Thursday, January 12, 2012

FAM Jawab Kontroversi Esok


Mulanya saingan Liga Malaysia 2012, ‘kerancakkan’ saingan nampaknya lebih tertumpu kepada kontroversi memanjang mengenai status pendaftaran pemain import, yang kini sedang memuncak di antara Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu dan Persatuan Bolasepak Malaysia.

Apa yang menarik, beberapa pasukan lain turut terkena tempias kontroversi pendaftaran pemain import dengan yang terbaru, dua pemain dari Lubnan – Ramez Dayoub (Selangor) dan Mahmoud Ghadar (Kelantan)  dikatakan tidak layak untuk didaftarkan dalam saingan Liga Malaysia 2012 kerana tidak mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

Ramez dikatakan tidak layak kerana bermain dalam Liga Asean mewakili kelab Myanmar tanpa melalui COOLING PERIOD, manakala Ghadar pula dikaitkan kerana ranking Lubnan adalah lebih rendah berbanding Malaysia pada 24 Ogos 2011 – ini mengikut syarat pengambilan pemain import yang ditetapkan FAM.

Perkara 5.3 menyebut hanya pemain dari negara yang rankingnya di atas Malaysia mengikut senarai dikeluarkan FIFA pada 24 Ogos 2011 boleh didaftarkan untuk beraksi – Lubnan ketika itu 160, manakala Malaysia 146. Sementara perkara 17 menyebut pemain yang bermain di Liga ASEAN perlu melalui COOLING PERIOD selama 2 tahun, dengan kontrak bersama kelabnya perlu berakhir pada 7 Disember 2009, sebelum diambil oleh kelab atau persatuan di Liga M.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa yang dihubungi sebentar tadi, menjelaskan dengan ringkas ranking terkini Lubnan ketika mendaftarkan Ghadar adalah 111, dan tidak wujud sebarang isu dalam perkara ini, manakala cubaan mendapatkan penjelasan Dato’ Hamidin Amin tidak berhasil, sebaliknya dimaklumkan Jawatankuasa Pertandingan akan mengadakan mesyuarat dan siding media khas di FAM, petang esok bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung pendaftaran pemain import.

Justeru, peminat bolasepak tempatan dinasihatkan tidak membuat spekulasi dan andaian sendiri yang mungkin boleh mengeruhkan lagi keadaan dan menjejaskan tumpuan terhadap saingan Liga Malaysia yang sedang rancak berlangsung ketika ini.

Dalam kes berkaitan Terengganu, tindakan menyaman adalah satu tindakan yang terbaik untuk dibuat, berbanding mengambil keputusan menarik diri - SAMAN menunjukkan bahawa anda berani, tetapi TARIK DIRI melambangkan anda pengecut. 

Tetapi, usah dilupa, yang sedang campurtangan ketika ini adalah KERAJAAN NEGERI. Beringatlah, di mana-mana sekalipun, campur tangan kerajaan adalah tidak dibenarkan, dan ia mungkin juga memaksa FIFA untuk turut campur tangan seterusnya menggantung skuad bolasepak Terengganu.

Ia pernah berlaku kepada skuad DPMM FC sebelum ini, dan pernah juga mengoncang Persatuan Bolasepak Indonesia baru-baru ini. Jangan kerana masing-masing (PBSNT & FAM) tidak mahu ego tercalar, masa depan bolasepak dan periuk nasi pemain yang menjadi mangsa.

26 comments:

Anonymous said...

Steady FAM steady.. berani kerna benar takut kerna salah.. Hidup FAM!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

tunggu esok lah camne2 pun..tp yg jelas FAM tetap akan mencari jalan untuk menang dlm ape jua cara sekalipun..

Anonymous said...

dan akhirnya yg pasti PBSNT tidak akan menarik diri & juga tidak akan menyaman FAM.. yg pasti terengganu akan menyertai liga super tanpa pemain import sehingga april 2012...

