Tuesday, July 17, 2012

Tiket QPR - Kelantan Pada Separuh Harga, Bonus Raya RM50,000 Menanti Pemain Kelantan

gambar ehsan Ferzalfie Fauzi 
Anak Kelantan bergelar mahasiswa boleh mendapatkan tiket perlawanan Kelantan menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers yang berharga RM53 pada separuh harga, yang mana akan dijual mulai hari ini sehingga 19 Julai (Khamis), di Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam - hubungi Puan Fazilah di talian 019 6401 062.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata langkah ini diambil untuk memastikan lebih ramai penyokong The Red Warriors membanjiri Stadium Shah Alam, 

"ini tawaran istimewa kepada mahasiswa anak kelantan, tiket-tiket berharga RM53 ini boleh didapati pada separuh harga untuk tempoh sehingga malam 19 Julai, di mana mereka perlu tunjukkan kad matrik sebagai mengesahkan bahawa mereka adalah pelajar universiti (mana-mana universiti, janji tunjuk kad matrik).

"dan seorang dihadkan 4 keping tiket. Kita peruntukkan sebanyak 5ribu tiket untuk dijual melalui universiti dan tiket yang tidak habis pada malam 19Julai, akan kita kutip balik untuk dijual di Stadium Shah Alam pada hari perlawanan (20Julai), kat sana sudah tiada diskaun. Kena beli pada harga asal..".

**so, sape2 ada member kat u bolehla roger2 terus, atau kalau takde kad matrik pun, pergi jer uitm puncak alam, aproach la mana-mana student suruh tolong beli (ini cadangan peribadi saya).**

Annuar juga mengesahkan sehingga kini sudah lebih 20,000 tiket sudah dijual, dan menjangkakan sekurang-kurangnya lebih 30,000 peminat bolasepak tempatan, khususnya peminat TRW akan hadir menyaksikan perlawanan bersejarah bagi TRW ini.

Tambahnya, segala kemudahan solat maghrib dan solat terawih (jika disahkan keesokan harinya puasa) sudah diusahakan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam.

Sementara itu, mengenai persiapan pasukannya, TSAM berkata Kelantan akan menyenaraikan barisan pemain terkuat dalam memastikan penonton yang hadir disajikan dengan permainan menarik dan menghiburkan, dan mengumumkan pemberian bonus raya RM50,000 ANDAI dapat mengekang QPR sekurang-kurangnya untuk keputusan seri.

"kita akan turunkan skuad penuh kita, ini sebagai justifikasi kepada harga tiket yang dibayar penyokong, agar mereka terhibur. semua pemain yang bercuti kita dah panggil balik, termasuk Ghaddar yang cuti kahwin, yang pergi national training, dan kita akan ada 4 pemain import termasuk Mijo Dadic. kita bukan sekadar mahu main suka-suka, tetapi memberi saingan hebat dan jikalau kita berjaya kekang QPR untuk sekurang-kurangnya seri, saya akan beri mereka bonus raya RM50,000," katanya dalam sidang media khas di ibu negara petang tadi.

Mengenai persiapan skuad Piala Malaysia, Annuar mengesahkan tiga pemain tempatan akan didapatkan secara pinjaman bagi memperkuatkan cabaran pasukan TRW, iaitu dua pemain KL dan seorang pemain Sabah. 

"Tiga pemain ini akan kita daftarkan sebagai pemain pinjaman untuk memperkuatkan pasukan bukan sahaja Piala Malaysia, tetapi juga Piala AFC. Persetujuan sudah dicapai bersama pasukan masing-masing, kini tinggal rundingan mengenai bayaran gaji dan kontrak bersama pemain itu sendiri, yang mana sudah berada di fasa akhir..", kata Annuar yang meminta agar nama tiga pemain itu tidak didedahkan.

Memandangkan TSAM sendiri mengakui persetujuan sudah dicapai, tak salah rasanya didedahkan - Aslam Najmudin, Afiq Azmi (KL), Mafri Balang (Sabah)  - ini info dari TSAM sendiri, kalau dia lipak saya, maknanya saya telah lipak anda. Hopefully saya tak dilipak.

6 comments:

Azrul Hisham said...

ayat last tu terbaik bro...

Unknown said...

hahaha terbaek..
tp hujung2 sem ni half price pun nmpk mahal jgk..
klau2 ada jmpa duit celah2 bantal bleh pegi kot..

Anonymous said...

bro jadi la agent..amik upoh RM5 sore..buleh doh tamboh skit2..ko guano?

Anonymous said...

Sayu tak ada orang nak komen pasal game ni. Tulah Tan Sri, suara banyak pasal coach RG uji player. semalam Bojan Hodak ajar Tan Sri yang tugas coach DALAM FRIENDLY adalah uji player.

ha ha haha haha

shun said...

Yer la... uji la dl. first time kot lwn team BPL. lg lak ade org br masuk. kna plak bulan ramadhan, xkan nk men sampai injured?
yang ni kn match utk prepare bila nk lwn Arbil FC...

Anonymous said...

Kelantan ada the whole season utk prepare Arbil FC. player HARI HARI berkumpul

situasi berbeza dgn RG, player dapat kumpul sekali sekala. bila RG guna alasan uji player ada pulak suara yang tak setuju.

setuju atau tak? ke nak guna alasan 'ala RG dah baper lama nak test player'

Keita Mandjou brapa lama test? Mijo Dadic? Okine & Zakaria..tup tup dah sign ...kah kah kah. Hebat. satu2 team ada 7 pemain import lepastu claim takde pitih la (asyik mengharap ihsan kerajaan negeri kat facebook dia) << professional football tak mengharapkan pitih kerajaan negeri dgn fund besar mcm Ganu.