Monday, September 12, 2011

Seperti Biasa, Negeri Sembilan – Pakar Saingan Kalah Mati


Seperti tahun-tahun sebelumnya, Juara 2009 yang juga finalis musim lalu, Negeri Sembilan tampak belum mahu membuang status ‘pakar saingan kalah mati’ daripada imej mereka, apabila tampil garang melaungkan amaran betapa cabaran skuad Hoben Jang Hoben tidak boleh dipandang enteng, di sebalik perhatian yang lebih meluas diberikan kepada Kedah, Terengganu, Kelantan dan Selangor.

Mungkin baru 2 perlawanan awal, menentang 2 pasukan yang sememangnya 1 tahap di bawah mereka – PKNS Selangor dan Sime Darby FC - namun harus diakui bukan mudah untuk menepati ramalan selaku satu daripada pasukan pilihan jika tidak kerana MAGIS jurulatih serba boleh, Azraai Khor Abdullah.

Untuk membina semula kekuatan sebuah pasukan yang seringkali terjejas gara-gara kecederaan jangka panjang pemain-pemain utama, bukan tugas semudah ABC, dan tahniah kepada Azraai berjaya melaksanakan tanggungjawab beliau dengan berkesan, memastikan skuad berstatus bintang Negeri Sembilan STILL IN CONTENTION untuk setidak-tidaknya menamatkan musim suram mereka dengan menjulang 1 piala.

Dibarisi pemain bintang seperti pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak, Hairudin Omar, Fakri Saarani, S.Kunanlan dan penjaga gol Farizal Marlias, Negeri Sembilan pada awal musim dilihat terlalu gah walau untuk didekati namun semuanya sekadar propaganda semata-mata – tersingkir awal dari saingan Piala FA, manakala aksi Liga Super sekadar menyaksikan mereka berkedudukan tangga ketujuh - memaksa jurulatih yang membimbing skuad Rusa menjulang Piala Malaysia 2009, dan Piala FA 2010, mengundur diri di pertengahan saingan.

Azraai - Sentuhan Magis
Sekumpulan dengan juara Piala FA, Terengganu untuk saingan musim ini, tidak banyak kelebihan sebenarnya berpihak kepada skuad Hoben, apatah lagi mereka dilabel selaku SECOND SEED untuk mara dari Kumpulan B - kedudukan yang hampir pasti menemukan mereka dengan pilihan utama juga juara bertahan, Kelantan di suku akhir. 

Kelantan pastinya terlalu kuat buat Negeri Sembilan, justeru alternatif lain yang dimiliki Azraai - mengintai kemungkinan menamatkan aksi Round-Robin selaku juara kumpulan dan menempah pertemuan menentang sama ada Felda Utd, atau Johor FC – sesuatu yang tidaklah mustahil andai mengambil kira prestasi semasa serta status selaku ‘pakar saingan kalah mati’ dan pastinya memberi mereka kelebihan besar untuk mengintai tiket final ketiga berturut-turut. 

Cuma, mampukah mereka melakukannya? Di atas kertas segalanya memang senang untuk dirumuskan, apabila tiba saat permainan, segala-galanya tidak seperti yang dirancang.

Kelebihan buat Negeri Sembilan, Azraai bukanlah seorang yang ASING dalam saingan Piala Malaysia - beliau tahu bagaimana untuk menangani tekanan, dan apa yang perlu dipraktikkan ketika berdepan saat-saat genting – ramuan yang membantu Azraai menjulang nama Kedah selaku Juara Piala Malaysia 2007 dan 2008, dan paling penting beliau tidak pernah RIAK/BANGGA DIRI dengan kejayaan lampaunya.

Keupayaan jentera serangan Negeri Sembilan meledak 7 gol dalam dua perlawanan pastinya sesuatu yang melegakan Azraai, dan beliau sudah tentu mengharapkan mereka mampu meneruskan rentak cemerlang ini pada perlawanan seterusnya menentang Terengganu.

Hairudin - Tonggak
Rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Piala Malaysia, menunjukkan Negeri Sembilan menang kesemua 4 pertemuan pada 2009, manakala pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super Mei lalu memihak kepada Terengganu dengan jaringan 3-0.

Dengan Azraai kini sudah pun memiliki barisan serba lengkap selepas sekian lama, pastinya peminat bolasepak tempatan, terutamanya penyokong Hoben Jang Hoben mahu melihat sejauh mana larian Sang Rusa musim ini, sama ada mampu mengulangi sejarah ke final, atau terkulai di pertengahan jalan, sama-sama kita nantikan.

9 comments:

Anonymous said...

peteh trg peteh..jaga pergerakan hairuddin...pasti xdok msaloh...

Anonymous said...

ye ke dok mung?? rusa hoben akan mkn penyu pahni.. penyu spesis slow, rusa laju..

Anonymous said...

makan hati k devan ayat aiman yg di bold..

Anonymous said...

Penulis jg keliru. Suku akhir, A lwn B. Jadi Terengganu atau NS tk akan jumpa Kelantan di suku akhir.

Harap maklum

myi

Anonymous said...

Maaf, penulis BETUL. Selangor GAGAL ke suku akhir.

Ramalan awal:

Suku akhir -

D2 K. Lumpur v A1 Kedah
C2 Felda Utd. v Terengganu
B2 N. Sembilan v C1 Kelantan
A2 Sabah v D1 T-Team

Separuh akhir-

Kedah/KL v NS/Kelantan
Felda/Terengganu v Sabah/TTeam

Final-
Kelantan v Felda United

Sekadar ramalan

-myi-

Dunia Baru said...

sakit myi...nasib baik cepat sedar kesilapan..kakakakka..lucu

Anonymous said...

Saja nk nyakat korang ja

Anonymous said...

myi ni keliru ni haha, betulla kan kelate dijangka jmpa n9 di suku akhir, apa yg tak betulnya wahai myi, please check dulu sebelum tego tuh

Anonymous said...

InsyaAllah Terengganu menang!Amin..