Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai
penganjur perlawanan akhir Piala FA, perlu memberi perhatian serius terhadap
kemudahan dan keselesaan penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil - setimpal
dengan harga mahal RM40 yang dibayar penyokong kedua-dua pasukan.
Kelab Peminat Bolasepak Rasmi Bolasepak Kelantan
(KPBSK) menerusi Pengerusinya, Mohd Yahya Jamada Ali menjelaskan penyokong
The Red Warriors yang menjadi pencetus kemeriahan bolasepak Malaysia tidak
akan menjadikan harga tiket mahal sebagai alasan untuk tidak hadir ke stadium,
namun berpendapat mereka berhak untuk mendapatkan kepuasan yang setimpal
dengan harga yang dibayar, dan meminta FAM sebagai badan pentadbir bolasepak
negara yang ulung dan cekap, bertindak dengan lebih proaktif dan mengambil
peduli rintihan penyokong setia.
kemeriahan bolasepak negara dicetus penyokong bolasepak kelantan |
Langkah ini juga menurut KPBSK agar FAM tidak
dituduh dan difitnah mengambil kesempatan dan cuma mengaut keuntungan terutama
apabila melibatkan pasukan Kelantan.
Menerusi emel yang dihantar kepada FAM dan rakan
media lain, KPBSK mahu beberapa perkara seperti berikut diberi perhatian
:
i) Tiket
Perlawanan
Pihak FAM hendaklah memastikan bilangan tiket yang
dikeluarkan dan dijual adalah mengikut kapasti tempat duduk sesebuah stadium.
Ini bagi mengelakkan berlakunya kesesakan melampau dan ketidakselesaan
dikalangan penonton. Perkara ini berlaku pada perlawanan akhir Piala F.A. tahun
lepas dimana pemegang tiket ‘grandstand’ tidak dapat duduk di tempat sepatutnya
kerana berlaku pertindihan. Kebanjiran penonton sehingga terpaksa duduk di atas
tangga dan di tepi laluan hendaklah dielakkan kerana sebarang kejadian
kecemasan akan memburukan lagi keadaan. Pihak FAM juga harus proaktif dalam
memastikan tiada tiket palsu dijual yang akan menyumbang kepada perkara ini.
Selain itu kegiatan ulat tiket di perkarangan stadium hendaklah dipantau dan
diambil tindakan penguatkuasaan dengan segera. Selain itu, tempoh masa jualan
tiket yang secukupnya dan memperbanyakkan kaunter jualan dapat memberikan
keselesaan kepada penonton semasa hendak membeli tiket.
ii) Kawalan
Keselamatan
Berdasarkan pengalaman, perlawanan akhir sentiasa
berjaya menarik minat penonton untuk ke Stadium. Walaupun pertembungan kali ini
melibatkan sebuah pasukan bertaraf kelab adalah diharapkan aspek kawalan
keselamatan tidak diambil ringan. Penempatan pegawai keselamatan harus
dipertingkatkan di dalam dan di luar stadium. Adalah dicadangkan agar pegawai
keselamatan di tempatkan di tempat duduk penonton atau di tangga-tangga agar
dapat mengambil tindakan segera jika berlaku provokasi atau perkara yang tidak
diduga. Penempatan pegawai keselamatan di atas trek adalah satu pembaziran.
Sila pastikan mereka ini bertugas mengawal keselamatan dan bukannya menonton
perlawanan.
