Dalam perkembangan berkaitan, Presiden KAFA, tampak sudah
mengenalpasti pemain import yang mana akan disenaraikan untuk beraksi dalam
saingan Liga-M serta Piala AFC.
Beliau yang nyata kecewa dengan pelaburan tidak berbaloi
Kelantan dalam pengambilan pemain import, dilihat sudah bersedia menggugurkan
Mahmoud Ghadar dan Dennis Antwi untuk sekadar beraksi di Piala AFC, manakala
untuk saingan Liga-M, Kelantan dijangka menyenaraikan dua pemain yang
ditandatangani tanpa langsung menguji terlebih dahulu kemampuan mereka – Samad Okucha
dan Obina Nyaneri.
Kekalahan 0-5 Kelantan kepada Harimau Malaya bimbingan
jurulatih yang popular dengan statemen SAYA KENAL PEMAIN SAYA, Datuk
K.Rajagobal nyata menimbulkan rasa amarah dan tidak puas hati di kalangan para
penyokong setia Kelantan yang sudah hilang sabar dengan aksi lembik Ghaddar dan
Antwi yang nyata gagal membuktikan mengapa mereka layak untuk berada dalam
pasukan.
Malah, Peter Butler ketika diajukan soalan berkenaan pemain
import, tidak mahu mengulas lanjut dan menyerahkannya kepada pengurusan untuk
buat keputusan, namun dalam masa sama berkata :
“sebaik manapun seorang penyerang beraksi, sumbangan dia
dilihat pada berapa banyak gol yang dia jaringkan, itu bukti kredibiliti dia,
bukan perkara lain, jumlah gol menunjukkan dia penyerang yg baik atau tak, itu
sebab kita bayar dia, dan saya tak perlukan penyerang yang tak boleh jaringkan
gol..”
Namun, apakah satu tindakan rasional untuk KAFA
menandatangani dua pemain yang belum diuji kemampuan mereka setakat ini, apakah
ia akan membuahkan hasil, atau skrip sama terhasil, sama-sama kita tunggu dan
lihat.
3 comments:
penat import treekk nih..mcm xde fungsi pulok..
kawe kene bue jah 3 pmain impot ni tmasuk charara.. main gapo gitu mcm baru blaja main bola.. kalu nk cari pmain impot pun carilah hok jenih skit.. KAFA pun 1 hal kalut sgt nk cari pmain impot sapa cari hok x rok lasung.. diharap apo hok blaku ni bulih bukok mato KAFA..
knape 0 tanye striker..
knape 5 tanye defence..
Post a Comment