Anonymous said...

buang jer tganu dari liga bolasepak malaysia.. Mohon fifa gantung 10th wakakakah

Anonymous said...

buang jer tganu dari liga bolasepak malaysia.. Mohon fifa gantung 10th wakakakah

Fad Zandra said...

sepatutnya terenggagnu teruskan perjuangan sehingga april..bila dah bkk pintu perpindahan nnt baru ambil import semula..xjadi isu pun..siapa suh buat persiapan lewat.pake pemain local pun ok pe..KL rilek je.

Anonymous said...

ghadar maen liga no stu asia... atoyai 2 pon pyah ke nk fham...

Nik Zulkhairi said...

nak saman, saman lah. tapi jgnlah pakai duit gomen @ duit cukai @ duit rakyat. ramai sedara2 & kawan2 di tganung yg masih daif. gunakan duit utk kebaikan umum, bukan untuk mencari publisiti. saya cadangkan tok mat said samang pakai duit poket sendiri.

Anonymous said...

Elok Tganu saman je FAM... suka sgt last minit baru tetapkn peraturan... lagi seminggu nk tutup baru nk bg pekeliling... Negeri n Kelab dah sains kontrak... so, mana boleh men batal2 aje.... Buang duit je cam2... yang FAM lak yg tahu minta maaf je... lain kali bagi lah tempoh yg cukup untuk negeri n kelab...
Yang sebaiknya, bg lah kelonggaran untuk musim pertama ni... ni x, Singapura semua dia boleh bg.... team Malaysia sendiri dia anak tirikan... memang xadil sungguh....

Anonymous said...

ghaddar tak kisah sebab memang dia main kelab asia.. yg ramez last main kelab myanmar.. dan kalau ikutkan syarat ranking yg dikira pada 24 ogos 2011...bukan yg terkini.. FAM tidak nyatakan pon ranking dikira pada masa pemain di sign kontrak. Benda ni dah dinyatakan dalam website FAM juga iaitu pakai 24 ogos 2011.. macamana boleh kata takde isu?

Anonymous said...

Badan Induk FAM sudah lama perlu di ROMBAK. jawatankuasa FAM perlu diuruskan oleh pihak berkecuali yg tidak memegang apa2 jawatan di dalam persatuan negeri.kita jgn hanya melihat isu saman/tarik diri yg dibangkitkan PBNT tetapi fokuskan kpd masaalah pentadbiran didalam FAM itu sendiri.beri peluang kepada bekas-bekas pemain yg berpengalaman dari segi pengurusan & teknikal, pensyarah2 diUniversti2 bahagian Sains Sukan khususnya termasuk badan2 bolasepak sukan tempatan.kita memerlukan pakar2 yg membuat cadangan sejajar dengan tindakan yg telus & tepat.saya melihat antara individu yg mempunyai visi dlm memajukan bolasepak di negara ini adalah dato seri annuar musa dan saudara khaidir buyong.

Anonymous said...

Utk Kes Ghaddar Nampak mcm boleh timbul isu..sebab perkara 5.3 seperti yang penulis sebutkan 2 berdsarkan rangking fifa pd 24 ogos 2011..bkn skang.mknenye ghaddar 2 xlayak jugak la kan? ke mcmne? mmg rangking lubnan sekarang lagi tinggi dari malaysia.tapi pd 24 ogos lepas yang terkandung dlm peraturan fam.rangking malaysia lg tiggi dr lubnan..so?

Anonymous said...

1 - Ghadar n Ramez dua2 dari lubnan yg ranking nya lebih rendah... terang2 dlm peraturan FAM dah bgtau yg player tersebut hendaklah berada di ranking atas malaysia... dua2 ni lulus peraturan 5.1 n 5.2 tp xlulus peraturan 5.2...

2 - perkara 6 : All Foreign Players to be employed must be certified medically fit and free from illnesses such as HIV Aids, Hepatitis A, B and C by a Malaysia Hospital approved by FAM or State Football Associations.
-> import selangor yg satu lagi tu, tah ape nama dia yg masih injured. injured tp diterima FAM...

