Wednesday, February 15, 2012

Saya Kecewa, Saya Tak Kenal Dia, Apa Peranan Saya Di Sini? - Butler

foto :theredwarriors.com
Ketua Jurulatih Kelantan, Peter James Butler bukan sahaja kecewa dengan kekalahan pertama dialami pasukannya musim ini, tewas 1-2 kepada Selangor malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil, tetapi yang lebih mengecewakan, dia ibarat tiada kuasa penuh sebagai Ketua Jurulatih apabila sekadar menjadi PAK TURUT dan terpaksa mengikut sahaja telunjuk pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Ini menurutnya ekoran campurtangan pengurusan dalam urusan pemilihan pemain, terutamanya AWANG IMPORT, di mana dia langsung tidak tahu siapa pemain yang dibawa masuk, siapa yang kekal, siapa yang keluar, dan  apa status mereka – terbaru terpaksa menurunkan pemain import baru mereka, Nwoha Onyekachi selepas kontrak Mahmud Ghadar ditamatkan, malah dia langsung tidak pernah melihat pemain itu beraksi sebelum ini.

“Saya tak mahu komen, saya tak tahu (kenal) dia, saya tengok dia 30 minit buat kali pertama malam ni, saya cuma berdiri di sini, bukan saya yang evaluate dia, itu bukan tugas saya, apa yang saya nampak ya dia bagus, workrate bagus, tapi belum ada persefahaman dalam team..”.

“kalau dia dah satu minggu dalam team saya boleh nilai dia, dia masuk secara tiba-tiba, kuasa bukan di tangan saya. Apa saya boleh buat? Saya perlu hormat keputusan pengurusan. Tetapi saya tak tahu apa peranan saya di sini, saya selalu tertanya-tanya, dan sudah penat bertanya soalan sama. Saya jurulatih dengan prinsip yang tinggi, pergi mana-mana orang hormat saya, tapi saya perlu adil dan jujur dengan diri saya, kalau saya tak boleh kerja macam saya mahu, saya mesti tanya beberapa soalan (kepada pengurusan)…”. – Peter Butler.

Menurut Butler dia sudah merangka formasi dan strategi tersendiri untuk perlawanan menentang Selangor, tetapi terpaksa merombaknya pada saat akhir untuk menyesuaikannya dengan kehadiran pemain baru, dan memberi gambaran betapa jodohnya bersama Kelantan mungkin tidak berpanjangan.

Obinna dicabar Ramez, foto : Bernama
“saya ada tanggungjawab, kontrak saya dua tahun, tapi what is my role? Saya akan pulang, dan berfikir tentang perkara ini, berbincang dengan pengurusan, dengan cara baik, tapi saya memang kecewa..”.

Mengulas mengenai kekalahan pertama pasukannya musim ini, yang juga kekalahan pertama kepada Selangor selepas 3 tahun (kali terakhir tewas pada Februari 2009, 0-3 di Shah Alam), Butler berkata pasukannya tidak memanfaatkan peluang dengan baik, dan memberi peluang kepada Selangor untuk menguasai perlawanan.

Tambah Butler, pasukannya cuba bangkit dengan aki lebih baik pada 15 minit terakhir, tetapi segalanya sudah terlewat untuk menjelmakan kebangkitan. 

15 comments:

Wz Fadhlan said...

boh, kontrak ghadar ditamatkan ke?? ke buke dia direhatkan sementara??

Insan Biasa said...

kesian si butler ni, da la import nye cam tak ke mane pon, x serasi

mdfaizal said...

Aku pn pelik psl KAFA ni. Kejap tukar2 itu ini..

Cth kes Antwi ditukar krn tak perform dlm liga dan diberitahu Antwi akan main dlm AFC. Logik mana yg KAFA pakai bahawa Antwi akan power & perform dlm AFC???? sedangkan di liga tak perform?

hanif said...

KAFA KAFA, please let butler do his job, jgn la masuk campur, apa guna jurulatih kalau kita yg duk sibuk pasal player ? sngt kecewa

Anonymous said...

