“kita cuma inginkan yang terbaik, agar semuanya berjalan lancar
tanpa penangguhan, lebih-lebih lagi Liga Malaysia pun dah nak bermula..ini
bukan keputusan saya yang buat, tetapi kita bermesyuarat dan dicapai sebulat
suara, jadi sepatutnya tidak ada isu yang timbul, kita juga sudah rujuk jabatan
kaji cuaca, sebagai contoh anda sendiri tengok game Kelantan-Terengganu baru-baru
ni terpaksa dibatalkan kerana factor cuaca, nanti bila jadi macam tu orang akan
persoal apa FAM ni dah tahu cuaca tak mengizinkan nak teruskan juga, so kita
tak nak jadi macam tu..”.
Dato' Hamidin - foto : kosmo |
Demikian reaksi Dato’ Hamidin Amin, Pengerusi Jawatankuasa
Pertandingan FAM, berhubung rungutan sebilangan besar penyokong bolasepak
Kelantan yang kurang senang dengan tindakan mengubah venue perlawanan Piala
Sumbangsih antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang dijadual berlangsung 7
Januari ini, ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
Perlawanan itu pada asalnya dijadual berlangsung di Kota
Bharu, namun sepertimana kata Hamidin, perubahan terpaksa dibuat mengambil kira
keadaan semasa di Kota Bharu, dan berpendapat keputusan ini adalah untuk
kesenangan semua pihak dan beliau juga berharap perkara ini tidak lagi
diperbesarkan mana-mana pihak.
Dalam pada itu, Hamidin turut mengumumkan tiket perlawanan
Piala Sumbangsih akan mula dijual Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil,
bermula jam 10 pagi (bagi mereka yang datang dari Lembah Klang), manakala tiket
yang dibeli oleh persatuan negeri masing-masing akan mula dijual seawal esok
(Khamis) di Stadium Paroi (Negeri Sembilan), dan Stadium Sultan Muhammad ke-IV
(Kelantan).
“Kita cetak 80 ribu tiket, buat masa ini, N9 sudahpun
menempah 30 ribu tiket, manakala Kelantan belum mengesahkan jumlahnya, tiket
yang tidak habis dijual akan dikembalikan kepada FAM pada Jumaat untuk dijual
di Bukit Jalil pada Sabtu. Selepas tolak kos pengelolaan perlawanan, hasil
kutipan jualan tiket akan diagih sama rata kepada kedua-dua pasukan yang bersetuju menyumbangkan kepada Yayasan Kebajikan, di mana Kelantan
akan menyumbangkan hasil kutipan kepada Yayasan Kemiskinan Kelantan, manakala
N9 pula belum menamakan penerimanya. Penyerahan mock cheque akan dilakukan
sejurus tamat perlawanan..”.
3 comments:
apa kata semua match liga malaysia main waktu petang..x pon waktu pagi..jimat kos..
mmg kalu game waktu pagi atau ptg jimat kos tp kutipan tiket pun krg la.. tu sb semua psuakan nk wat game mlm sb nk bg ramai org p tgk & dpt untung byk.. tah apa2 en. cool ni..
Minta penyokong N9 dan Kelantan beramai-ramai hantar surat berterima kasih dekat FAM sebab tiket tak sampai RM50.
Pelik, tak perlu baiki padang ke lepas game ni macam final Piala Malaysia tahun lepas. Atau, takkan la fans of the teams yang masuk finals tahun lepas terpaksa tanggung kos padang yang sedia ada teruk (padahal teams diorang tak main pun lagi.
Post a Comment