Badi tersingkir awal terus
menghantui Angkatan Tentera Malaysia yang sekali lagi ditunjukkan jalan keluar
pada pusingan pertama apabila tewas 1-2 kepada Sime Darby di Stadium Selayang
malam tadi.
Kekalahan ini menyaksikan
The Gladiators berputih mata untuk mara ke pusingan kedua buat
musim ketiga berturut-turut, mengiringi kekecewaan di tangan Selangor dan Perak pada dua edisi sebelum ini.
Penampilan pertama B.Sathianathan bersama ATM pada 2011 menyaksikan ATM kecundang 0-1 kepada Perak manakala
pertemuan menentang The Red Giants musim lalu berlangsung dalam keadaan
dramatik, namun berakhir dengan kesudahan sama apabila tersingkir menerusi
penentuan penalti selepas kedudukan terikat 2-2 pada akhir 120 minit.
Marlon cuba melepasi halangan pemain Sime Darby dalam pertemuan antara kedua-dua pasukan semalam. Kredit foto : Berita Harian. |
Pemain tengah Syria,
Mahmoud Al Amna meranapkan impian ATM apabila meledakkan gol kemenangan empat
minit sebelum tamat pada ketika perlawanan seakan diheret ke masa tambahan berikutan
jaringan penyamaan Rezal Zambery Yahya pada minit ke-66 yang melenyapkan pendahuluan
minit ke-15, Al Amna.
Pertahanan tinggi
lampai, Amiridzwan Taj Tajuddin berkata wujud hikmah di sebalik kekalahan ini yang
membolehkan mereka menumpukan kepada kempen liga yang bersambung dengan
pertembungan menentang PKNS, Jumaat ini.
“Saya akui kecewa selepas
ATM tersingkir buat kali ketiga berturut-turut pada pusingan pertama. Pada
perlawanan semalam, saya beraksi sepanjang 25 minit selepas masuk sebagai
pemain gantian pada babak kedua. Mungkin kami mengambil terlalu mudah cabaran Sime
Darby dan beraksi dengan sambil lewa. Pemain seharusnya mengambil pengajaran
terhadap kekalahan ini dan bangkit pada aksi seterusnya (menentang PKNS) dalam
liga,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment