Artikel sumbangan Harris Rajahdin, bekas wartawan Berita Harian
Bergelar penjaring terbanyak Harimau Muda A di
temasya Sukan Universiti Dunia yang berlangsung di Kazan, Russia baru-baru ini, D.Saarvindran bertekad untuk mengulangi prestasinya di Pestabola Merdeka dan seterusnya Sukan
Sea akhir tahun ini.
Pemain tengah kelahiran Selangor berusia 20
tahun itu mencetak gol pertama dalam laluan kejayaan mengejut 2-0
ke atas Itali sebelum menambah dua lagi jaringan dalam keputusan seri 1-1 ke atas Ireland
dan kekalahan 1-3 dalam penentuan ketujuh/kelapan keatas Kanada.
Sarvindran (kiri) antara nama yang meningkat naik ketika ini |
Kini,
Saarvindran mahu memastikan mahkota penjaring terbanyak terus menjadi miliknya pada kejohanan
bola sepak antarabangsa tertua di rantau ini, Pestabola Merdeka yang
bakal berlangsung di Kuantan pada 5-14 September ini.
“Saya berharap dapat meneruskan persembahan yang
ditunjukkan di Kazan
pada Pestabola Merdeka nanti. Sasaran saya adalah untuk bergelar penjaring terbanyak di
Pestabola dan juga Sukan Sea,” kata Saarvindran.
Baru berusia 20 tahun, Saarvindran memulakan kerjayanya
di Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 2008 sebelum melangkah ke peringkat remaja bersama Harimau Muda
B (2010-2012) sebelum dinaikkan ke Harimau Muda A sehingga sekarang.
“Meskipun orang
mengatakan bahawa Pestabola tidak sepenting Sukan Sea,
saya tidak bersetuju dengan pendapat itu dan bertekad untuk menjuarainya. Pestabola Merdeka adalah sebuah kejohanan istimewa yang
pernah menampilkan legenda bola sepak negara dan kami mahu mengikut jejak langkah
legenda yang pernah memenanginya sebelum ini seperti
(Allahyarham) Mokhtar Dahari dan Soh Chin Aun,” katanya.
No comments:
Post a Comment