Thursday, September 15, 2011

Apabila Pengadil Tidak Boleh Dikritik ...


Tegur sikit walaupun benda yang betul, yang nampak secara terang-terangan di depan mata akan disusuli dengan hukuman penggantungan, denda, dan pelbagai bentuk DAMAGE tidak masuk akal yang lain, hinggakan hak untuk bersuara pun disekat, lebih baik berdiam diri terima sahaja apa jua keputusan pengadil yang KEBAL, TAK BOLEH DIUSIK, DISENTUH APATAH LAGI DIKRITIK walaupun keputusan itu dengan jelas boleh dipertikai.

Mungkin itu yang bermain di pemikiran Jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail hingga beliau mengambil keputusan membisu, enggan mengeluarkan sebarang komen meskipun pasukannya terlepas peluang meraih tiga mata gara-gara dinafikan dua CLEAR penalti pada penghujung babak permainan menentang Selangor, Selasa lalu.

Berpeluang menyaksikan semula rakaman perlawanan itu yang disiarkan Astro Arena, cukup mengecewakan untuk melihat Liga Malaysia mempunyai pengadil yang TERLALU AMATUR, yang tidak dapat membezakan antara FOUL and NOT FOUL, bila nak bagi advantage, malah tidak dapat membezakan antara DIVE dan KENA TAKEL, yang kena takel pula dilayangkan KAD KUNING – namun apakan daya bila dikritik, maka you’re THE NEXT REDUAN ABDULLAH & B.SATHIANATHAN. 

Pengadil, Shukri Nor gagal mengesan kekasaran dilakukan Asrarudin Putra Omar ke atas Azwan Malek pada minit ke-80, diikuti kekasaran oleh pemain sama ke atas S.Sivaraj (STAMPING ALA ALEX SONG KE ATAS JOEY BARTON), tetapi boleh pula melayangkan kad kuning kepada Yong Kuong Yong kerana kononnya SENGAJA MEREBAHKAN BADAN, meskipun dapat dilihat dengan jelas ada CONTACT antara pemain itu dan penjaga gol Selangor, G.Jeevanathan.

Jika di liga luar, jika seorang pengadil itu membuat keputusan yang silap, dia akan tampil memohon maaf secara terbuka bukannya dipertahankan oleh badan induk negara terbabit, ataupun FIFA, (baca sini), juga (sini), dan juga (sini) - dan individu yang mengkritik pengadil tersebut tiada pula dikenakan hukuman, kerana mereka tegur benda yang betul.

Malangnya di Malaysia, keadaannya sedikit jauh berbeza, macam mana khilaf sekalipun pengadil tersebut dia akan dipertahankan oleh FAM, dan lebih perit individu yang mengkritik persembahan buruknya pula akan menjadi mangsa. 

Subkhiddin, dirindui
Belum pernah rasanya ada pengadil Malaysia tampil memohon maaf jika ada membuat keputusan silap dalam sesuatu perlawanan (umpamanya silap melayangkan kad merah, menghadiahkan penalti, terlepas pandang kekasaran atau sebagainya) – CORRECT ME IF I’M WRONG, alasan yang sering kita dengar, pengadil juga manusia, tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Satu-satunya pengadil yang penulis respek dalam saingan Liga Malaysia (hanya yang masih aktif) - Cikgu Subkhiddin Salleh - namun sudah lama tidak melihat kelibat Cikgu, harap Malaysia dapat melahirkan lebih ramai pengadil setanding beliau.

9 comments:

Anonymous said...

berat2 ngadil malaysia.. antara hok disenaraikan oleh aiman aku nk tmabah sikit.. hok kaitan dgn posisi offside.. pah akat dere offside padahal player lari dari belakang.. hok tu mmg sakit hati..mmg diakui sendiri kalu sape2 kalu tgk ulang tayang.. KALU TEAM BARCA MAIN DGN DIADILI NGADIL MALAYSIA, OFFSIDE PAH CEROH PEDRO, MESSI, VILLA HAHA..

Dunia Baru said...

NATE FAM....aku sokong 10001% entry kali ni,..

Anonymous said...

UEFA, Liga Inggeris dan La Liga juga menjatuhkan hukuman berat kepada yang mengkritik pengadil. Alex Ferguson manager yang paling hebat tu berapa kali dah kena. Takkan setiap kali kita tak pusas hati dengan keputusan pengadil, kita cakap kat media, pengadil pula kena tutup mulut tak boleh balas komen coach. Ikut saluran le kalau tak puas hati. Bukan tiada pengadil yang kena ambil tindakan.

Anonymous said...

Pengadil dan penjaga garisan patut belajar lagi. Gunakan bukti video sbg satu drpd cara pembelajaran. Mmg keputusan pengadil tidak boleh diubah ttpi jadikan pengajaran utk tidak membuat kesalahan sama pada masa lain. Sebarang keputusan pengadil akan menjadi catatan sejarah. Byk keputusan yg boleh mengubah keputusan perlawanan yg akan menjadi sejarah.

Jika tidak krn keputusan pengadil, mgkin keputusan 1-0 akan bertukar menjadi 4-2. Contohnya jaringan yg boleh dihasilkan jika pemain yg tidak offside, yg kebanyakan berlaku, dikatakan offside.

-myi-

Anonymous said...

SELAGI TONGGAK KAT ATAS SAMA JE..TAK KAN KEMANA PON TAHAP PENGADIL KAT MESIA NI..TP TAK LEH SALAH PENGADIL JUGAK SBB RATA2 MASIH MUDA N CETEK PENGALAMAN..JGN SAMAKAN DGN CIKGU SUBKIDIN..DIA OTAI N BERGURU DGN 1 OF THE BEST REF IN THE WORLD ARWAH NAZRI..HRP DI BERI PELUANG..TAK PUAS HATI HNTR SURAT BANTAHAN KAT LEMBAGAAAAA DISIPLIN FAM,,

Anonymous said...

Kita boleh menghasilkan :
-Nicol David yang baru
-Lee Chong Wei yang baru
-Azizulhasni yang baru
-Safee Sali yang baru

tetapi kita tak akan dapat menghasilkan subkhiddin yang baru...

Anonymous said...

bakpo tok update hok bru nyo?duk main pasal pngadil tok rok boh.ore tlis la pasal slngor keno semale.hahahahaha.misi 33 kian lenyap.huhuhu

Anonymous said...

Anon; sedak doh demo bahagie panah line...sie ko kdevan nk kno cari kijo laen la napok gayo...

kemah kemim..

Anonymous said...

correction.subkhidin dah retired 2012 ni.