Friday, November 18, 2011

Suara Sukan Akan Tampil Berwajah Baru


Hari ini, sudah hari ke-18 kita di dalam bulan November, namun hanya 3 artikel sahaja sempat ditulis sepanjang bulan ini, termasuk satu artikel yang telah DIREMOVE atas permintaan/rayuan empunya badan (mungkin pembaca boleh mengagak artikel yang mana). 

Sememangnya bergelar HEAD OF PUBLIC RELATION, EDITOR dan WEBMASTER (portfolio baru) di Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan banyak membataskan masa penulis untuk duduk mengarang, kerana lebih banyak terlibat dalam penghasilan Buletin YAKEB, perlu berinteraksi hampir setiap hari dengan bekas atlet, rakan-rakan media, peralihan kepimpinan, penstrukturan semula, serta mengejar KPI untuk setidak-tidaknya menerbitkan 3 edisi Buletin YAKEB dan Koperasi Atlet Malaysia Berhad bagi tahun 2011.

Justeru penulis MEMOHON MAAF kepada semua pengunjung/pembaca yang mana mengunjungi blog ini dengan harapan ada artikel atau entry baru, sebaliknya tiada sebarang UPDATE buat masa ini. InsyaAllah, Suara Sukan akan kembali aktif dengan entry-entry terbaru dan lain dari yang lain sepertimana lazimnya dalam tempoh terdekat. 

Suara Sukan juga akan tampil berwajah baru, dan ketika ini dalam proses peralihan (transformasi & rebranding), yang mana akan menyaksikan kehadiran beberapa tokoh sukan tanah air, sebagai Anggota Lembaga, justeru penulis sendiri sebagai pengasas blog ini mengharapkan sokongan berterusan daripada pembaca dan insyaAllah lebih banyak reward menanti pengunjung bertuah selepas ini. 

Terima kasih – Muhammad Aiman.

2 comments:

Nik Zulkhairi said...

keep it up bro.

Musa Noor said...

Bro Aiman, berwajah baru ke, lama ke SUARA SUKAN ANDA tetap di hatiku, saya tidak sabar2 menunggu perbincangan bro Aiman tentang kebiadaban, kekurangan ajar dan ketidak tamadunan penyokong2 Indonesia terhada atlit kita yang sedang bertarung di sukan SEA,menghina lagu kebangsaan kita sudah menjadi perkara biasa, semangat kesukanan sifar, apa jenis maknusia ini... aiman minta buka perbincangan