Thursday, March 8, 2012

Bojan : Saya Bukan Pak Turut

Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berpuas hati dengan satu mata yang dikutip pasukannya pada perlawanan pertama Piala AFC menentang Navibank Saigon semalam.

Bojan berpendapat hujan lebat di sepanjang 60 minit terakhir permainan, sedikit membataskan aksi pemainnya yang tidak dapat menampilkan potensi sebenar, namun keputusan seri tanpa jaringan mungkin berbeza sekiranya Kelantan memanfaatkan deretan peluang terhidang tatkala pasukan lawan dilihat tenggelam punca beraksi di padang becak.

“babak awal permainan kita memberi mereka (Navibank) ruang untuk mengasak, selepas 15 -20 minit barulah pemain saya dapat cari rentak permainan, kita kuasai permainan, menyerang mereka dari segenap sudut, tapi itulah bolasepak, segalanya tidak bermakna kalau tak dapat jaringkan gol..”.

“kita memang tumpul di barisan depan, kita kehilangan penyerang terbaik Norshahrul, Indra Putra slight knock, dan saya mempertaruhkan dua import di barisan depan, tapi saya tak boleh salahkan mereka, penyerang terbaik dunia pun adakalanya buntu di depan gol, Ghaddar cukup hampir, begitu juga Nwoha, anda mungkin mempersoal kredibiliti Nwoha, tetapi percayalah dia penyerang yang bagus, saya harus memberi dia peluang, dia perlukan masa untuk menemui sentuhan, dia pernah bermain di liga utama Qatar, saya percaya dia akan bangkit, jangan menilai pemain berdasarkan 2-3 perlawanan sahaja..”. – Bojan Hodak.

Pada perlawanan semalam, Bojan memilih untuk merehatkan Norfarhan Muhammad dan Indra Putra Mahyuddin, dan tempat kedua-dua mereka diisi dua pemain import, Dennis Antwi dan Mahmoud Ghaddar – namun kedua-dua mereka gagal memberi impak kepada prestasi keseluruhan pasukan.

foto kredit : YusranYusof (kelate.net)
Nwoha Onyekachi turut beroleh beberapa peluang keemasan, namun kesemua percubaannya sama ada melalui sepakan atau tandukan, tiada yang langsung menepati sasaran. Jika adapun percubaan yang mencemaskan lawan, ianya menerusi percubaan menerusi sentuhan terakhir Ghaddar sebelum digantikan Ramzul Zahini Adnan.

Mengenai keputusan pengadil yang menafikan dua sepakan penalti buat Kelantan, malah tidak keterlaluan jika dikatakan lebih menyebelahi Navibank, Bojan tidak mahu memberi sebarang komen dan menganggap pengadil mungkin sudah melakukan keputusan tepat.

Ditanya apakah beliau juga seperti Peter Butler – hanya berkuasa melatih pasukan dan tiada hak memilih pemain import – Bojan berkata dia mempunyai KUASA PENUH untuk memilih atau mencadangkan siapa pemain yang dia mahukan.

“YA, SAYA ADA KUASA PENUH. Pengurusan ada meminta saya untuk mencadangkan, juga menilai, memantau pemain import, jadi kita harus tunggu pintu perpindahan April jika mahu pemain yang lebih bagus disenaraikan..”.

Justeru dengan kenyataan Bojan ini, diharap tiada pula timbul isu TERPAKSA mengikut kata telunjuk atau menjadi PAK TURUT seterusnya melarikan diri sekerat jalan seperti Cikgu Jan atau Butler sendiri, dan semoga beliau diberi peluang menjalankan tugasnya sebagai jurulatih dengan baik tanpa gangguan.

9 comments:

Anonymous said...

yo la tuu kuasa penuh....ken tebeng bukak mulut ken xleh cari make.. jd butler 2.0 laa

Dunia Baru said...

heheheh..

MatekuMerah said...

kalau pon nak mensensasikan blog, xpayah la nak tokok tambah cerita wahai penulis yang bijaksana..nak tipu orang yang xtengok game tu boleh la..aku g tengok live kat SNBJ..nwoha banyak wat shot on target..keeper navibank save..ghaddar ade ke shot on target??kalaupon saudara pro ghaddar skalipon xpayah la sampai kena wat cerita palsu..hampehh la lu!!!

Anonymous said...

nwoha mmg best giler babi anjing rr main...pro nwoha cer cite skit

Alexis Aiman said...

org yg tgk bola, shot melambung tinggi ke langit, shot tersasar, shot sipi ke kiri kanan penjaga gol, dikira sebagai shot...

org yg mnjadi wartawan, hanya shot yg tepat ke sasaran iaitu menguji keeper, keeper sentuh bola, shot tu dalam lingkungan gawang gol, barulah dikira shot...

kalaupun saudara pro nwoha, takpayahlah nak cakap shot ke langit, shot ke arah penyokong sebagai shot on target, u have your opinion, this is my blog and my write-up based on my view, so u better fuck off and get out from my site if u dont know shit about football dear mateku merah..nwoha tu main macam tahik pun nak backup

Anonymous said...

boh,

demo xdok ko tape perbualan butler vs TSAM??nk tau gak gapo sek dio kecek..mace isu panas gk nih...hehe

Anonymous said...

buto apo nk jd pro nwoha..baik ghaddar jauh la

Anonymous said...

kawe sokong van aiman.

Anonymous said...

matakumerah tu buto bola..tgk blog dio po hanjing dh..blog jiwo karat..aiman xsoh caro la ore lgu tu..ejah korek keh buttler ni..