NAK JADI ABROMOVICH DOH KALI..PENEGURUSAN BELI PLAYER BUKAN COACH...BODO LA KLATE PAHNI

Anonymous said...

memang nmpak sangat yg anuar musa nak majukan team kelantan..itu memang tindakan baik..
tp yg kurang ye tindakan die seakan2 die tu jurulatih dan menidakkan kehadiran peter butler..artikel nie aku sokong..
sepatut ye anuar musa bg ruang p.butler menguruskan team ye sendiri..

Dunia Baru said...

aduss..mcm2 kemelut..huhuu

·

-Tan Sri Annuar Musa-
Saya lihat ada pihak buat spekulasi BUTLER NAK LETAK JAWATAN KONONNYA KERANA CAMPURTANGAN HAL PEMAIN..saya mau terus terang...dua hari lepas SAYA YG MEMBERI PILIHAN PD BUTLER SAMADA MAU TERUS ATAU BERHENTI SETELAH BELIAU COMPLAINT TENTANG POTONGAN INCOME TAX YG DIWAJIBKAN DIBAWAH PERSTURAN FAM..butler mahu kafa membayar income tax beliau dan saya menegaskan KAFA TIDAK AKAN BERBUAT DEMIKIAN KERANA GAJI BELIAU TELAH DINAIKKAN LEBIH DARI GAJI SATHIA..DAN SAYA BERI DIA PELUANG MEMUTUSKAN KEDUDUKANNYA DAN BERSEDIA MELEPASKANNYA JIKA TIDAK BERPUASHATI DGN DASAR KAFA..

Dunia Baru said...

nmpk mcm ada tanda2 sek kita nk pecohhh doh :

Tan Sri Annuar Musa
Saya memandang berat statement yg mengatakan beliau tak tahu pemain ini..sedangkan dia berlatih dgn butler..datang bersama butler..duduk di hotel bersama butler DAN BUTLER YG PILIH LINEUP...saya sendiri tak jumpa dgn team dan tak tau pun siapa yg diturunkan...SAYA AKAN PANGGIL BUTLER DAN MINTA PENJELASAN TERHADAP LAPURAN BERITA DLM BLOG...

Anonymous said...

gambar nwoha dicabar nayoub tu bukan obinna...

Anonymous said...

Bro aiman bolehke cuba siasat isu dalaman Kafa dan perang mulut antara Presiden KAFA dan Ketua Jurulatih ???

Anonymous said...

president kafa ore politik.mesti la panda putar belit nk oyak dio betol sokmo.

despyan said...

admin terr..korek2 sedak crito sebenar tu..kita tgk sapo yg keno.ambo malas nk komen gapo2 lg.wait n see dulu trek ni..haha..

p/s:piya meme xdop hrpan ko gopal nk panggil main msia?

Anonymous said...

Status FB TSAM dlu- ms ganu ada problem dgn Irfan Bakti..

"Berita terbaru dari pantai...akibat gangguan misteri bapa penyu meninggalkan anak Anak dan telor di Pantai sementara mencari tapak lebih selesa di daratan...begitulah biasanya bila pemegang pajakan kawasan peneluran penyu tidak menjaga bapa penyu dgn Baik..."

Ni kawe nk bls ko TSAM mula...

Berita terbaru dari hutan...akibat gangguan misteri bapa kijang meninggalkan anak Anak di hutan sementara mencari tapak lebih selesa di udara/lautan...begitulah biasanya bila pemegang pajakan kawasan pembiakan kijang tidak menjaga bapa kijang dgn Baik...

hehe sory belako, sjo jah kawe gere mugo dlu kato kokre leni ats palo sendiri..kure2 kes ganu dlu x jd isu besar n xdok kuar kenyataan berbalas di mane2 medium media..

Anonymous said...

mugo tganu po babi etek.hahahaha..mung kato xgege lg ko..

Anonymous said...

haha