Revolusi baru arena sepak takraw tempatan, Sepaktakraw League
(STL) membuka tirai secara rasminya di Kuala Terengganu hari ini, menandakan
bermulanya usaha besar-besaran untuk menyemarakkan semula minat orang ramai
terhadap sukan tradisi ini, dalam masa sama mengembalikan imej sukan sepak
takraw tanah air yang sedang melalui fasa suram.
Menjadi destinasi pertama penganjuran STL, pusingan pembukaan di
Terengganu ternyata menepati ramalan apabila meraih sambutan menggalakkan
daripada para peminat dan pengemar sukan ini yang mahu melihat kualiti,
martabat dan reputasi takraw tanah air kembali ke tahap di mana ianya patut
berada.
Tidak ketinggalan untuk turut mengambil bahagian, adalah dua pemain
kebangsaan – Izurin Refin dan Kamal Alfiza Shafie – yang mewakili pasukan
Mazatech A. Dua pemain ini menganggotai skuad pemenang pingat gangsa acara
berpasukan di Sukan Asia Incheon, Korea Selatan baru-baru ini.
Izurin, pemain kelahiran Besut, berkata, “Walaupun saya pemain
kebangsaan, saya merasakan STL satu ruang pendedahan yang cukup baik yang amat
saya perlukan kerana pemain kebangsaan pun tidak banyak terlibat dengan
pertandingan atau suasana permainan sebenar. Ramai pemain mahukan satu pertandingan
seperti ini kerana jelas sekali kita kurang pendedahan.”
Tambah pemain berusia 23 tahun itu, “Saya percaya usaha yang
diambil membuktikan semua pihak serius untuk mahu meningkatkan kualiti
sepaktakraw tanah air. Itu juga lah harapan saya dan saya percaya STL bukan
sahaja memberi pendedahan yang baik, dalam masa sama dapat mencungkil lebih
ramai bakat baru.”
Pendapat sama turut dikongsi Kamal Alfiza yang memilih untuk
berundur seketika dari skuad kebangsaan selepas berakhir Sukan Asia Oktober
lalu disebabkan komitmen kerja.
“STL sudah tentunya satu platform baik. Melalui cara beginilah
kita dapat menarik lebih ramai peminat untuk bukan sahaja memberi sokongan
tetapi juga turut terlibat untuk ketengahkan kebolehan mereka. Seperti bola
sepak, ramai yang berminat dan mahu bermain bola sepak kerana publisiti untuk
sukan itu cukup luas dan banyak pertandingan bola sepak diadakan. Kini
sepaktakraw ada STL dan saya yakin kita sedang berada di laluan yang tepat
untuk kembalikan gemilang,” jelas pemain yang beraksi sebagai ‘killer’ itu.
Hari pertama saingan sirkit pertama menyaksikan sebanyak 16 regu
yang dibahagikan kepada empat kumpulan bersaing secara ‘round-robin’ bagi
mengesahkan slot beraksi di pusingan kalah mati pada Jumaat. Johan setiap
sirkit akan layak secara automatik untuk beraksi di Grand Finals manakala naib
johan dan pasukan di tempat ketiga akan beraksi di play-off untuk memburu slot
beraksi di Grand Finals.
STL yang akan berlangsung selama tiga bulan, menampilkan 128 regu dengan jumlah keseluruhan 640 pemain di lapan sirkit yang berlangsung di empat negeri. Ia dilancarkan secara rasminya pada 7 November lalu oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Selepas sirkit pertama dan kedua yang berlangsung di Stadium Tertutup Negeri, Kuala Terengganu dari 13-16 November, ia disusuli dengan sirkit seterusnya di Kedah (22,23, 29, 30 Nov), Johor (13, 14, 20, 21 Dis) dan Melaka (27, 28 Dis dan 3, 4 Jan). Pusingan Grand Finals akan berlangsung di Stadium Tertutup Titiwangsa di Kuala Lumpur, berlangsung selama dua hujung minggu iaitu pada 10, 11, 17 dan 18 Januari 2015.
Untuk makluman, STL adalah kerjasama strategik antara PSM dan Asia Sports Ventures, satu daripada cabang Astro, bertanggungjawab untuk mewujudkan dan menerajui Liga berkenaan. Kerjasama antara dia pihak ini bertujuan untuk mengangkat sepaktakraw di Malaysia ke satu tahap lebih tinggi dalam setiap sudut yang mungkin, dari menarik jumlah penonton yang lebih besar sehinggalah ke menjana tajaan untuk sukan tersebut.

Dalam pada itu, bekas ketua jurulatih pasukan sepak takraw
kebangsaan, Jamaludin Hassan yang kini terlibat sebagai panel pemantau bakat Persatuan
Sepaktakraw Malaysia (PSM), berkata pengenalan STL adalah langkah pertama untuk
mengembalikan gemilang sukan itu.
“Bagi saya, liga seperti ini sepatutnya sudah lama diperkenalkan, ia
adalah usaha yang cukup baik kerana ia memberi peluang kepada semua untuk
terlibat dan saya yakin ia menjanjikan kita hasil yang positif. Impak bukan
boleh dilihat dalam masa singkat, peringkat permulaan mungkin belum nampak aura
dia tetapi ini adalah permulaan yang sudah lama kita nantikan.
“Apabila
selalu dipertontonkan aksi-aksi sepak takraw, barulah minat itu akan timbul dan
lebih ramai yang mahu kenali takraw lebih dekat. Saya dan barisan panel lain
dipertanggungjawabkan untuk memilih 150 pemain dari pertandingan STL tahun ini
bagi diserap ke dalam draf Liga Franchise 2015. Saya rasa tidak mustahil untuk
ianya dilakukan jika melihat kepada sambutan seperti ini,” jelas Jamaludin yang
memilih untuk tidak menyambung kontrak sebagai ketua jurulatih kebangsaan pada
awal November lalu.
No comments:
Post a Comment