Piala yang menjadi rebutan, foto kredit : Aziman Rosdi wartawan Hmetro |
iii) Kemudahan
Stadium
Pihak penganjur
(FAM) hendaklah memastikan semua kemudahan stadium berada dalam keadaan baik
bukan sahaja untuk kegunaan VIP, petugas media, pemain dan pengurusan pasukan
bertanding tetapi juga untuk kegunaan puluhan ribu penonton yang hadir. Harus
diingat penonton berhak menikmati kemudahan yang sempurna kerana mereka
membayar tiket untuk menyaksikan perlawanan ini. Berdasarkan pengalaman,
keadaan tandas di Stadium Nasional Bukit Jalil amat menyedihkan kerana
terdapat sebilangan besar tandas yang rosak dan tidak boleh digunakan. Terdapat
kebocoran paip menyebabkan air bertakung dan membahayakan penonton terutama
kanak-kanak dan wanita. Selain itu kemudahan ruang solat dan tempat mengambil
wuduk juga terhad dan tidak selesa. Memandangkan majoriti penonton adalah
beragama Islam adalah wajar perkara ini dipertingkatkan. Selain itu kerjasama
daripada penyedia kemudahan telekomunikasi juga amat diharapkan untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan kerana kebanjiran penonton menyebabkan kesesakan
talian dan menjejaskan perhubungan. Tempat letak kereta dan bas juga haruslah
dikenalpasti dan jika boleh sebarang penganjuran program di tempat
tersebut hendaklah dielakkan kerana akan menyebabkan kesesakan luar
biasa.
iv) Pintu
Masuk dan Keluar
Adalah didapati pintu masuk dan keluar di Stadium
Nasional Bukit Jalil mahupun Stadium Shah Alam adalah mencukupi berdasarkan
kapasiti penonton. Namun begitu, seringkali pintu masuk dan keluar ini tidak
digunakan kesemuanya menyebabkan berlaku kesesakan semasa masuk dan keluar.
Terdapat pintu yang dikunci dan tidak dibuka sepenuhya terutama ketika penonton
bersesak –sesak hendak keluar selepas perlawanan. Keadaan amat merimaskan
terutamanya penonton kecil dan wanita .Selain itu adalah dicadangkan supaya pintu
masuk dibuka lebih awal daripada biasa dan gerai –gerai jualan makanan dan
minimun disediakan di dalam perkarangan stadium. Kurangkan bilangan gerai
jualan diluar stadium terutama di laluan pejalan kaki.
Aiman.. bagaimana dengan keadaan padang, khabarnya kualiti padang di SNBJ juga amat tidak memuaskan, tidak seperti di SSMIV,ini juga harus di perbetulkan..
ReplyDeletesokong 110% cdngan ini!!
ReplyDeletebiasanya,ada kerusi kosong banyak buat sempadan ke22 penyokong,tapi penyokong sebelah kelantan berhimpit2 kat tangga dan laluan..bukalah kawasan tu untuk penyokong duduk,org bayar tiket mahal2 bukan free,tempat duduk buat hiasan..
ReplyDeletefikirlah cara lain nak jaga keselamatan atau provokasi,contohnya,angkutlah fru dari jaga trek balapan buat pagar sempadan ke..penyokong yg panas berhimpit2 akan mudah hangin memberontak..ruang kerusi kosong sebagai sempadan sudah tidak relevan..
final FA tahun lepas,pembahagian kerusi,kawasan yg tidak logik,penyokong yg lebih ramai hendaklah diberi ruang lebih,bukan 50-50..ini yg menyebabkan terhimpit..fam bangsat,kita bayar tiket mahal wei bukan masuk free..
FAM melalui surat kepada KPBSK bertarikh 11 Mei 2012 memaklumkan semua perkara ini telah dibincangkan di Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala F.A.2012 dan juga mesyuarat Khas ke 16 Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM. Pihak jawatankuasa juga memaklumkan FAM akan mengambil tindakan-tindakan penyelarasan dengan pihak polis dan stadium.
ReplyDelete19hb ni kalu serupo skalo jah kita mintok kembalikan duit ko guano. Mintok saing-saing media ambik gambar buat bukti FAM cakap saja tiada tindakan.
nak tanya sikit.. kenapa tiada tiket grand stand dijual? siapa yg akan duduk di kerusi grand stand? adakah siapa cepat dia dapat? tetamu fam? atau dikosongkan?
ReplyDelete