Terengganu beraksi garang untuk
membelasah penyandang pingat gangsa, Sarawak 8-2 untuk mengungguli saingan
Kumpulan C dengan maksima 6 mata namun anak buah Zulharisam Awang terpaksa
menanti sehingga perlawanan terakhir menentang Pahang pada Khamis untuk
mengesahkan kemaraan ke suku akhir.
Ironinya, Terengganu mungkin
sudah memastikan kemaraan ke suku akhir jika tidak kerana kebangkitan
menakjubkan ditunjukkan Pahang untuk menewaskan Sarawak 6-5 sekaligus
menyaksikan pertarungan dramatik tiga penjuru antara Terengganu, Sarawak dan
Pahang untuk merebut dua slot automatik ke suku akhir.
Foto : DuniaFutsal.my |
Jurulatih Pahang, Mohd Yazeed
Hamzah percaya anak buahnya tidak gentar menentang Terengganu yang meledak 13
gol sepanjang dua perlawanan lalu sebaliknya melaungkan keyakinan betapa skuad
Tok Gajah mempunyai rencah yang diperlukan untuk menjinakkan sang penyu.
“Hari ini pemain-pemain saya
lambat panas, kita bangkit semula dari ketinggalan 4-1 pada satu ketika dan menjaringkan
4 gol dalam tempoh 3 minit terakhir. Ia memang permainan yang gila dan saya
tidak pernah berada dalam situasi ini sebelum ini. Usaha keras pemain
membuahkan hasil dan kita masih di landasan untuk mara ke suku akhir.
“Pemain-pemain saya sebelum ini
beraksi di bawah tahap sebenar dan kini telah menemui rentak tepat pada
waktunya. Menentang Terengganu saya yakin kita boleh tewaskan mereka, semangat dan
kesungguhan di kalangan pemain membara dan mereka sudah bersedia menunjukkan
aksi terbaik. Kita akan pastikan slot suku akhir milik Pahang,” kata Yazeed.
Foto : DuniaFutsal.My |
Begitupun, jurulatih Terengganu,
Zulharisam Awang berkata pasukannya yang hanya memerlukan seri untuk
mengesahkan kemaraan seterusnya muncul juara Kumpulan C tidak akan memberi
laluan mudah kepada seteru pantai timur itu.
“Memang di atas kertas, dilihat
kelebihan milik kita. Tetapi saya tidak mahu pemain terlalu yakin setelah dua
kemenangan besar sebelum ini. Lain pasukan, lain strategi tetapi apa yang boleh
saya janjikan, pasukan saya tidak akan beri laluan mudah. Kita tengok pada hari
perlawanan siapa yang lebih hebat. Tekanan di pihak mereka kerana mereka perlu
menang kami pula hanya perlu seri,” kata Zulharisam.
No comments:
Post a Comment