Pulau Pinang mencipta kejutan
terbesar di pertandingan futsal lelaki Sukan Malaysia yang sedang berlangsung
di Kuala Lumpur apabila menyingkirkan pasukan pilihan, Selangor, 3-2 menerusi
tendangan penalti pada aksi suku akhir yang berlangsung pada Jumaat.
Turun dengan status pasukan
pilihan, Selangor yang mengutip 9 mata maksima dan menjaringkan 15 gol dalam
laluan ke kelompok lapan terakhir mendapati ianya terlalu sukar untuk menembusi
kekebalan pertahanan Pulau Pinang yang dapat mematahkan setiap serangan yang
diatur skuad merah kuning.
Foto : DuniaFutsal.my |
Ia nyata tamparan hebat buat
Selangor apatah lagi mereka bukan sahaja gagal merealisasikan sasaran mara ke
final tetapi lebih malang gagal untuk mengulangi pencapaian mara ke separuh
akhir pada 2011 – jurulatih Noraidiazhar Sulaiman bagaimanapun menolak dakwaan
bahawa pasukannya terlalu memandang rendah keupayaan lawan mereka sebaliknya
menganggap nasib tidak berpihak kepada Selangor.
“Kita bukan memandang rendah
Pulau Pinang, kita tahu kekuatan mereka. Tidak tepat juga jika dikatakan pemain
saya over-confident tetapi nasib bukan milik kita. Kita menguasai permainan,
melancarkan banyak serangan, tetapi Pulau Pinang dapat baca permainan kita.
Mereka mengawal ketat pemain kita dan lebih banyak bermain secara defensif.
“Mereka hanya tunggu kita
lancarkan serangan dan ini menyukarkan kita. Saya akui mereka telah study game
kita dengan baik,” kata Noraidiazhar.
Pada perlawanan itu, Selangor
mendahului 1-0 menerusi jaringan Syukery Mohamad tetapi sedikit kelalaian
membolehkan Pulau Pinang bangkit menjaringkan dua gol menerusi Hafeez Ramli dan
Farhan Fauzi seterusnya mendahului 2-1.
Foto : DuniaFutsal.my |
Gol jaringan Izzat Zarin
memastikan kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-2 sebelum
pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti dan tuah penalti menjadi
milik Pulau Pinang dengan keputusan 3-2.
No comments:
Post a Comment