Pelik sungguh apabila ada pihak cuba memprovokasikan kehadiran
Tan Sri Annuar Musa menyaksikan perlawanan di stadium, ke event-event berkaitan
KAFA mahupun kelab penyokong, terbabit secara langsung atau tidak langsung
dengan aktiviti bolasepak dan seterusnya yang paling penting, tidak langsung
menampakkan beliau tergugat dengan cubaan untuk menjatuhkan dan
menyingkirkannya dari arena bolasepak tempatan.
Sebelum mengulas lanjut, this is my opinion yang bersifat
terbuka, general view yang langsung tiada kena mengena dengan asal usul saya
sebagai anak Kelantan, sepertimana biasa saya tegaskan, saya tidak cenderung
kepada mana-mana pihak, saya pernah backup TSAM, saya juga pernah hentam TSAM.
Pertamanya, hukuman FAM tempoh hari, JAWATAN TSAM SEBAGAI
TIMBALAN PRESIDEN FAM DAN JUGA PRESIDEN KAFA DIGANTUNG SELAMA 30 BULAN, SEKALIGUS
BELIAU TIDAK BOLEH MELIBATKAN DIRI DALAM SEBARANG AKTIVITI BOLASEPAK DI
PERINGKAT NASIONAL DAN NEGERI DALAM TEMPOH TERSEBUT.
Apa yang saya faham, TSAM hanya tidak boleh melibatkan diri
dalam aktiviti bolasepak sebagai TIMBALAN PRESIDEN FAM atau PRESIDEN KAFA
sahaja, tidak pula disebut beliau tidak boleh melibatkan diri atas kapasiti
sebagai seorang peminat bolasepak, atau tetamu jemputan. Mana pula salahnya?
Atau pemahaman saya kurang jelas? Kalau silap tolong tunjukkan.
Ada yang jemput beliau merasmikan apa-apa majlis atas kapasiti bekas Menteri Belia dan
Sukan, atas kapasiti sebagai bapa pembangunan bolasepak Kelantan, atas kapasiti
sebagai Pengerusi KADA, atas kapasiti sebagai kenalan rapat - TUN DR M pun
masih orang jemput atas kapasiti sebagai bekas perdana menteri, takde pula
Najib nak marah.
Beliau melancarkan apa jua event sekalipun, event tiup
belon, event pertandingan melukis, mewarna, mahupun berkaitan bolasepak itu
sendiri, SELAGI BUKAN ATAS KAPASITI TIMBALAN PRESIDEN FAM DAN PRESIDEN KAFA, ia
tidak menjadi kesalahan. Sekali lagi ini apa yang saya faham, kalau salah
tolong tunjukkan, saya akan perbetulkan.
Beliau ke luar negara atas urusan bolasepak, membuat
perbincangan kerjasama dengan mana-mana pihak sekalipun – Brazil ke, Jepun ke,
Korea Selatan ke, Angola ke, Tajikistan ke – selagi ianya bukan atas kapasiti
sebagai TIMBALAN PRESIDEN FAM dan PRESIDEN KAFA, maka ia tidak melanggar arahan
penggantungan yang dikenakan ke atasnya – sebagai contoh, Tony Fernandez pergi beli QPR, Dato’
Chan Tian Ghee beli Cardiff ada apa-apa kapasiti di FAM ke? Atau mereka
dapatkan kebenaran diraja FAM dulu sebelum berurusniaga? Kalau saya silap tolong tunjukkan.
Dan sejak bila pula hendak pergi ke stadium menyaksikan
perlawanan memberi sokongan kepada pasukan kesayangan, PERLU DIJEMPUT? Kelakar pula
kenyataan dikeluarkan FAM, yang menyebut TSAM tidak dijemput untuk hadir ke
final. Tanpa dijemput sepertimana VIP lain pun, TSAM boleh hadir. Tak salah pun.Adakah kesemua 90 ribu penyokong nanti, kehadiran mereka adalah kerana
dijemput? Adakah jutaan peminat yang
menyaksikan final di kaca tv, disuruh berbuat demikian then baru mereka nak
tengok bola?
Kalau selama ini beliau banyak berhabis keringat, duit dan idea untuk membangunkan bolasepak Kelantan, apa salahnya pada saat mencipta detik bersejarah ini, beliau diberi peluang bersama-sama pasukan merasai kegembiraan itu? (Menang kalah belakang kira). FAM perlu lebih relevan dalam soal ini.
Kalau selama ini beliau banyak berhabis keringat, duit dan idea untuk membangunkan bolasepak Kelantan, apa salahnya pada saat mencipta detik bersejarah ini, beliau diberi peluang bersama-sama pasukan merasai kegembiraan itu? (Menang kalah belakang kira). FAM perlu lebih relevan dalam soal ini.
