakil KPBSK menunjukkan laporan polis yang telah dibuat

Susulan daripada kejadian itu juga, KPBSK telah membuat laporan polis dan mahu penjelasan wajar daripada FAM di atas apa yang berlaku, di mana kelab peminat telah bertungkus lumus menyiapkan banner tersebut semata-mata sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada wira kesayangan mereka dengan kos sekitar RM5,000 bagi dua banner tersebut namun dirosakkan oleh orang yang tidak tahu tentang bolasepak.

3 comments:

  1. Sepatutnya saman je fam ni, tuntun saman lg tingii.. Kalu naik court baru rakyat tau betapa mangkuknya fam tu...

    ReplyDelete
  2. betul lah,,, fam suka cari pasal. bilalah FAM ni nak berubah. FAM ni kalau dah benci kot seseorang gambar pun tak boleh. sungguh tragis

    ReplyDelete
  3. minta pihak SPRM siasat pegawai2 tertinggi FAM jgk, jgn pilih bulu...tlg siasat jerung2 jgk jgn hanya siasat bilis2 shj...dalang patut dicari bagi mengelakkan reputasi liga dan pemain2 Liga-M terjejas....

    ReplyDelete