Sebelum game, Harimau Malaya sedia taji Tajikistan. Selepas game, Harimau Malaya ditaji Tajikistan. skrip lama buat skuad kebangsaan meskipun di bawah pengendali baru. Tidak banyak perubahan dilakukan Dollah Salleh pada tugasan pertamanya selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan dan meskipun melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama, ia tidak banyak membantu bekas pengendali Selangor, Pahang dan PDRM itu untuk mencatat keputusan yang membanggakan.
lebih banyak perubahan diharap daripada gandingan Dollah dan Sudarsono. |
Berikut laporan perlawanan yang dikongsi dari Utusan.
Ujian
pertama menghasilkan mimpi ngeri buat Dollah Salleh apabila Harimau Malaya
dibelasah 1-4 oleh lawan yang berada di ranking ke-124 dunia, Tajikistan dalam
aksi persahabatan di Stadium Respublikanskiy M.V. Frunze, Dushanbe semalam.
Kekalahan
itu bermakna rekod bersih Malaysia di peringkat antarabangsa akhirnya lebur
tahun ini.
Sejak awal
permainan, rentak Harimau Malaya yang menduduki ranking ke-151 dunia begitu
tempang terutama di bahagian tengah, dan beraksi di atas padang tiruan menambahkan
kesukaran buat mereka terutama untuk mengawal bola.
Meletakkan
Mohd. Badhri Mohd. Radzi untuk memacu di kawasan tengah, selain R. Gopinathan
serta S. Chanturu mengemudi bahagian sayap, eksperimen yang dilakukan oleh
Dollah bagaikan menemui kesilapan apabila penguasaan bola lebih banyak memihak
tuan rumah.
Malah,
Farizal Marlias yang menjadi pilihan Dollah sebagai penjaga gol utama beraksi
di bawah tahap sebenar, selain dua ayam tambatan Harimau Malaya, Norshahrul
Idlan Talaha dan Safee Sali tidak menghasilkan persembahan terbaik.
Farizal
bagaimanapun berjaya menyelamatkan sepakan penalti Nuriddin Davranov pada awal
babak kedua.
Dargon
Ergashev menghasilkan gol pertama pasukan tuan rumah pada minit ke-15 sebelum
Khurshed Makhmudov menambah dua gol pada minit ke 35 dan 51 dan Davranov
menghasilkan gol keempat pada minit ke-53.
Harimau
Malaya yang sekali-sekala mengasak mendapat gol sagu hati menerusi sepakan
penalti Mohd. Amri Yahyah setelah Safee dijatuhkan pada penghujung babak
pertama.
Malaysia mempunyai kesempatan
terbaik menerusi serangan balas Gopinathan yang berjaya meloloskan diri di
sebelah kiri namun hantaran silangnya gagal disambut oleh Safee sebelum
dikeluarkan oleh pertahanan Tajikistan. Situasi
semakin sukar buat Harimau Malaya apabila Tajikistan memperoleh jaringan kedua
pada minit ke-35 apabila sepakan jarak jauh Ergashev gagal diselamatkan oleh
Farizal.
Namun,
sebelum babak pertama berakhir, Harimau Malaya mendapat sedikit kelegaan
apabila pengadil menganugerahkan sepakan penalti selepas penyerang Johor Darul
Ta'zim, Safee dikasari dan Mohd. Amri Yahyah tidak menghadapi masalah untuk
menjaringkan gol.
Namun, Tajikistan pula mendapat sepakan penalti pada awal babak kedua apabila bola didakwa mengenai tangan Mohd. Aidil Zafuan namun Farizal dapat menyelamatkan sepakan penalti yang diambil Nuriddin Davronov.
Bagaimanapun,
harapan untuk melihat skuad negara bangkit bagai terkulai layu apabila tuan
rumah kembali melebarkan jurang apabila bola yang ditampan Farizal mudah
disepak masuk oleh Dargon pada minit ke-51 untuk gol ketiga tuan rumah.
Harimau
Malaya terus menderita apabila dua minit kemudian Davronov menebus kegagalannya
menyempurnakan penalti dengan menjaringkan gol terakhir perlawanan, setelah
melepasi kerapuhan benteng negara.
1 comment:
masih ada peluang untuk Harimau Malaya bersinar
Post a Comment