Memulakan kempen mempertahankan trofi Piala Malaysia dengan nota kemenangan, lebih-lebih lagi di tempat lawan pastinya tonik terbaik buat juara bertahan, Kelantan dalam usaha mengintai laluan selesa ke peringkat seterusnya.
Laluan mudah buat Kelantan sememangnya sudah diramal dari awal, andai bersandarkan kepada prestasi semasa The Red Warriors yang seolah tiada belas kasihan meratah satu demi satu lawan mereka sejak daripada penghujung saingan Liga Super lagi - diletakkan pula bersama 3 pasukan BELOW PAR di dalam Kumpulan C menguatkan lagi hujah tersebut, hingga pemerhati sudah awal-awal lagi melabel HANYA SATU tempat menjadi rebutan dalam kumpulan ini, iaitu antara Johor FC, Felda Utd dan Sarawak.
Namun, itu semua bukan tiket untuk Kelantan menganggap diri sudah berada satu tahap di atas, ataupun sukar digugat pasukan lain, pada situasi beginilah Kelantan harus berwaspada kerana pasukan lawan hanya menanti peluang untuk memanfaatkan setiap kesilapan yang mungkin mereka lakukan.
Kelantan tidak lagi boleh menoleh ke belakang. Tahun lalu mereka memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kiri, tewas 0-1 kepada Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad Ke-4 sebelum berakhir di atas podium selaku juara pertama kali.
Tonggak Kelantan, foto : Userun.Net / Photography |
Dan prospek mara ke final Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut nyata terbuka luas buat TRW, dan selepas kempunan menjulang Piala FA Jun lalu, Datuk M.Karathu pastinya mahu barisan pemainnya merintis sejarah merangkul kejuaraan berganda atau DOUBLE buat pertama kali.
Namun harus diingat, Negeri Sembilan mahupun Kedah yang berkemungkinan besar sedia menanti di pusingan kalah mati, pastinya tidak mahu memberi laluan mudah, malah mengkaji setiap kekuatan dan kelemahan TRW dari pelbagai aspek justeru adalah penting Kelantan kekal fokus setiap masa, tanpa memasang cita-cita tinggi terlalu awal.
Ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat di gawang, dibuktikan Shahrizan Ismail bahawa ia bukanlah satu masalah besar, malah penjaga gol yang membawa Kelantan muncul Juara Liga Perdana Dua 2000, serta mara ke semi final Piala Malaysia 2001 itu berjaya memainkan peranan dengan cukup berkesan dan cukup mengujakan untuk melihat namanya kembali menjadi sebutan peminat selepas hampir sedekad.
Tidak mustahil sekiranya gandingan Daudsu Jamaludin, Farisham Ismail, S.Subramaniam, Aziz Ismail, Rizal Fahmi Rosid mahupun Zairul Fitri Ishak mampu berganding membentuk pertahanan mantap, serta Norshahrul Idlan, dan Azamuddin Akil melaksanakan tugas sebagai penjaring dengan baik, ditambah kehebatan Shahrizan di gawang, Piala Malaysia akan sekali lagi kekal di bumi Kelantan.
Perlawanan menentang Johor FC malam esok, dilihat peluang terbaik menguji perwatakan pemain Kelantan, sama ada mereka benar-benar mempunyai apa yang dipanggil perwatakan sang juara, atau bakal berputih mata membenarkan Sang Lebah mencipta kebangkitan mengejut di gelanggang lawan.
7 comments:
bila berada di atas sesekali tngk kat bwh jugak..takot tergelincir,,tp TRW masih di anggap terbaik terutamanya pemain ke 12..negeri lain nan ado!!
Rasonyo pemain ke 12 hok lebih2...
Pemain ke 12 jugok kadang2 hok berona.. pemain ke 12 jgn dok mangok sgt hawo set kito tgh sedop.. kalu dulu zaman we hashing takdok so habuk pon nak gi sokong set kito..
Kesoh dulu kito letok tepi jadi ke semuanyo sebagai kenange dan pengajare... bilo semor ore mulo mari kelih bola.. ertinyo X-Faktor dale team TRW mulo menyerlah.. samo2 kito sokong.. yg tak ake berbeloh bagi lagi.. pemain no 12 ake ado sokmo di belake TRW..
12 la sgt, lwn johofc pn brapo eko jh g stadio, puik la!
bodo bola pun duk baloh baso bengong hok komen pun
ado la jgk g tgk dr xdok.ni bnyi soro tp gak ado stopok po taik lmbu nopak po berok lapa.hahahaa..kure2 fans kito maso uje pn ado jgk hok g tgk,x supo fans lain uje gak xdok nk g dk gotel taik idung kt umh..pah team tpakso trik phatian fans wat cabutan btuoh nk suh fans g stadium.sapa thap tu nah nk suh fans g support.tdesok bena sapa thap lgu tu.hahahahaa..ptuuiiihhh
matyo 2011 tidak sehebat spt matyo 2010.. dan kelantan perlukan seorg striker spt matyo 2010..
skadar pendapat peribadi..
Post a Comment