Di sebalik demam Euro 2012 yang melanda peminat bolasepak
tanah air sepanjang bulan Jun yang lalu, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan,
melalui inisiatif yang diusahakan Jabatan Perumahan Negara dengan kerjasama
Ligakit.com telah terlibat di dalam Kempen Memartabatkan Jersi Pasukan Kebangsaan
dan Bolasepak Tempatan, yang mana kemuncaknya adalah pada malam menjelang final
Euro 2012, pada 1 Julai lalu bertempat
di i-City.
Seramai 5 orang bekas pemain kebangsaan iaitu K.Gunalan, K.
Gunasegaran, Anuar Abu Bakar, Bakri Ibni dan K.Sanbagamaran telah hadir membawa
nama YAKEB bagi memeriahkan dan menjayakan aktiviti yang telah diatur
penganjur.
Antaranya sesi autograf, beramah mesra dengan peminat dan
juga sesi fotografi, yang ditutup dengan acara menonton perlawanan final antara
Sepanyol dan Itali di layar gergasi bersama Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri
Ahmad Shabery Cheek.
Kehadiran bekas pemain ini nyata mendapat sambutan
menggalakkan, dan kesemua mereka turut berkongsi serba sedikit perkembangan terkini
selepas bersara sebagai pemain.
Program ini, selain bertindak sebagai program tanggungjawab
sosial korporat (CSR) bagi JPN, objektif utamanya adalah memupuk semangat patriotisme
di kalangan masyarakat melalui aktiviti sukan, serta meningkatkan minat
masyarakat untuk memiliki dan memakai jersi pasukan kebangsaan dan pasukan
dalam liga bolasepak tempatan.
Pelbagai koleksi jersi dari zaman 1970-an hinggalah yang
terkini diperagakan untuk dijual mahupun sekdar pameran, termasuk jersi yang
pernah disarung oleh lagenda bolasepak tanah air, Allahyarham Mokhtar Dahari dan
juga jersi yang telah ditandatangani oleh bekas pemain dengan 20% daripada
jumlah kutipan hasil penjualan jersi pada hari tersebut, disalurkan ke tabung
YAKEB.
Penganjur juga melihat ianya sebagai satu usaha murni ke
arah memupuk dan menarik semula minat dan sokongan terhadap bolasepak tempatan.
3 comments:
http://www.facebook.com/pages/Kempen-Memartabatkan-Jersi-Pasukan-Kebangsaan-dan-Pasukan-Liga-Tempatan/486910354658378
Jom pakat ramai2 LIKE. Thanks
Aiman... WHY.. WHY.. (100x)
Post a Comment