Kalau KAFA menerusi kuota tiket percuma yang diberi FAM,
menjemput TSAM untuk hadir sebagai VIP (bukan atas kapasiti TIM PRESIDEN FAM/PRESIDEN KAFA) menyaksikan perlawanan itu, adakah
beliau tidak boleh berbuat demikian? Kalau DEJA MOSS (artis yang juga menantu
Datuk Azuddin), NORYN AZIZ, ELLA (artis) pun boleh duduk sekali dengan Tengku
Abdullah menerusi tiket/pass percuma menonton perlawanan bolasepak mahupun hoki, inikan pula seorang yang jasanya
cukup banyak dalam arena bolasepak? Hebat!!
Apakah rakyat Malaysia khususnya peminat bolasepak sudah
kehilangan hak mereka untuk menyokong secara bebas pasukan kegemaran mereka? Kalau situasi ini berlanjutan, tidak mustahil kredibiliti dan identiti FAM selaku badan induk bolasepak tanah air akan semakin terhakis (sekarang dah sedia terhakis). Komen
atau pendapat anda dialu-alukan, sesiapa yang nak menyuarakan pendapat,
dipersilakan, tetapi dengan nada yang berhemah. Sebarang komen berunsur maki
hamun, hina menghina, mempunyai sentiment politik akan diremove.
CC : Datuk Taufek Razak (JK Disiplin FAM), Datuk Subahan (JK
Media/Naib Presiden), Datuk Hamidin (JKPT FAM), Datuk Affandi Hamzah (Naib
Presiden/Pemangku Presiden KAFA).
21 comments:
saudara aiman..gua nak tanya lu..sejak bila pula FAM ni punya identiti???setahu gua,identiti FAM hanya setakat logo harimau kuning tuu je...hahahhaha...jawab2
Jangan kita lupa TSAM juga salah sorg penaja Kelantan "Al-Hamra". Apakah beliau juga hilang hak @ kapasiti beliau sbg wakil penaja. Dan jgn lupa juga beliau merasmikan jualan tiket atas jemputan peminat kelab yg tiada lansung kaitan dgn FAM atau ahli gabungan FAM. Jangan kerana dengki Exco dan kepimpinan FAM jadi bangan abadi.
ape motif fam wat mcm tu??kenapa perlu dihalang hak TSAM slps p'ggntungan beliau???sy cukup2 xsetuju dgn tindakan badan induk...kalau bkn kerana TSAM,bola sepak negara xakan maju seperti skrg..bagi sy..da tiba msenya utk FAM b'ubah wajah..jgn kerana demi kepentingan diri sendiri,masa dpn bola sepak dipertaruhkan..dh banyak sngt cerita busuk tntg FAM kblkgn nie..knpe FAM xambik port bnda nie sume??tindakan2 yg FAM lakukan menunjukkan betapa tidak matangnya pemikiran org2 FAM..spnjg hidup sy xpenah pn t'bce tntg s'sorg dihalang dr menonton bola sepak hnya disebabkan mengeluarkan kenyataan..bola sepak luar negara pn xde mcmnie..sngt2 teruk pengurusannya..1 lg yg sy nk komen..ape motif artis2 tu dpt free seat sdngkan rmai lagi peminat bola sepak yg kt luar tu berebut2 nak dptkan tiket??ape advantage yg bola sepak dpt dgn bg free seat???diorg xmenyumbangkn pape pn..dntg atas dasar tiket free lps dpt tmpt yg special..baik bagi dkt peminat bola sepak..krn pembeli2 tiket niela,bola sepak negara kita semakin ke hadapan..banyak lagi yg sy nk komen tapi cukupla..TOLONGLA FAM..jaga kepentingan negara bkn kepentingan diri sendiri..
Tq Bro sb cc gang2 FAM. I m lost for words for their STUPIDITY.. thinking & behaviour.
udin & idin. pakat boo blako bilo sek2 tu masuk stadium pahni..
Malas nak comment apa-apa, cuma nak kata.
Presiden FAM. Sila Letak Jawatan!
bro, apsal tak cc sekali dkat Presiden FAM? ooo dia takde emel ek.. haha
FAM cukup2 teruk skrg ni...mmg dengki...
bro, tsam kena surat pertuduhan. timbalan presiden sarawak dapat surat tunjuk sebab. kenapa double standard?
saya juga tertanya-tanya bagaimana FAS boleh diringankan hukuman kerana kalau tak salah hukuman yang dikenakan juga tidak boleh rayu kata JK Disiplin. Begitu juga Timbalan Presiden FAS bukan ke dia dituduh dan djatuhkan hukuman mengikut statut 88 FAm mengeluarkan kenyataan kepada media. Penyokong makin celik dan faham undang2 FAM jangan ingat jadi bodo
FAM!! Tolong la jgn BERHATI BUSUK sgt.
