Selepas menjuarai Piala FA pada Mei
lalu, Kelantan melengkapkan musim cemerlang mereka dengan kejayaan mempertahankan
trofi Liga Super, pada ketika masih berbaki 2 perlawanan lagi untuk diharungi.
Lebih manis, saat gemilang itu
dicipta di laman sendiri di hadapan hampir 15,000 penyokong dengan Kelantan
garang membaham Perak 6-0, dengan kesemua gol terhasil dalam tempoh 47 minit
pertama.
foto : gawang.my |
Indra Putra Mahyuddin muncul wira
dengan jaringan hatrik, tatkala kapten Badri Razi, Mahmoud Ghaddar dan Nurul
Azwan Roya melengkapkan pesta gol Kelantan, yang juga kemenangan terbesar tuan
rumah di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sejak membelasah Felda Utd dengan
jaringan sama lebih setahun lalu.
Perlawanan bagaimanapun sedikit tercemar
dengan layangan kad merah kepada kapten Perak, Shahrulnizam Mustapha, yang
mengasari Mahmoud Ghaddar.
Kemenangan membolehkan Kelantan
mengumpul 57 mata, 7 mata meninggalkan pasukan tangga kedua, Lions XII, dan 17
mata mengatasi pasukan tangga ketiga, Selangor yang menewaskan Kuala Lumpur
4-0.
6 comments:
Mcm barca/spain versi malaysia. Defend pun kental. Cuma 2nd half sedikit hambar. Mungkin taknak malukan team lawan kot, atau takut org kata rasuah plak hehe..
Meme kemah..gol no 2 meme mace spain main...sedak tengok.....
Tahniah Klate!!!!! We are the champion!!!!
terbaik, alhamdulillah.. GKG!
best2...
*(6-0)*
~
Post a Comment