Penyerang Kelantan, Mohd Norfarhan Mohamad hanya
mengambil 2 minit untuk membuktikan nilainya selaku penyerang berbisa apabila
meledak gol pembukaan menentang seteru pantai timur, Terengganu dalam saingan
pusingan kedua Piala AFC, sekaligus menunjukkan apa yang Kelantan kehilangan pada
perlawanan akhir Piala FA Sabtu lalu – sentuhan pemusnah di depan gol.
foto : Mark Deen. www.kelate.net |
Tidak diturunkan tempoh hari menentang Sime Darby
FC, apabila Bojan Hodak memilih untuk mengandingkan Norsharul Idlan dan Mahmoud
Ghadar, Norfarhan ibarat singa lapar, dan menamatkan permainan dengan 2
jaringan, pada perlawanan yang menyaksikan Kelantan menang 3-2 dan mengesahkan tiket ke suku
akhir.
“Saya gembira dengan sumbangannya, saya sudah cakap
dia seorang professional, dia bukan Carlos Tevez atau Balotelli yang merajuk
apabila tidak diturunkan, tapi dia adalah Norfarhan, tengok, apabila diberi
peluang dia beri komitmen lebih 100 peratus, dia skor gol, dia mahu buktikan
sesuatu, saya sudah kata bukan saja Norfarhan tetapi semua pemain kami hebat,
dan ini buktinya,” ujar Bojan ketika dihubungi SS.
Manakala Norfarhan menerusi kenyataan di laman
facebooknya tidak mahu dia dianggap sebagai wira di sebalik kemenangan bergaya
ke atas Terengganu, dan secara merendah diri menyifatkan kemenangan ini hadir
di atas kerjasama semua rakan sepasukan, dan berterima kasih kepada sokongan
berterusan ditunjukkan peminat TRW.
“Gol bertaraf dunia dari Rizal Fahmi, dan bonus dua
gol dari Mr.Ben10 (Norfarhan), tahniah kepada semua, kerja keras dari semua
pemain, syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada semua fans yang sanggup
berhujan demi TRW. Special thanks to my wife and son, Nan Ida & Ateem
kerana memahami. Gomo Kelate Gomo, kawe banggo demo pun banggo..”.
foto : yusran yusof, www.kelate.net |
Pada perlawanan yang berlangsung lewat setengah jam
kerana hujan lebat itu, Kelantan mendahului 3-0 di babak pertama menerusi
tambahan jaringan yang dihasilkan Rizal Fahmi hasil sepakan percuma persis
Roberto Carlos, namun Terengganu bimbingan Peter James Butler, menjelmakan
kebangkitan menerusi jaringan Ismail Faruqi dan Francis Forkey Doe, namun tidak
berupaya menghalang Kelantan dari meneruskan kemaraaan.
Saingan Piala AFC hanya akan bersambung semula
September depan, dan Kelantan dalam tempoh tersebut akan kembali focus pada
saingan liga, bermula dengan pertemuan menentang Johor FC, Sabtu ini.
kawe nak tambah lagi..dedikasi and tribute to Subra...walaupun dalam kecederaan dan kepala berbalut tetapi masih bersemangat ketika diperlukan saat-saat genting..ada 1 heading yang dia lakukan utk keluarkan bola dari kawasan bahaya..ape2 pn tahniah TRW..semoga boleh mara sehingga perlawanan akhir......
ReplyDeleteTrbaek la subra!!
Deletetambahan jgk, profesionalnya Farhan ni sbb dia skor utk Kelantan ketika menentang negeri asalnya iaitu Terengganu.. hrap pnyokong Ganu pn profesional...
ReplyDeleteTp irfan kata farhan score sbb nk balas dendam... Something to prove to trg... Farhan got nothing to prove.. he is a top player in M'sia... He is good enough for any team.. yeay.. Everyone know except irfan...
ReplyDelete