3 - Foreign Players who are playing or who have played in AFF South East Asian League...

Pemain bukan dari Malaysia (xkira dari asia atau lubnan) yang sedang bermain atau telah bermain dalam AFF South East Asian League...

"Foreign Players = Pemain bukan dari Malaysia"
bkn player asia sahaja tp semua player satu dunia (kecuali malaysia)...

Anonymous said...

bagus gak FIFA masuk campur.
nanti terus diharamkan bola sepak kat mesia.

pastu nanti FAM BABI bubar

nanti LIGA SUPER jadi sepenuhnya diuruskan oleh sektor swasta.

Anonymous said...

nmpak sgt midin belah kn selongor...macam bangang..

mdfaizal said...

Kalau ikut peraturan - import Sabah Brendan Gan pun tak layak. Sbb kelab terakhir dia adalah Bonnyrigg White Eagles. Kelab ni bukan main di Liga A Australia pun. tp main dlm liga New South Wales je (yg bukan Liga No.1 Australia). Australia pula adalah bwh AFC - Syarat FAM dr pemain bwh AFC mesti Liga No.1.

Mungkin ada penjelasan. aku pn konfius

Anonymous said...

isu ini timbul selepas kekalahan terengganu kepada perak...zaman che mat sudah berlalu,so skrang terengganu sudah tidak berkuasa...klau terengganu mahu saman FAM,adakah terengganu sudah bersedia utk tindakan oleh FIFA..klau terengganu mahu tarik diri elok tukar je itu
nelang...

Anonymous said...

kalau terengganu rasa nelang ngat, saman lah FAM tuh, xpyah byk ckp buat je.. ni ckp lebih saman tu entah jadi ke tak.. dan kenapa nak babitkan negeri lain pula..sebelum ni pon sudah byk kptsan FAM yg tidak adil, negeri lain pon dah kene, bukan tgganu je. liga malaysia kecik je. cubit paha kiri terasa paha kanan.

Anonymous said...

hahaha...wehh ade lg ke sokong FAM..da terang2 FAM bwat keje berat sebelah..dah laa silap nk mintak maaf mcm tu je...ingt pbsnt nk byar kontrak pemain bayar duit dia ke??...krana ksilapan dia..org lain kna tggung...itu x pggil bodoh ke?..badan professional laa konon...professional kowt mna pon aku xtaw...liga M bleh pegi lg jauh laa klau org yg lbih berkelayakan dduk kt tmpat org2 yg xreti bwat keje n x bertggungjwab nehh...

Surayaa :) said...

midin tetap betul walaupun dia x betul.
kenape la FAM pakai org bodoh sombong g2....

Anonymous said...

tganu susah2 sgt x yah main bola.. duduk umah wat kepok lekor lg baik.. dulu masa mat jusoh duk dlm fam byk keistimewaan bg kt tganu org lain x bising2 pn.. starang ngoh..

Anonymous said...

bgs jgk klu tranung kua dr liga..x abiskn duit utk bola je.baik duit tu korg gna utk rakyat korg yg kbulur lg bgus..hambeeekkk ko.bru ko tau bla kna btg idung ko.hahahaa

Anonymous said...

selangor lepas ni pasti Midin akan berlembut....sbb dah terkene pasukan selangor kan kan kan....nampak sangat si midin ni auta......

Anonymous said...

1 je aku nk ckp, TEGANU MEMANG ANJENG!

Anonymous said...

MALAYSIA X RUGI APE2 PN KLU TEGANU TARIK DIRI DARI LIGA MALYSIA, ORG TEGANU HNYA LYK TANGKAP IKANG DAN BUAT KEPOK LEKOR. 1 JE AKU NK CAKAP, TEGANU MMG ANJENG!

Anonymous said...

TEGANU MMG ANJENG..KLU TGK BRITA KES PELIK2 JE SKNG NI KT TEGANU..HAHAHAA