Sunday, March 25, 2012

Kelantan Terlalu Kuat Buat SPA, Bojan Puji Aksi Nwoha


KLSpa vs Kelantan - foto kredit : Bernama
Status selaku ‘giant-killer’ gagal membantu pasukan KL SPA meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Piala FA, apabila tewas 0-3 kepada finalis musim lalu, Kelantan, dalam saingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. 

Meskipun berupaya menyaingi kehebatan Kelantan yang menurunkan kesebelasan utama mereka dari segenap sudut pada satu ketika, faktor kurang pengalaman nyata menjadi pemisah antara dua pasukan berbeza taraf ini.

Apapun, jurulatih KL SPA, Nizam Jamil gembira dengan permainan ditunjukkan anak buahnya, dan menyifatkan tiada apa untuk dihairankan dengan keputusan 3-0 kerana ia sudah dijangka, lebih-lebih ini kali pertama pasukannya beraksi disaksikan hampir 10,000 penyokong.  

“tiada apa yang mengejutkan, keputusan ini sudah dijangka, SPA dan Kelantan dua pasukan berbeza taraf. Memang kecewa 45 minit pertama kita bertahan dan menyerang dengan baik, tapi bolos seminit di masa kecederaan, tapi ia sudah dijangka, ini biggest game bagi kami, saya sudah jangka..”.

“ ..apa yang saya gembira attitude pemain, mereka tidak takut, tidak terlalu hormati lawan, mereka cipta peluang, 2 percubaan kena tiang, overall kita bagus, kita lawan team bukan calang-calang, pasukan berpengalaman, pergerakan dan serangan Kelantan cukup tersusun, kita pula cuba sesuaikan diri dengan suasana permainan, ini juga kali pertama mereka main disaksikan hampir 10ribu penyokong, kita lawan pasukan kuat, ada 2 import, jadi saya tak boleh minta lebih daripada ini dari pemain saya, perlawanan ini bagi saya akan memberi pengalaman berguna kepada pasukan..”. – Nizam Jamil.

Nizam juga berpendapat pasukannya tidak mempunyai sebarang peluang mencipta kejutan pada aksi timbal balik di Kota Bharu Selasa ini, namun mengharapkan pemainnya mempamer komitmen dan menunjukkan semangat yang sama ditunjukkan seperti perlawanan pada malam ini.

Sementara itu di kem Kelantan, Ketua Jurulatih TRW, Bojan Hodak berpuas hati dengan kemenangan selesa yang dirakamkan hasil jaringan masa kecederaan babak pertama kapten pasukan, Badri Razi serta dua gol jaringan Norfarhan Mohd pada minit ke-54 dan 77.

Nwoha In Action - foto kredit : Bernama
“saya akui pada awal permainan saya agak risau kita gagal jaringkan gol, ia memang biasa, dalam saingan Piala FA, pasukan yang lemah sentiasa berpeluang mencita kejutan ke atas pasukan kuat, ia masalah motivasi. Dan saya gembira akhirnya perlawanan berpihak kepada kami. Secara jujur, saya rasa kita boleh menang dengan jaringan lebih besar, tetapi menang 3 gol, kita dah cukup selesa kerana kita main di tempat lawan. Perlawanan kedua di tempat sendiri, jadi saya berpuas hati, yang penting kita menang dan ada kelebihan..”.

“saya rasakan di Kota Bharu juga kita tiada masalah untuk menang, tapi pemain saya perlu laksanakan tugas dengan baik, saya akan merehatkan beberapa pemain dan gilirkan dengan pemain lain, jadual kita agak padat dan pemain agak keletihan, semua pemain diberi peluang untuk buktikan sesuatu..”.

Bojan juga memuji aksi penyerang importnya, Nwoha Onyekachi yang menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa, dan melabel pemain itu sebagai Pemain Terbaik Perlawanan pada malam ini.

“ya, memang dia belum bernasib baik untuk jaringkan gol, tapi malam ini dia mempamer aksi lebih baik berbanding sebelum ini. Dia melakukan beberapa percubaan, dan dia assist untuk gol pertama, kedua, dan ketiga. Farhan jaringkan dua gol, dan Nwoha pula assist 3 kali, jadi bagi saya Nwoha adalah pemain terbaik perlawanan..”.

Ringkasan Perlawanan :

Minit 8 : Penjaga gol SPA, Mohd Nuraizat menyelamatkan percubaan kencang Indra Putra dan follow up Norfarhan.

Minit 9 : Rembatan S.Chanturu diselamatkan Nuraizat.

Minit 10 : Tandukan Indra Putra hasil sepakan sudut Piya sedikit tersasar.

Minit 13 : Percubaan Nwoha hanya sedikit tersasar di kanan gawang Nuraizat.

Minit 15 : Rembatan kencang Nwoha diselamatkan Nuraizat, tiada pemain untuk buat  follow up.

Minit 32 : Sepakan percuma Piya dari luar kotak penalti diselamatkan Nuraizat.

Minit 41 : Peluang pertama buat SPA, kesilapan Obinna memberi ruang kepada Mohd Shafiq melakukan percubaan diselamatkan Shahrizan Ismail.

Minit 43 : Percubaan Khairol Azry yang terlepas dari kawalan Farisham Ismail, terkena tiang gol.

Minit 45+1 : GOL jaringan Piya, rembatan dari luar kotak penalti. 1-0.

Minit 47 : Norfarhan melakukan percubaan depan gol, diselamatkan Nuraizat sekali lagi.

Minit 54 : GOL. Nwoha membawa masuk bola ke dalam kotak penalti, dan melorongkan kepada Norfarhan, Farhan mudah menyepak masuk. 2-0.

Minit 56 : Tandukan Obinna hasil sepakan sudut Piya dikeluarkan di atas garisan gol oleh Sazali Suwandi.

Minit 60 : Percubaan kencang Muhd Nur Saiful dari luar kotak penalti mengegar tiang gol Kelantan ketika Shahrizan sudah tertewas.

Minit 77 : GOL. Percubaan Nwoha digagalkan Nuraizat, Norfarhan follow-up untuk gol ketiga. 3-0.

9 comments:

Anonymous said...

nwohahahaha

Anonymous said...

gomo kelate gomo!!

Nik Zulkhairi said...

mmg No Hal main OK mlm tadi. work rate boleh dipuji. lebih kepada emile heskey fungsinya, hold-up play, long ball target, untuk player lain score. dan memang mcm heskey jugak, finishing memang hancuss.

MHN said...

Syabas SPA FC kalau tidak palang dan tiang gol yang membantu, Kelantan akan bermasaalah,SPA harus memikir bagaimana henda menghadapi 20 hingga 25 ribu penonton apabila bertandang ke SSMIV nanti...

Anonymous said...

dapat main d hadapan puluhan ribuan penonton dah menjadi kebanggan SPA.. mana dpt nikmati suasana itu kalau tak berkesempatan lawan trw? huhu

MHN said...

Nampak gayanya akan ada seorang lagi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri akan di bawa mengadap jawatankuasa tatatertib FAM.... tunggu...

Anonymous said...

Blog suarasukan1mas nampak rasis...banyak artikel berkaitan game kelantan..kenapa tak buat review setiap team dlm msl...? mmg ada artikel berkaitan team lain @ sukan2 lain...cume hanya secebis...maaf cakap...

Anonymous said...

apa komen admin pasal isu sehari dua ni....???biasanya ada artikel yang sedap dibaca dan boleh diambil pengajaran pada bloger2 sukan yang lain

myhuonglequyen said...


Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.