Cara FAM di takbir skrg ni nmpk sgt byk yg x betul...salah satu isunye adalah hukuman trhadap TSAM...fam mnegaskan hanya presiden dan su agong shj yg di benarkan mmbuat kenyataan d media...lalu apabila TSAM (selaku timb prsdn)mmberikan pndangan beliau tahap prstasi skuad hairmau malaya terus beliau d jatuhkan hukuman prgantungan tnpa mmberi pluang utk mmbela diri...akn tetapi apabila tengku abdullah (selaku timb prsidn 1)mmbuat kenyataan media pula hnya diberi AMARAN SAHAJA...dan yg paling ketara ketidak adilan jawatan kuasa disiplin baru2 ni adalah isu yg mana prsatuan bolasepak sarawak bakal trlepas hukuman beraksi tnpa penonton kerana memukul petugas dan menyerang pengadil..yg mana sblum ini ianya juga kesalahan yg tidak blh d buat rayuan sama sperti TSAM...jika di pikir secara waras...adakah kesalahan mmberi pndangan utk mmbangunkan bola pesak malaysia jauh lebih serius daripada merusuh, memukul dan meyerang pengadil?...tepuk dada tanya selera
aklu xpuas ati btol la ngan taufik ni..kes larangan ke ats penonton srwk ditarik balik..aritu kta 4game tanpa pnonton.nk wat hukuman pn acuh x acuh..fam ni pikir untung jualan tket je..mmg bagsat la ini babi
JK DB... bawakan Tengku Abdullah Timbalan Presiden FAM ke muka pengadilan, jangan nanti rakyat akan kata Raja Adil Raja di Sembah, Raja Zalim Raja di Sanggah
Bro Aiman :
CC : Datuk Taufek Razak (JK Disiplin FAM), Datuk Subahan (JK Media/Naib Presiden), Datuk Hamidin (JKPT FAM), Datuk Affandi Hamzah (Naib Presiden/Pemangku Presiden KAFA).
tak lengkap senarai ni...Sila cc ke presiden FAm & Setiausaha agong sekali,....& semua media tempatan..
Bro,
Please bagi detail pasal Pengerusi JK Tatatertib, Taufik. Di tu dulu bekas cikgu disiplin Sek Henry Gurney ke apa?
Double standard is biasa kat FAM. Kelantan is under PAS, so kena kejam sikit kat KAFA. Sarawak kaya, so kena baik2 sikit. Nanti Presiden FAM dpt konsensi balak kt Sarawak.
And please bagi kat media apa Do's & don'ts untuk TSAM. So, sapa yg nak berurusan dgn TSAM. Sbb saya nak invite TSAM bg hadiah untuk pertandingn bola x-box antar sekolah2 nanti. Nnti tak pasal2, say kena ban tgk bola kat stadium pulak sbb jemput TSAM.
Thanks
Hmmmmmmmmm.. mengikut kiraan mudah2.. seolah2 ada agenda untuk mentalkin kewujudan TSAM dlm dunia bolasepak NEGARA... Lontar batu sembunyi tangan.. sok sek sok sek.. ngumpat... bacul sungguh yg berada dlm FAM.. samada yg berhati busuk.. samada yg tak berani buat apa2.. samada yg manis mulut buntut masam.. Perlukan Penyokong/penonton/peminat naikkan BANNER2 mengutuk atau menempelak FAM dgn tindakan2 yg tak wajar dan double standak... Perlukan kita mengambil langkah dgn lebih dramatik sehingga membawa pada pengharaman FAM... Utk anda semua kat FAM anda pasti ada jawapan.....
Kita join liga thai lg ok lagu nih. Keluar dr liga M musim depan. Sedekah kat team anak emas pahang ke liga superman nih..
Undurlah Tuan Presiden, nak bersihkan secara terhormat, jadi penaung pun kira ok, biarkan rakyat jelata yang arif uruskan, Tuanku pun tak rugi, rakyat pun tak kutuk @ meluat dan menyumpah, sebaliknya menghormati Tuanku dan lebih-lebih lagi , jawatan penaung tu seumur hidup Tuanku dan boleh diwarisi kepada anak Tuanku. Patik kesian lihat Tuanku diusia emas begini menjadi kutukan rakyat jelata, Tuanku tidak rugi dan perhormatan rakyat kembali semula.
Nape FAM ni dgki sgt ngn TSAM, saja nak alih tumpuan perlwnan piala FA,nk provoke supaya penyokong mengamuk dpt lg duit dnda KAFA,klu btul knape dh dkt final br nk bg amaran la, ugut la....ntah ape2 prangai si juddin, topek n the gang nih!!!!
TSAM diinaya...
kecekapan pengurusan dan pentadbiran KAFA
di bawah TSAM dilihat boleh menggugat kedudukan individu tertentu dlm FAM..,
selain isu rasuah yg tak pernah habis..
FAM juga tidak terkecuali mempolitikkan situasi tertentu..
Post a Comment