Saturday, June 4, 2011

Terengganu Yakin 3 Mata Penuh Dalam Genggaman


Selepas dijanjikan pelbagai habuan menarik termasuk lawatan ke Eropah andai berjaya merangkul setidak-tidaknya satu daripada dua piala yang menjadi buruan ketika ini, motivasi di kem Terengganu ketika ini dalam keadaan cukup hebat.

Rata-ratanya sudah mula dibuai keyakinan tinggi, dapat menoktahkan kemarau kejuaraan selama 10 tahun, selepas kali terakhir menjuarai Piala Malaysia pada 2001.


Cabaran pertama mereka dalam merealisasikan hasrat merangkul double, adalah dua pertemuan menentang seteru pantai timur dalam 180 minit berikutnya, KELANTAN – pasukan yang berpotensi meranapkan mimpi indah itu, kerana Kelantan juga sedang mengejar impian sama.

“Kelantan ke, Selangor ke, N.Sembilan ke, kita tak kisah sape lawan kita, yang penting kita hadapi mereka dengan 1 azam yang sama, menang setiap game. Team ni cukup solid, jaringan kedua terbesar, bolos kedua  terendah, apa maknanya tu? Maknanya striker kita, defend kita adalah terhebat di liga Malaysia ketika ini, jadi apa nak takut? Kita baru kalah sekali di KT, Kelantan pun kalah di kb, Selangor pun kalah di shah alam, dgn barisan sedia ada, saya yakin inilah team terkuat kita pernah miliki. 3 mata setiap perlawanan adalah sasaran kita..”, jelas salah seorang anggota kejurulatihan skuad Terengganu, yang juga tonggak utama ketika Terengganu merangkul Piala Malaysia pertama kali pada 2001.

Sejak beberapa tahun lalu, Terengganu boleh dikatakan antara pasukan paling konsisten dalam saingan Liga Malaysia – mereka seringkali muncul antara pencabar utama kejuaraan, dan meloloskan diri dalam kelompok 4 pasukan terbaik, manakala Kelantan pula bakal mencipta rekod baru bolasepak tanah air andai berjaya merangkul Piala FA dan trofi Liga Super.

Mazuki, pertahanan berpengalaman & Piya, tonggak Kelantan
Mereka dapat berbangga muncul antara pasukan menjulang 5 kejuaraan secara berturut-turut, bermula dengan Piala Malaysia, Piala Emas Raja-Raja, dan Piala Sumbangsih yang dimenangi awal musim.

Dan menjelang aksi getir 6 Jun, Terengganu berada dalam mood persiapan terbaik apabila kesemua pemain, termasuk 4 pemain kebangsaan (tidak termasuk Ashaari Shamsudin) – Abdul Hadi Yahya, Helmi Remeli, Ismail Faruqi Ashaari dan Sharbinee Alawee dijangka dapat diturunkan. *Ashaari menjalani penggantungan perlawanan.

Manakala Kelantan pula, seperti dilaporkan SS sebelum ini, pincang di barisan pertahanan tanpa 4 pemain utama – Khairul Fahmi (Olimpik), Zairul Fitri (penggantungan), S.Subramaniam dan Farisham Ismail (cedera).

Saingan juga dijangka hangat antara Norshahrul Idlan dan Abdul Hadi Yahya untuk membuktikan siapa di antara mereka layak digelar striker ‘pembunuh’ dan terbaik negara tatkala tumpuan juga pastinya terarah kepada 2 midfield maestro, Badri Razi dan Ismail Faruqi.

Terengganu dan Kelantan, kedua-duanya sudahpun tewas 4 kali musim ini, dan berkongsi kedudukan pendahulu liga dengan 47 mata, dipisahkan hanya 1 jaringan.

3 comments:

egypt85 said...

terengganu mmg trbaik...tp jgn lupe kelate jg y trbaik..ni baru buku bertemu ruas...saya mgharapkn pertembungan mnarik dan jauhi la pergaduhan,samada pemain @ pyokong.kita berjiran ni..sdikit ksilapan aknmmbawa padah kpd kedua2 pasukan..

Tokki said...

Game ni susah nak ramal..tp atas kertas memang beri kelebihan pd pasukan TRG kerana selain dr bermain di tempat sendiri, pemain mereka boleh dikatakan bagus tp apa pun boleh berlaku kerana sesiapa yg melakukan kesilapan, akan menerima padah..sesiapa yg main tk menjadi, akan menerima kekalahan

Kalau dapat seri pun sudah memadai..jangan kalah sudah

ibun_jogho said...

Ketiadaan Apex rasanya bkn masalah bg team Kelate. Sharizan Ismali (MatShah) & Abe Halim Napi ada sbg ganti. Aku pasti MatShah akan menjadi taruhan utama utk menyekat nafsu team lawan drp mjaringkan gol.

MatShah yg hanya trn bbrapa kali sahaja musim ini sdh pasti menanti pluang kali ini. Yg pasti jg MatShah tentu akan mempamerkan ssuatu yg menakjukan utk mmikat M.Karathu.

Ktiadaan Ropy akan membuka ruang & pluang kpd Muhammad Aziz Ismail(Mat)menunjukan kmampuan beraksi pd perlawanan yg ptg.

Farisham & Subra dikatakan alami kecederaan, tp blm dimuktamadkan mrk x blh main. Yg bersedia ialah Wan Rohaimi. Walaupun aksinya dlm perlawanan terdahulu tdk spt zaman mudanya, aku percaya Wan Rohaimi mampu menyekat keingini pihak lwn. D sini pengalaman akan menjadi taruhan.

Daudsu Jamaluddin, pertahanan yg mmg aku tabik. (Kalu ada yg bertanya player mana yg patut jadi first eleven; sdh pasti aku akn katakan Daudsu, Idlan, Nurul Azwan & Shakir). Apa2pun, penyerang lwn akan bhempas pulas utk lepasi Daudsu sblm tersenyum lega. Itupun kalu lepas.

Team Kelate xkan keseorangan. Itu yg aku percaya & yakin. Penyokong akan turut serta. Walau ke utara, selatan, barat, apatah lg ke timur.