Friday, June 10, 2011

Tribute To Final : Norshahrul Yakin Boleh Buat Lebih Baik, Sharbinee Mahu Tebus ‘Dosa’


Norshahrul Idlan Talaha VS Sharbinee Alawi


Penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, yakin Kelantan mempunyai segala ramuan diperlukan untuk muncul juara Piala FA buat kali pertama dalam sejarah, dan dia sendiri mahu bertindak sebagai watak pemusnah impian Terengganu pada aksi final malam esok.

Bukan mahu memandang rendah keupayaan skuad Penyu, namun penyerang kelahiran Besut ini, berkata motivasi di kem The Red Warriors cukup tinggi ketika ini dan yakin ia akan diterjemahkan sebaiknya di atas padang oleh rakan sepasukan.

“kita tak boleh kata dia kalah 3-0 aritu, kita boleh ulang sekali lagi, aritu kita menjadi, dan saya yakin kali ini pun kita akan menjadi, insyaAllah saya nak skor hattrik esok, kalau tak boleh doakan saya skor sebijik pun jadilah (tergelak), yang penting saya nak skor, dan menang Piala Fa, rakan sepasukan beri kerjasama baik, prestasi saya pun baik, tiada sebab untuk saya tertekan dan saya yakin saya mampu kekalkan prestasi ini, malah boleh beraksi lebih baik..”. – Norshahrul Idlan Talaha.

6 Jun lalu, pada aksi Liga Super yang mana Kelantan menewaskan Terengganu 3-0, penyerang yang memiliki sentuhan penyudah tajam, dan dikenali dek kerana kemahiran menggeleceknya ini menjaringkan dua gol menewaskan penjaga gol lawan, Sharbinee Alawi.

Norshahrul yang juga penyerang kebangsaan, musim ini sudahpun menjaringkan 18 gol (16 Liga Super, 2 Piala FA), dan jika dia berhasrat menambah angka itu, maka pemain terakhir yang menjadi halangannya, sekali lagi tidak lain tidak bukan, Sharbinee Alawi.

Dua kali tewas kepada Norshahrul  tempoh hari, Sharbinee tekad bangkit menebus kesilapannya yang menjadi punca gol kedua Kelantan – gol yang disifatkan Irfan Bakti Abu Salim sebagai pembunuh sisa kebangkitan pasukannya malam itu.

Malah, beberapa tindakan Sharbinee dilihat kurang menyenangkan Irfan, prestasinya sukar dijangka – kadang OVERPERFORM hingga dirinya didapati terlalu sukar ditembusi, kadang aksinya TIDAK MEYAKINKAN, tidak menepati reputasinya selaku pemain kebangsaan, justeru Sharbinee berjanji kesilapan sama tidak akan berulang.

“yang lepas tu lepas lah, saya pun tak mahu ingat lagi, bukan semua pemain perfect, malam tu memang bukan malam saya, ya memang ada mistake saya, saya bukan hilang fokus, cuma dalam situasi itu saya tengok bola, bukan rakan (Muhaimin), tak sengaja pun, utk game esok, saya bersedia sebaik mungkin, memang Kelantan ramai boleh skor, Shahrul, Piya, Chanturu, dan setiap ruang perlu ditutup, rakan di barisan pertahanan perlu communicate dengan baik, satu kesilapan bakal membawa padah, saya mahu tebus kesilapan saya, dan buktikan saya masih penjaga gol terbaik..”. – Sharbinee Alawi.

Untuk rekod, kedua-dua Norshahrul dan Sharbinee, adalah tonggak utama kejayaan pasukan negara di Sukan Sea Laos 2009, dan masing-masing masih lagi menjadi pilihan Datuk K.Rajagobal dalam skuad kebangsaan ketika ini.

Justeru, kedua-duanya pasti mengetahui kelebihan dan kelemahan masing-masing, dan inilah peluang terbaik mereka memanfaatkan apa yang diketahui.

3 comments:

PijO MyGeNkZ said...

Apap0wn..amb0 s0k0ng kelate..maty0,you are the best..m0ga2 kelate juar0 es0k and maty0 sc0re g0al byk..haha,biar tranung kempunan..thn ni biar kit0 bleh double special pial0...

egypt85 said...

matyo trbaik....cara mgelecek trbaik..mgelirukn..hrp dpt wat y trbaik mlm esok..

Nik Zulkhairi said...

betul cakap SS, sarbinee ni tak boleh nak expect dia punyan form. kalau tgh form, casillas pun kena tabik kat dia.