foto kredit : shazlishamsuddin (dunia warriors) |
Kemenangan bergaya 3-0 ke atas PKNS Selangor sudah cukup
untuk menceritakan betapa Pahlawan The Red Warriors kini berada di kemuncak
prestasi mengagumkan. Aksi konsisten yang ditunjukkan, menyaksikan Kelantan
melebarkan rekod tanpa kalah dalam saingan domestik kepada 14 perlawanan, dan hanya
tewas sekali kepada Ayeyawady (Piala AFC) sejak dibimbing Bojan Hodak.
Tatkala aksi cemerlang sejak beberapa perlawanan lalu dilihat
sudah memadai untuk mencetus reaksi gembira di kem Kelantan selepas kekusutan
di awal musim ekoran masalah dalaman membabitkan pengambilan pemain import dan
krisis keyakinan terhadap kemampuan jurulatih (Peter Butler), Bojan pula tampak
tidak senang duduk dan mengakui dia semakin pening kepala di dalam mencatur
kesebelasan utama pasukan bagi perlawanan getir final Piala FA minggu depan.
“saya cukup gembira dengan prestasi pemain malam ini, semua
menunjukkan satu semangat, satu kesungguhan untuk mengutip 3 mata, semua pemain
menunjukkan disiplin tinggi, tapi itulah masalah besar bagi saya sekarang, saya
semakin sukar untuk buat keputusan, semua pemain mahu main final Piala FA.
“Motivasi mereka cukup tinggi. Semua pemain saya dari pemain
utama hinggalah simpanan menunjukkan karakter yang mengagumkan, saya
betul-betul bermasalah untuk tentukan siapa yang terbaik kerana semuanya adalah
terbaik. Kalau boleh saya nak senaraikan semua, tapi hanya 11 yang boleh saya
pilih untuk bermain, hanya 18 boleh didaftarkan, kalaulah saya boleh ubah angka
tersebut..”.
Apa yang menganggu pemikiran Bojan itu ada benarnya. Di
barisan pertahanan tengah umpamanya, kesemua 4 pemain – S.Subramaniam, Farisham
Ismail, Rizal Fahmi, Obinna Nwaneri – berada di tahap terbaik, menyaksikan Kelantan
tidak bolos dalam 3 perlawanan terakhir.
Obinna meraikan gol kedua pada perlawanan menentang PKNS. foto : shazli shamsuddin (dunia warriors) |
Menambah pening Bojan, barisan depan turut tidak mahu
ketinggalan memikat perhatiannya.
Kecuali Azlan Ismail yang belum berjaya membuktikan sesuatu
ekoran kecederaan jangka panjang sebelum ini, semua pemain barisan depan –
Norfarhan Muhammad, Norsharul Idlan, Mahmoud Ghadar, Indra Putra Mahyudin, penjaring
gol final tahun lalu Nurul Azwan dan the newly-born
S.Chanturu – sudahpun membuktikan kredibiliti masing-masing, dan bersedia
membalas kepercayaan bila-bila masa diturunkan.
Bojan juga menyifatkan perwatakan sang juara yang ada pada
Kelantan tidak ada pada mana-mana pasukan lain dalam Liga Malaysia, justeru
itulah yang membezakan antara TRW dengan pasukan-pasukan lain, dan dia yakin
azam tinggi untuk mendakap satu-satunya piala yang belum berada dalam koleksi
kejuaraan akan menjadi motivasi terbaik buat pemainnya membuktikan mereka
adalah yang terbaik.
Kemenangan malam tadi menyaksikan Kelantan mengurangkan
jurang beza mata dengan pendahulu, Lions XII yang diikat 3-3 oleh Kedah, kepada
hanya 3 mata, dan memiliki kelebihan 4 perlawanan dalam tangan.
Lantaran itu, jurulatih berasal dari Croatia ini tidak mahu
pemainnya leka dan mahu setiap perlawanan ditempuhi dengan tenang, bermula
perlawanan menentang Sime Darby, Sabtu depan.
thanks aiman....
ReplyDeleteDaudsu ada sorang lagi tertinggal tue..... tp sayang TRW dah kehilangan Azizi Mar Ros & Aziz Ismail utk jangkamasa 6 bulan lg (hbis season) and izuan rosly mgkin kembali dlm masa terdekat utk backup posisi Shakir..... perjalan masih jauh.... Gud Luck Warriors
Go More Kelate Go More
boh kene pehe.admin oyak bek tengoh boh...tu yg admin tok sebuk daudsu..sebab daudsu main bek kanan boh...kawe tolong admin jelas hok tok brapo jelah...
ReplyDeleteambo tgk bojan hodak biso jadi jurulatih berbanding peter butler..
ReplyDeletebutler cumo biso kecek kelate jah hehe..
terbaek trw.. seluruh dunia minat
ReplyDelete