Finalis Piala FA, Kelantan nampaknya sudah segera melupakan kekalahan mengejut masa tambahan kepada Terengganu tempoh hari, dan berjanji membalas sokongan padu penyokong setia dengan menampilkan aksi bertenaga menentang Perak dalam saingan Liga Super malam ini.
Pengurus pasukan, Azman Ibrahim tidak menafikan kekalahan tempoh hari sememangnya satu tamparan hebat, apatah lagi bermacam tuduhan dilemparkan antaranya menjual permainan dan sebagainya.
Namun menurut Azman pemain kini dalam keadaan bersedia untuk berdepan Perak, selepas menjalani proses pemulihan mental dan perlu bertenang serta tidak meletakkan diri dalam situasi tertekan.
“kita kena build up balik moral pemain utk malam esok (malam ni), macam mana sekalipun kena menang utk jadi juara liga, takleh lepas peluang ini..” – Azman Ibrahim
Kata-kata Azman, bagi sesetengah pihak mungkin berupa satu tekanan kepada pemain, namun dilihat dari perspektif berbeza, ia sebenarnya satu cabaran bagi mereka untuk bangkit membuktikan kekalahan kepada Terengganu 3 hari lalu tidak lagi mengganggu gugat prestasi mereka.
Malah, menang kejuaraan liga pasti lebih besar maknanya apatah lagi ia saingan membabitkan 14 pasukan dan 26 perlawanan, berbanding Piala FA yang dimenangi hanya dengan beraksi 5 pasukan dalam 7 perlawanan.
Sementara itu, tonggak pertahanan Kelantan, S.Subramaniam berjanji dia dan rakan sepasukan akan beraksi sebaik mungkin dengan menolak ke tepi segala kekecewaan lalu, seterusnya meraih 3 mata penting sebagai hadiah kepada penyokong TRW dalam usaha merangkul trofi liga.
Katanya pemain tidak akan mengulangi sebarang kesilapan sama ketika menentang Terengganu, dan ia menjadi pengajaran berguna buat diri dan rakan sepasukannya agar tidak beraksi sambil lewa dan fokus untuk 90 minit permainan.
Subra (tengah), tonggak pertahanan Kelantan |
Subra yang menghubungi penulis selepas membaca laporan berkenaan krisis di kem Kelantan, juga membidas Suara Sukan kerana memaparkan laporan itu yang mana padanya mengeruhkan lagi keadaan dan menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk M.Karathu.
Katanya, adalah normal jika ada pemain mengeluh tidak dapat beraksi dan itu tidak sepatutnya disensasikan apatah lagi Kelantan ketika ini di fasa getir, perlu mengharungi 2 lagi perlawanan penting sebelum Liga Super melabuhkan tirai.
Subra berkata Karathu sudah melakukan yang terbaik, dan barisan pemain Kelantan menghormati beliau selaku Ketua Jurulatih, seterusnya yakin Karathu mampu muncul jurulatih pertama membimbing Kelantan muncul juara liga.
Untuk rekod, ini adalah musim kedua Subra di Kelantan dan tonggak kental pertahanan ini, yang menjadikan pertahanan Itali, Fabio Canavaro sebagai idolanya sudah mula menjadi pemain kesayangan di kem TRW.
9 comments:
ayuh bangkit TRW
subra marah suara sukan???hehe..xpo aiman tetap steady..aiman xkisah..he..trbaiklh soro suke....
gomo kelate gomo... aloh mene adat belawe... xleh pialo FA kito try plop piala liga.. sebeloh tangkai kito pege dah tuh.. jgn lalai plop set kito...
semalam beraso lemah nok komen apa2...hr ni semangat balik...terima kasih kpd blog2 yg menulis kata2 semangat...bukan pemain je perlu motivasi, penyokong pun perlu juga...
biasa la keno kritik tu bos. itu menunjukkan blog demo ada pengaruh.
bagus AIman. semalama anda tulis perkara benar, anda dikritik. anda tetap menulis, dan lebih hebat anda dengan tanpa rasa sedikitpun malu, beritahu semua bahawa Suara Sukan dimarah oleh Subra. ini melambangkan anda jujur, tidak hipokrit. syabas aiman, penulisan sebegini yg kita inginkan.
aku respek la penulis ni. walaupun aku tak kenal, tp napok sgt dia ni jujur bukan seperti blogger lain. semalam aku baca citer karathu dibidas, aku tak rasa nak komen, sbb moral aku pun down, tapi kepada yg duk marah2 penulis sebab dedah perkara sebenar, cuba bayangkan macam mana dia lagi down bukan saja korang duk mengata dia, laporan tak tepat la, timing tak kena, player pun marah dia. dia siap mngaku dia kena marah ngn subra, blogger atau wartawan macam ni la kita respek. memang terbaik la demo Aiman. biar apa org kata, dari gaya anda menulis tu sudah membuktikan bahawa anda benar. sebenarnya yg mengkritik bukan apa Aiman, mereka tak boleh terima kekalahan, ataupun sekiranya kebenaran itu pahit, mereka tak boleh nak telan. itu jer, so mula lah nk condem, don wori, kalau 10 org mengutuk, awak kena ingat 1000 lagi memuji. keep ur good work..
gomo kelate gomo.
sudah lama kawe follow blog demo. bagi kawe, blog demo adlh yg terbaik diantara blog sukan.kene kritik itu perkara biasa, apatah lagi menjadi wartawan mcm demo boh. demo hanya menulis perkara benar, itu adlh lebih baik. kita kene tiru cara bola sepak luar negara, cara epl. wartawan dia siap tulis lagi nama yg kritik jurulatih sendiri. diorang bebas bersuara. bebas hendak mengkritik. kalau penyokong, pemain, jurulatih, orang besar fam, dan wartawan masih di dalam tampuk yang lama, sampai bila bola sepak kita nak maju.
Perlu diingat, mengkritik akn mendatangkan faedah! yang akn memburukkan lagi keadaan adlh mengutuk. mengkritik dan mengutuk adlh dua perkara berbeza!
teruskan dgn cara anda aiman! dlm 10 orang mengkritik anda, 10000 lagi memuji anda. Tahniah! =)
Aiman memang best..peduli kan sapa pun nak marah..asalkan kita laporkan benda yang betul...jangan nak laporkan hak sedap2 jer...
Teruskan Bro...
Post a Comment