Apabila melangkah ke saingan Piala Malaysia musim 2011, sasaran utama pengendali Felda United, E.Elavarasan adalah memastikan pasukannya menamatkan saingan peringkat kumpulan lebih baik berbanding tahun lalu, iaitu dengan sekurang-kurangnya satu mata.
“sasaran saya pencapaian yang lebih baik berbanding tahun lalu, tahun lalu kita kalah semua perlawanan, 0 point, dan di tangga tercorot kumpulan, so tahun ini kalau dapat 1 mata daripada 6 perlawanan pun dah dikira satu kejayaan besar, apatah lagi lebih daripada itu..itu jer sasaran kita, tak mahu pasang impian tinggi..”, jelas Elavarasan ketika ditemui SS dua minggu sebelum KICK OFF Piala Malaysia 2011.
Diundi di dalam Kumpulan C bersama juara bertahan Kelantan, sebuah lagi pasukan berstatus kelab, Johor FC dan naib juara Liga Perdana, Sarawak, Felda United diramal tidak mampu melepasi saingan peringkat kumpulan. Ramai yang memilih Johor FC untuk mengiringi Kelantan ke aksi peringkat seterusnya - sama ada berdasarkan kedudukan dalam liga, mahupun kekuatan pasukan itu sendiri yang mungkin belum cukup untuk meyakinkan pemerhati.
Namun, dengan meraih 6 mata maksimum dari 2 perlawanan menewaskan Johor FC (2-0) dan Sarawak (1-0), Felda berjaya menutup mulut pengkritik, dan mengubah persepsi awal bakal sekadar menjadi pelengkap saingan - malah Elavarasan sendiri sudah mula ‘berbunga’ melihat prestasi semasa pasukannya ini, dan pastinya melihat kedudukan terkini ini sebagai satu kejayaan besar.
Apapun, harus diakui ia bukanlah satu kedudukan yang boleh dianggap selesa buat skuad peneroka ini untuk memburu tiket ke suku akhir, apatah lagi Johor FC dan Sarawak pastinya tidak mahu memberikan laluan mudah dan cuba bangkit menjelmakan saingan hebat dalam baki 4 aksi selepas ini.
Malah, Felda sendiri pastinya sedar betapa dua aksi getir menentang Kelantan, pada 14 & 27 September depan juga bakal menyajikan mereka laluan berliku dan menjadi penentu halatuju cabaran mereka musim ini. Sebarang keputusan di luar dugaan menentang Gergasi Pantai Timur itu pastinya dilihat sebagai satu BONUS, dan Elavarasan tidak mahu pemainnya melepaskan peluang tersebut.
“awal-awal lagi, kita dah cakap Kelantan guaranteed an 'automatic' place, yang tinggal cuma 1 slot, dan kita sekarang fight for satu slot tu, apa yang u boleh harapkan apabila duduk satu group dengan Kelantan? Mereka adalah BIG FAVOURITE dan kita adalah UNDERDOG, tapi saya selalu ingatkan player saya usah fikir pasal status. Tapi jangan terlalu yakin. Kita dah ada 6 mata yang mana saya kira one big achievement, so kita dah sampai tahap ni kita tak boleh nak pandang belakang anymore, tak boleh buat silly mistake, buat yang terbaik dan kita akan menentang Kelantan with same attitude, menang adalah satu bonus, kalah kita akan jadikan pengajaran..”.
Felda dan Kelantan pernah bertemu 4 kali musim ini - 2 dalam saingan Piala FA dan 2 dalam saingan Liga Super, di mana Kelantan menang 3 pertemuan terakhir dengan keputusan 3-0, 6-0 dan 3-1, manakala aksi pada 15 Mac lalu berkesudahan seri 2-2
2 comments:
aib kan kelate? huhuhuhu
Ya, aibkan Kelantan 2-0.
Post a Comment