Pengurus Harimau Muda, Dato’
Affandi Hamzah mahu barisan pemain skuad itu memanfaatkan pengalaman yang telah
diraih ketika berkelana lebih 4 bulan di Slovakia pada Kejohanan Pestabola
Merdeka yang akan berlangsung dari 5 hingga 15 September depan.
Affandi berkata meskipun
pertandingan yang dianjurkan semula selepas 4 tahun dihentikan itu tidak
sekompetitif edisi-edisi yang lalu, ia tetap dipandang serius oleh pengurusan
pasukan justeru mengharapkan pemain-pemain dapat menterjemahkan aksi terbaik
sebagai ‘batu loncatan’ untuk menghadapi Sukan Sea Myanmar hujung tahun nanti.
“Persiapan ketika ini di landasan
terbaik malah pemain semua sudah kembali ke kem latihan setelah berehat
beberapa hari selepas pulang dari Vion. Kita sedang merancang untuk mengatur
aksi pemanas badan sebagai satu daripada persiapan dan Pestabola akan menjadi
medium pertama bagi Ong Kim Swee menguji sejauh mana keberkesanan latihan yang
telah kita lalui di Slovakia.
kredit pic : kosmo |
“Saya yakin peminat semua mahu
lihat kita muncul juara, itu juga hasrat saya apatah lagi kesemua lawan nanti
adalah dari rantau Asia Tenggara yang juga lawan sama di Sukan Sea nanti. Ini
pastinya akan menjadi kayu pengukur prestasi dan membantu Kim Swee
mengenalpasti apa yang kurang dalam pasukan.
“Skuad yang kita bariskan nanti
adalah yang terkuat namun dalam masa sama Kim Swee akan terus memantau yang
berpotensi untuk diserap ke dalam skuad sepanjang Piala Malaysia nanti. Adunan
pemain muda berpengalaman dalam Liga Malaysia dan pemain sedia ada dalam
Harimau Muda pastinya menjadikan skuad ini serba mantap,” kata Affandi.
Antara pemain yang disandarkan
harapan oleh Kim Swee untuk menghadapi Pestabola Merdeka kali ini adalah kapten
pasukan Irfan Fazail serta dua tonggak kelahiran Kelantan, Wan Zaharulnizam
Zakaria dan Syahrul Azwari selain kelibat beberapa pemain yang berada dalam
perhatian skuad senior seperti Wan Zack Haikal, Nazmi Faiz Mansor dan K.Reuben.
Tambah Affandi : “Pemain-pemain
yang sama inilah akan kita bawa ke Myanmar dalam misi mempertahankan pingat
emas Sukan Sea nanti, jadi mereka perlu untuk menepati status mereka dan
membuktikan kepada Kim Swee juga pengurusan pasukan bahawa mereka sememangnya
pemain yang kita inginkan.”
1 comment:
Hello mate great bloog
Post a Comment