Artikel kali ini adalah kesinambungan kepada entry bertajuk Ceritera Sebuah Perjalanan, Noktahkan Dengan Emas (baca sini), yang dipublish sebelum perlawanan menentang Myanmar di separuh akhir. Tidak ramai yang meletakkan harapan sebenarnya, untuk melihat skuad muda bimbingan Ong Kim Swee mara hingga ke aksi final, seterusnya mempertahankan kejuaraan yang kita menangi 2 tahun lalu di Laos.
Kebanyakan pemerhati sekadar meramal Malaysia akan tersingkir di peringkat kumpulan atau paling jauh melangkah ke semi final – mengambil kira pencabar di dalam Kumpulan A, yang turut dibarisi juara 13 kali, Thailand dan BOGEY TEAM, Singapura.
Namun, kita berjaya membuktikan status juara bertahan bukan semata-mata atas nama, sebaliknya mempamer perwatakan sang juara, menumbangkan empat pasukan dalam laluan ke final – Thailand, Kemboja, Indonesia dan Myanmar, seterusnya muncul satu-satunya pasukan belum tewas dalam temasya kali ini.
Irfan, belum menunjukkan potensi sebenar |
Setinggi tahniah buat OKS di atas kejayaan manis ini, yang mana jika diteliti, ia hanyalah aksi FINAL KEEMPAT dalam tempoh 21 tahun, selepas 1989, 2001, dan 2009. Pujian juga buat semua pemain yang mahu sedaya upaya membuktikan kehebatan dan potensi diri masing-masing, meskipun aksi kebanyakan pemain boleh dilabel BELOW PAR - paling ketara Irfan Fazail yang langsung tidak menepati status selaku bintang utama pasukan yang pernah menimba pengalaman bersama Vion (Slovakia), serta dua lagi pemain penyerang, Izzaq Faris Ramlan dan Ahmad Fakri Saarani.
Izzaq dan Fakri bagaimanapun mungkin sedikit lega kerana kritikan demi kritikan ditujukan kepada mereka, berjaya ditutup serba sedikit dek kejayaan menjadi hero dengan menjaringkan gol kemenangan – Izzaq ketika menentang Thailand, dan Fakri ketika menewaskan Myanmar di separuh akhir.
Namun ia tidak dapat menutup hakikat betapa dua penyerang ini belum berada di kelas tersendiri untuk mengerunkan pertahanan Indonesia di final nanti - lihat sahaja sumbangan Izzaq sejak dua perlawanan lalu, dan Fakri, jika tidak kerana berjaya menyepak masuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-85, apakah sumbangannya selama 84 minit menentang Myanmar, bukankah akan berterusan menjadi mangsa kritikan dengan prestasi sebegitu.
Bagi Irfan pula, dia tiba di Indonesia dengan status PLAYER(S) TO WATCH, selain Syahrul Azwari dan Wan Zaharulnizam ekoran ketiadaan Wan Zack Haikal. Namun dia tidak menepati status berkenaan, prestasinya jauh daripada apa yang peminat bolasepak tempatan harapkan dan Irfan perlu menggunakan sebaiknya peluang ini, untuk membuktikan sentuhannya, bukan sentuhan kecundang.
Izzaq, Fakri, dan Irfan – sekali lagi, ini bukan kritikan, sebaliknya lontaran cabaran untuk anda semua. Sahutlah ianya dengan semangat Sang Harimau, anda sudah melakukannya sebelum ini, anda adalah wira bolasepak tanah air, tetapi ia tidak harus terhenti di sini. Kini, anda semua hanya selangkah sahaja daripada mencatat sejarah sekali lagi, dipisahkan hanya 90 minit daripada mempertahankan pingat emas, ayuh buktikan kewibawaan, ayuh tepis segala kritikan yang dilontarkan kepada anda dengan aksi bertenaga di atas padang. PULANGLAH DENGAN KEJAYAAN, MALAYSIA BOLEH!!
5 comments:
kalo fakri main takda mood nak tgk, smlm boleh lak tertido game msia vs myanmmar 2nd half.Irfan Fazail biasa-biasa je main lebih baik nazmi faiz main.izzat mcm biasa la takda peningkatan so far tgk game dia main daripada takda org lain izzat pun jadi laaa..
harap2 lepas ni Izzaq & Fakri dapat perform.
Kalau diorg makin bagus, yg untung Malaysia sbb ada 2 striker muda yg tinggi dan berbisa.
Izzaq, Wan Zaharulnizam, Irfan Fazail, Fandi Othman, Syahrul Azwari hampir sah tidak beraksi esok ekoran kecederaan...
Yang paling parah, Izzaq terpaksa berehat 6 bulan akibat kecederaan lutut...
jadi esok terima jerlah kekalahan Malaysia ditangan Indonesia...
just enjoy the game...
aku mmg x bekenan dgn mainan irfan fazail..malas pn ade jgk time2 tertentu..1 lg mudah buat silap dlm hantaran..kene study dr bawah mula bdk ni
apa-apa pun, tahniah kepada pasukan bolasepak u23 negara, kerana berjaya mempertahankan emas.
Post a Comment