Pendahulu Liga Super, Kelantan bakal turun pada saingan
pembuka tirai Piala AFC menentang Navibank Saigon dari Vietnam malam esok,
tanpa kelibat sekurang-kurangnya 5 pemain utama, tatkala Ketua Jurulatih
Kelantan, Bojan Hodak tidak meletak sebarang sasaran besar untuk pasukannya.
Bojan, jurulatih kelahiran Croatia, akur beliau terpaksa
melupakan khidmat dua pemain, S.Subramaniam dan Indra Putra Mahyuddin yang
menyertai senarai kecederaan bersama Norshahrul Idlan Talaha dan Aziz Ismail,
manakala pemain pertahanan kental, Daudsu Jamaludin pula diberi rehat selepas
terbabit dalam kemalangan di Kota Bharu.
“kita mungkin pendahulu liga, namun saya mahu mengingatkan
setiap perlawanan yang diharungi adalah sukar buat kita, pemain berikan
komitmen 200%, dalam AFC, ia suatu yang berbeza, tiada siapa mahu meletakkan
harapan tinggi, tiada siapa mengharapkan keajaiban, saya cuma mahu pemain saya
main rileks, tenang, tunjukkan permainan lebih berkualiti berbanding menentang
Negeri Sembilan dua hari lalu..”.
“keadaan Subra tidaklah teruk, dia sudah ok, tapi untuk
bermain malam esok pastinya tidak, dia perlu berehat, dan kita juga akan turun
tanpa Daudsu, dia mengalami kemalangan di Kota Bharu semalam, isterinya cedera,
dia ok, tidak cedera tapi saya rasa adalah elok untuk memberikannya rehat
beberapa hari agar keadaan kembali normal, kalau saya turunkan juga dia mungkin
fikirannya lari dan dia tidak dapat fokus pada game..”. – Bojan Hodak.
Tanpa Subra dan Daudsu, posisi pertahanan tengah hampir pasti diisi Farisham Ismail ataupun Rizal Fahmi Rosid, manakala Zamri Ramli mungkin diberi peluang membuktikan kredibilitinya di posisi Daudsu.
Bojan juga tidak menganggap beraksi perlawanan sendiri di
luar Kota Bharu – Stadium Nasional Bukit Jalil – sebagai suatu kerugian, kerana
berpendapat Kelantan masih mempunyai penyokongnya dari sekitar Lembah Klang, malah
beliau juga yakin penyokong bolasepak tempatan akan turut memberi sokongan
kepada Kelantan.
Ditanya mengenai pemain import yang akan diturunkan, Bojan
berkata beliau mempunyai pilihan 3+1 untuk diturunkan iaitu di antara Dennis
Antwi, Mahmoud Ghaddar, Nwoha Onyekachi dan Obina.
Bagi kapten pasukan, Badri Razi yang bakal menjadi kapten
pertama Kelantan memimpin pasukan itu beraksi di saingan peringkat benua,
beliau berbangga dengan pencapaian hebat ini, dan berharap perjuangan Kelantan
tidak ternoktah di babak awal saingan dan mahu TRW mengorak langkah lebih jauh
dalam saingan AFC ini.
1 comment:
rindu kawe tunggu coretan berita pasal kelate.. Tq aiman *eyiez*
Post a Comment