Pertama sekali, minta maaf kepada
semua pengunjung blog Suara Sukan kerana sejak kebelakangan ini masa saya agak
terhad untuk mengupdate blog, seperti biasa sibuk dengan kerja hakiki, juga
tugas baru saya sebagai pengarang majalah Kakibola.
Majalah kakibola edisi pertama
saya sebagai pengarangnya sudahpun berada di pasaran, namun dek kerana ini adalah
first output, maka saya pasti masih terlalu banyak kelemahan yang perlu
diperbaiki terutama dari segi design dan content, kekelam-kabutan dan kekangan
masa sepanjang bulan lalu menyebabkan kandungannya lebih banyak berkisar tentang
ulasan Euro 2012.
Setiap ulasan adalah ulasan saya
sendiri dan bukannya ‘ditranslate’ ulasan daripada media global, ini supaya
peminat tidak jemu membaca benda yang sama dalam bahasa yang berlainan.
Kakibola di bawah editorial saya
juga akan menampilkan slot untuk bolasepak tempatan, ianya penting agar peminat
tahu perkembangan bolasepak tanah air, meskipun terdapat pelbagai medium lain
pada hari ini.
Dan sebagai permulaan, saya
kongsikan cerita tentang padang bolasepak di Malaysia yang dilabel tidak berkualiti
dan berada di tahap menyedihkan oleh pemain yang boleh dilabel pertahanan
terbaik Malaysia, S.Subramaniam. Nak tahu lanjut, dapatkan naskhah Kakibola
anda di pasaran.
Selebihnya, saya yakin banyak
perubahan perlu dibuat dan mengharapkan agar pembaca memberi ruang untuk
penambahbaikkan memandangkan ini adalah hasil kerja pertama yang disiapkan
dalam tempoh 5 hari dek kerana mengejar deadline, dan segala pendapat,
pandangan yang diberi amatlah saya hargai.
2 comments:
Semolek2nya edisi mula2 ni patut bagi free dulu.. hehehehe
terbaik lah bro amimang....kelah demo..tabIk...
Post a Comment