Sunday, May 13, 2012

Bojan Semakin Pening Kepala


foto kredit : shazlishamsuddin (dunia warriors)

Kemenangan bergaya 3-0 ke atas PKNS Selangor sudah cukup untuk menceritakan betapa Pahlawan The Red Warriors kini berada di kemuncak prestasi mengagumkan. Aksi konsisten yang ditunjukkan, menyaksikan Kelantan melebarkan rekod tanpa kalah dalam saingan domestik kepada 14 perlawanan, dan hanya tewas sekali kepada Ayeyawady (Piala AFC) sejak dibimbing Bojan Hodak.

Tatkala aksi cemerlang sejak beberapa perlawanan lalu dilihat sudah memadai untuk mencetus reaksi gembira di kem Kelantan selepas kekusutan di awal musim ekoran masalah dalaman membabitkan pengambilan pemain import dan krisis keyakinan terhadap kemampuan jurulatih (Peter Butler), Bojan pula tampak tidak senang duduk dan mengakui dia semakin pening kepala di dalam mencatur kesebelasan utama pasukan bagi perlawanan getir final Piala FA minggu depan.

“saya cukup gembira dengan prestasi pemain malam ini, semua menunjukkan satu semangat, satu kesungguhan untuk mengutip 3 mata, semua pemain menunjukkan disiplin tinggi, tapi itulah masalah besar bagi saya sekarang, saya semakin sukar untuk buat keputusan, semua pemain mahu main final Piala FA.

“Motivasi mereka cukup tinggi. Semua pemain saya dari pemain utama hinggalah simpanan menunjukkan karakter yang mengagumkan, saya betul-betul bermasalah untuk tentukan siapa yang terbaik kerana semuanya adalah terbaik. Kalau boleh saya nak senaraikan semua, tapi hanya 11 yang boleh saya pilih untuk bermain, hanya 18 boleh didaftarkan, kalaulah saya boleh ubah angka tersebut..”.

Apa yang menganggu pemikiran Bojan itu ada benarnya. Di barisan pertahanan tengah umpamanya, kesemua 4 pemain – S.Subramaniam, Farisham Ismail, Rizal Fahmi, Obinna Nwaneri – berada di tahap terbaik, menyaksikan Kelantan tidak bolos dalam 3 perlawanan terakhir.

Obinna meraikan gol kedua pada perlawanan menentang PKNS. foto : shazli shamsuddin (dunia warriors)
Menambah pening Bojan, barisan depan turut tidak mahu ketinggalan memikat perhatiannya.

Kecuali Azlan Ismail yang belum berjaya membuktikan sesuatu ekoran kecederaan jangka panjang sebelum ini, semua pemain barisan depan – Norfarhan Muhammad, Norsharul Idlan, Mahmoud Ghadar, Indra Putra Mahyudin, penjaring gol final tahun lalu Nurul Azwan dan the newly-born S.Chanturu – sudahpun membuktikan kredibiliti masing-masing, dan bersedia membalas kepercayaan bila-bila masa diturunkan.

Bojan juga menyifatkan perwatakan sang juara yang ada pada Kelantan tidak ada pada mana-mana pasukan lain dalam Liga Malaysia, justeru itulah yang membezakan antara TRW dengan pasukan-pasukan lain, dan dia yakin azam tinggi untuk mendakap satu-satunya piala yang belum berada dalam koleksi kejuaraan akan menjadi motivasi terbaik buat pemainnya membuktikan mereka adalah yang terbaik.

Kemenangan malam tadi menyaksikan Kelantan mengurangkan jurang beza mata dengan pendahulu, Lions XII yang diikat 3-3 oleh Kedah, kepada hanya 3 mata, dan memiliki kelebihan 4 perlawanan dalam tangan.

Lantaran itu, jurulatih berasal dari Croatia ini tidak mahu pemainnya leka dan mahu setiap perlawanan ditempuhi dengan tenang, bermula perlawanan menentang Sime Darby, Sabtu depan.

4 comments:

Anonymous said...

thanks aiman....
Daudsu ada sorang lagi tertinggal tue..... tp sayang TRW dah kehilangan Azizi Mar Ros & Aziz Ismail utk jangkamasa 6 bulan lg (hbis season) and izuan rosly mgkin kembali dlm masa terdekat utk backup posisi Shakir..... perjalan masih jauh.... Gud Luck Warriors
Go More Kelate Go More

Anonymous said...

boh kene pehe.admin oyak bek tengoh boh...tu yg admin tok sebuk daudsu..sebab daudsu main bek kanan boh...kawe tolong admin jelas hok tok brapo jelah...

Anonymous said...

ambo tgk bojan hodak biso jadi jurulatih berbanding peter butler..

butler cumo biso kecek kelate jah hehe..

Anonymous said...

terbaek trw.. seluruh dunia minat