Thursday, September 8, 2011

Jangan Samakan Safee Dengan SuperMokh : Santokh


Prestasi dan sentuhan jaringan yang memikat beberapa kelab asing, serta publisiti meluas media mengenai kehebatannya belum cukup untuk meyakinkan lagenda bolasepak Selangor dan Malaysia, Datuk Santokh Singh, untuk mengiktiraf penyerang terbilang Harimau Malaya masa kini, Safee Sali sebagai ‘SAMA LEVEL’ dengan penyerang lagenda tanah air, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari atau SuperMokh.

Bagi Santokh, beliau kurang bersetuju andai dikatakan Safee sudah berada pada LEVEL YANG SAMA dengan SuperMokh dan meskipun Safee boleh dilabel penyerang terbaik generasi hari ini.

“SuperMokh UNTOUCHABLE, dia satu tahap lebih tinggi, tiada siapa boleh challenge, kita tak boleh nak samakan sesiapapun dengan dia. tapi saya tak kata Safee tak bagus, jangan misquote ayat saya. bagi saya Safee adalah penyerang yang bagus, terbaik di generasi dia kini. Sudah lama kita pun mahu lihat penyerang dengan finishing and skills macam dia, baguslah jika Cardiff berminat nak panggil dia untuk trial, itu bagus untuk perjalanan karier dia dan juga masa depan bolasepak Malaysia, itu boleh membantu dia jadi lebih bagus, yang penting dia perlu kekalkan disiplin, buktikan kehebatan dia..”. – Datuk Santokh Singh.

Tambah Santokh lagi, untuk sampai ke tahap seperti SuperMokh, banyak lagi rentetan pengalaman perlu ditempuh dan dilalui Safee, dan beraksi bersama kelab Pelita Jaya di Liga Indonesia hanyalah sebahagian daripada proses tersebut.

“memang SuperMokh dulu pun tak pernah main dengan kelab luar, tak pernah dapat panggilan Cardiff ke, QPR ke, tapi kita tak boleh compare macam tu, SuperMokh skor gol dengan Arsenal first team kita menang, Safee skor gol dengan Liverpool tu saguhati lawan pun second team, itu cuma satu contoh saya bagi la, SuperMokh pernah dilabel sebagai penyerang terbaik rantau Asia, so Safee pun perlu sampai ke tahap itu, saya doakan dia akan berjaya sampai la ke tahap itu then barulah dia penyerang yang serba lengkap.”.

6 comments:

rizal said...

blom msanya lg nk samakan safee sali dgn supermokh.cuba kita perhatikan sume rakan seangkatannya termasuk yg cina,india,singh menghormati arwah.

sarzo said...

allahyarham mokhtar dahari dlm kelasnya tersendiri.

ibun_jogho said...

Salah 1 sebab xleh samakan Moktar - Safee; Supermok sumbat gol hasil kreativiti sendiri. Safee Sali sumbat gol hasil hantaran pasangan pemain lain.

Tp xpalah, sekurang2nya Safee Sali bawa nama Malaysia pada generasi kini. IndonSIAL krg pun makin kenal bola sepak Malaysia..

Anonymous said...

Dali omar lg kelas..

Dali pernah main dgn samdoria thn 70 an, masa tu samdoria main serie B italy.. pastu dia main dgn club australia.
so dali omar terbaik di mesia ttp mcm biasalah kalu pemain kelantan fam x kan nampak kehebatannya..

Anonymous said...

setiap pemain ada kelebihan n kekurangannya..apa yg penting skrg adalah maruah n martabat pasukan Harimau Malaya telah di perakui meningkat..membandingkan pemain lama n skrg adalah sesuatu yg kurang bijak..kita ta perlu na bandingkan arwah supermokh dgn safee..yg kita hendak adalah lebih bnyk klon supermokh n lain2 seangkatanya..

Anonymous said...

Kawan saya cakap;

pemain paling hebat: Pele
ke dua: Maradona
ke tiga: Mokhtar Dahari