Lima gol masing-masing satu menerusi Asrarudin Putra Omar,
Shahurain Abu Samah, S.Kunanlan, Abdul Hadi Yahya dan Izuan Solahudin
menyaksikan skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K.Rajagobal mengganas di
Stadium Nasional Bukit Jalil, dengan mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas Juara
Liga Super, Kelantan.
foto : Bernama |
Nyata, pertembungan yang dijangka berlangsung sengit pada
awalnya, sekadar ramalan atas kertas yang gagal diterjemah di atas padang
apabila anak buah Peter Butler tampak hilang punca dengan langsung gagal mempamer
persembahan meyakinkan.
Ditambah pula dengan ketiadaan 6 pemain tonggak yang menyarung
jersi kebangsaan didahului penjaring terbanyak mereka Norshahrul Idlan Talaha
dan tonggak pertahanan, S.Subramaniam, Sang Kijang ternyata tempang.
Bagi Rajagobal, kemenangan ke atas Kelantan bukanlah suatu
yang harus dibanggakan lebih-lebih lagi ia sekadar perlawanan persahabatan membabitkan
pasukan Liga-M, namun beliau ternyata berpuas hati dan gembira dengan prestasi
ditunjukkan barisan pemain yang diturunkan.
“saya mencuba kombinasi yang baru pada semua bahagian, dari
pertahanan dan midfield, pada 1st half saya puas hati dgn tempo yg
boleh kata laju, dan agresif oleh Kelantan, dan kita pun bermain dengan baik,
keseluruhan nampak player menunjukkan rhythm baik dan 2nd half saya buat
pertukaran beri peluang kepada player lain, sy nampak sume main dgn baik,
kmungkinan selepas kita selesa 3, 4 gol, ini yg kita nak mana2 pemain pun, tetapi
kita tidak boleh nampak dalam 1 perlawanan, kita kena main perlawanan yg tempo dia
lebih tinggi daripada ini, baru kita akan tahu camne tiap-tiap pemain..”. –
Rajagobal.
Pada perlawanan yang disaksikan kira-kira 5,000 penyokong ini,
Rajagobal membariskan pemain yang sebelum ini lebih kerap memanaskan bangku
simpanan, seperti Ashaari Shamsudin dan Shakir Shaari, selain memberi ruang
kepada beberapa pemain baru seperti Shahurain, Abdul Manaf Mamat dan
S.Subramaniam untuk beraksi di kesebelasan utama, dan ia nyata membuahkan hasil
dengan gandingan Manaf-Ashaari-Norshahrul di barisan depan bertali arus mengancam
gawang Kelantan kawalan Shahrizan Ismail.
Di kem Kelantan, tidak dinafikan penyokong pastinya kecewa
dengan aksi longlai/lembik ditunjukkan trio import – Emmanuel Okine, Mahmoud
Ghadar, dan Dennis Antwi – yang mana kesemua mereka seolah tiada sebarang
kredibiliti untuk ditonjolkan malah menimbulkan persoalan sejauh ini sahajakah ‘kehebatan’
mereka yang mana gagal membuktikan, gagal JUSTIFY bahawasanya mereka lebih
hebat berbanding pemain tempatan dan layak berada di dalam pasukan.
Malah, kelibat Indra Putra Mahyudin lebih mengancam benteng
skuad Harimau berbanding Ghadar yang tidak nampak langsung fungsinya pada
perlawanan tadi. Lebih baik gaji untuk bayar mereka dijimatkan untuk
menandatangani pemain tempatan sahaja, dan Kelantan mungkin sekadar bermimpi
untuk mara lebih jauh dalam saingan AFC andai inilah kualiti import yang mereka
ada (pandangan jujur).
Butler mengakui beliau kecewa dengan persembahan ditunjukkan
pemainnya, namun dalam masa sama berpendapat kekalahan dalam perlawanan
persahabatan akan membantunya untuk mengenalpasti kelemahan yang wujud.
“saya tidak kisah untuk kalah frenly game, 4-0, 5-0, takde
hal, ia bukan perlawanan liga, mahupun AFC, yg penting ia bantu kami untuk
lihat di mana kelemahan, itulah gunanya frenly game, tiada apa untuk dirisaukan
apatah lagi pemain utama kami bersama mereka (Harimau), saya juga beri peluang
kepada semua pemain untuk merasai peluang beraksi, seburuk manapun mereka
bermain, saya sebagai jurulatih akan tetap backup mereka..”. – Peter Butler.
8 comments:
lebih 5 ribu rasa turun mlm td....
rugi beli tiket...tiket pun dok dam check.....nate sungguh
Peteh Malaysia Peteh..!
kekalkan striker manaf-ashaari-matyo..gandingan kelahiran terengganu
mat yoe sbnarnyo bkn org tganu cuma dilahirkan di besut.. dio asal pasir putih (ayoh dio) & tanoh meroh (mok dio)..
manaf main x sedap lasung, blakon jah kuat mcm ismail faruqi..
ashaari ok main, bagus bdk ni...
kalu stakat tgk se due game nok jugde player,baik xyoh...
follow ah game dari awal bro,buleh tgk perbezaan game bile mail main ngan tranung n mas...sbb nape?keserasian bro...nok bese ngan malaysia ambik mase jugok bro,aritu ye xdang bende,tup2 maen teruh,first time,gugup bro...
+-20,000 lah fans mlm td..
utk anon 1:53.
pmain tganu hebat konon. baru keno panggil x dok keserasian konon. kalu hebat sgt bakpe mase final PM x jd 1st 11?? kang mail duk lame dh dlm pasukang penyu bakpe irfang x wat masuk??
pahtu golkeeper hok sorg lg duk lama dlm pasukan malaysia lepah 5 gol lwn spura tu hebat ke?? x serasi lg ke dlm team mesia padahal tiap2 kali training rajakapur pangil sokmo.. pahtu aksi final golkeeper tganu lps gol mcm haram tu hebat ke??
ambik ke mung la anon 1:53. kelate jah hebat di Malaysia ni no 1 sokmo, paling bijok paling pandai.
Ptuih loya aku ngan sek barak.
Post a Comment