PUMA
Malaysia melancarkan klinik kejurulatihan bolasepak pertamanya selaras dengan
program pembangunan akar umbi mereka.
Seramai
100 pelajar sekolah berumur antara 14-17 mendapat manfaat dengan membawa pulang pengetahuan
yang lebih baik tentang permainan dan kemahiran bolasepak ketika latihan.
Klinik
kejurulatihan itu telah diadakan pada 29 Mac lalu di SMK Aminuddin Baki di
Kampung Pandan dan turut disertai pelajar dari SMK Dato’ Lokman, SMK St.
Gabriel dan SMK Taman Maluri.
Jurulatih
Akademi Bolasepak City Youth Sulaiman Gerard mengendalikan program tersebut
dengan dibantu oleh beberapa jurulatih dari akademi tersebut. Pertahanan
kebangsaan dan JDT, Mahali Jasuli turut serta sebagai duta PUMA untuk memberi
galakan kepada pemain.
Program
tersebut dibahagikan kepada empat bahagian. 25 pemain terlibat dalam setiap
bahagian dan melangkah ke peringkat seterusnya selepas 15 minit. Modul latihan merangkumi hantaran dan
sokongan, menyerang dan bertahan, kawalan bola ketika berdepan lawan dan
melakukan percubaan.
“Ianya
satu inisiatif yang sangat baik daripada PUMA untuk memulakan klinik ini memandangkan
ia mendidik anak-anak muda ini untuk bermain bolasepak yang baik. Mereka adalah
masa depan kita,” ujar Mahali, sambil menambah : “Saya percaya ia adalah satu
pengalaman yang hebat untuk mereka dan saya berharap PUMA akan terus
menganjurkan program ini.”
Pemain
terbaik dari setiap empat sekolah berkenaan kemudiannya dihadiahkan sepasang
but bolasepak PUMA ditandatangani Mahali.
Muhammad
Shauki Rased, 15, dari SMK Dato’ Lokman berkata : “Bolasepak adalah kegilaan
saya dan PUMA telah memberi saya peluang untuk menjadi sebahagian daripada
program ini. Saya belajar teknik baru dari Mahali dan ianya cukup mengujakan.”
Ketua
jurulatih SMK Aminuddin Baki, Fakrul Hazely, berkata klinik kejurulatihan ini
memberi manfaat besar kepada semua pelajar yang dilihat lebih tenang ketika
mengimbangi bola dan turut diajar bagaimana untuk mendapatkan semula bola dari
lawan dalam situasi satu-lawan-satu.
Penolong
Pengurus Pemasaran PUMA Malaysia, Tim Tham berkata: “Sessi berikutnya
berkemungkinan besar akan diadakan pada Mei dan kita akan menjemput lebih
banyak sekolah untuk mengambil bahagian.”
PUMA
berhasrat untuk memperbanyakkan lagi program pembangunan akar umbinya untuk
pelajar sekolah.
No comments:
Post a Comment