Wednesday, January 23, 2013

Kenalkah Anda K.Reuben?

Artikel disumbangkan oleh Harris Rajahdin the 'woosioo' .. rakan-rakan yang berminat menyumbangkan write-up boleh emelkan nukilan anda kepada SS ke alamat emel yang dinyatakan di kanan blog ini.. sama ada ia penulisan berbentuk komentar, pendapat, cadangan, kritikan atau sebagainya. Write-up dalam bahasa melayu, agar identiti blog ini sebagai blog berbahasa melayu dapat dikekalkan.

Diberikan peluang kedua untuk beraksi bersama skuad senior kebangsaan, K.Reuben bertekad untuk menjelmakan impak yang lebih bermakna kali ini dalam usaha melupakan memori pahit pada penampilannya sebelum ini.

Pemain versatile yang beraksi di posisi bek kanan bersama Angkatan Tentera Malaysia itu, dikritik atas persembahannya dalam kemunculan pertamanya bersama Harimau Malaya dalam kekalahan 0-5 kepada Australia pada Oktober tahun lalu.

foto : www.duniasukan.com
Pada perlawanan itu, penampilan Reuben lebih diingati atas insiden terjahan tidak sengaja ke atas pengadil, Lee Min Hu pada penghujung perlawanan, ironinya individu yang menjadi dalang di sebalik kekalahan kontroversi Malaysia kepada Thailand pada aksi separuh akhir Piala AFF Suzuki, Disember lalu.

"Panggilan ini adalah yang pertama sejak insiden terjahan tidak sengaja ke atas pengadil ketika pertemuan menentang Australia.

"Saya bertekad untuk melakukan lebih baik pada penampilan kali ini. Saya tidak mahu terus diingati atas insiden itu tetapi mahu menjelmakan impak yang lebih bermakna bersama skuad kebangsaan," tambah pemain berusia 22 tahun itu.

Tetapi sebelum menyertai kem latihan kebangsaan pada 26 Januari ini, Reuben dan rakan sepasukan akan berdepan Felda United pada perlawanan terakhir sebelum liga berhenti rehat selama hampir sebulan bagi memberi laluan kepada aksi Kelayakan Piala Asia menentang Qatar pada 6 Februari nanti.

"Fokus kami adalah untuk menamatkan jadual liga dengan kemenangan selepas meraih tiga keputusan positif sebelum ini. Perlawanan menentang Felda dijangka sukar dengan mereka memiliki barisan pemain hebat seperti Mohamed Ghaddar. Mereka juga berada pada prestasi terbaik selepas mengikat Kelantan tanpa jaringan di tempat sendiri tempoh hari," tambahnya.

No comments: