Sunday, June 12, 2011

Kelantan Pincang Selepas Keluarkan Shakir, Subramaniam : Irfan Bakti


 “saya tak tahula betul ke cedera, atau buat-buat cedera saja nak lengahkan masa, tapi apabila Subra dan Shakir dibawa keluar memang lubang tu nampak sangat, pertahanan mereka mula kelam kabut, nampak pincang..”. 

Kelantan pincang selepas Shakir dikeluarkan. foto : Bernama
Demikian komen Irfan Bakti mengenai tindakan melengahkan permainan oleh pemain Kelantan ketika memasuki minit-minit akhir, yang akhirnya memakan diri seterusnya berputih mata membenarkan Terengganu bangkit menjaringkan 2 gol lewat dan menjulang Piala FA 2011.

Nyata, Kelantan seharusnya menyalahkan diri sendiri di atas kegagalan ini, apatah lagi mereka hanya kurang seminit dipisahkan daripada mencatat sejarah menjulang Piala FA buat kali pertama.

Mereka dilihat tidak lagi bernafsu mencari gol tambahan selepas gol pendahuluan jaringan Nurul Azwan Roya, serta percubaan Norshahrul Idlan 3 minit selepas itu, sebaliknya rentetan ‘drama’ kecederaan menyusul, dalam usaha melengahkan masa.

S.Subramaniam yang mengalami kecederaan dilihat memberi isyarat meminta pertukaran dibuat, dan digantikan oleh Rizal Fahmi Rosid, manakala Shakir Shaari pula, digantikan oleh Khairan Eroza Razali, namun kesilapan sebenar adalah apabila mereka mengendurkan asakan, dan tidak cuba untuk CONTROL BALL POSSESION.

Malah, gol penyamaan Terengganu MUNGKIN tidak terhasil jika sepakan percuma yang dihadiahkan selepas Norshahrul dijatuhkan di luar kotak penalti diambil dengan sempurna, sebaliknya peluang itu tidak diguna sebaik mungkin apabila Norshahrul memilih untuk membawa bola ke garisan tepi dan HILANG BOLA.

Nordin, pemusnah impian Kelantan. Foto: Bernama
Beberapa pemain juga kelihatan seperti sudah tidak lagi mahu meneruskan permainan, sekadar berjalan, tidak lagi mahu mengejar bola, gara-gara TERLALU YAKIN.

Irfan menyifatkan itulah antara kesilapan besar dilakukan pemain Kelantan, namun dalam masa sama turut menegur beberapa pemainnya yang tidak menampilkan aksi sebenar mereka malam tadi, termasuklah penyerang Abdul Hadi Yahya.  

“terdapat player saya ball cautious, takut, kadang-kadang mereka ni boleh buat sesuatu, individually tapi diorang takut, takut hilang bola jadi saya bagitahu kena confident, jangan takut itu sebab saya keluarkan hadi yahya, saya tengok dia dah takleh buat apa dah, saya bawak keluar, I want a fresh leg..”.

11 comments:

Anonymous said...

kelate jual mene.ore dale kafa jgok oyak.dio tu kacik nga azman.azman msj doh dio oyak kelate kaloh male ni.tpi dio xcayo.dio xpuas hti xkelih mene.dio mari jgok bkt.jlil.tegok2 betol azman oyak.

Alex Fuentes said...

demo tahu mano ore jual game?? demo ado bukti?? dop payoh la nok nyebar2, kalu saloh jatuh fitnah pulok... bola tu bulat.. gapo2 pom bulih jadi, bagi kawe,klu bookie oyak awal2 klate kaloh,mesti ore bed ganu,pah klu klate mene td ,hok utung bookie la,sbb ore rama kaloh bed... tp kalu meme jual, ambo malah nok kato gapo... ado bukti dulu bru kito tuduh...

umaraziz said...

tahniah terengganu ... kelantan ... cuba lagi tahun depan ... insyaAllah kalau prestasi masih seperti musim ini atau lebih baik ... insyaAllah kelantan masih ada peluang ... tentang jual permainan ... aku tak setuju dengan pendapat yang mengatakan pemain2 kelantan sengaja memberi kemenangan kepada terengganu ... pemain2 kelantan telah bermain bersungguh2 ... cuma ... pada minit2 akhir ... kelalaian mengundang padah ... adat perlawanan akhir ... ada menang ada kalah ... tiada seri ... ingat ... tiada seri ... tak kan nak menang 'sokmo' ... 'bui ko oghe laing getek' ... gomo kelate gomo ...

Nik Zulkhairi said...

ado slaluh.. menang=hero, kalah=jual game

baso dio la main bola, ado kaloh ado menang. baselona pun x menang sokmo.

Alexis Aiman said...

tak usah sebar fitnah. kalau aawak kata awak baik dengan azman, saya plak setiap hari jumpa n berborak ngan azman, tan sri, hashim, sidek dan pengurusan kafa yang lain.

azman siap minta saya tulis supaya jgn percaya benda mngarut ni, yang lagi bodohnya, mana ada orang nak mengaku kalau betul jual game? awak ingat azman tu bodoh nk bg statemen kat member dia yg kalte nk jual game? bro, saya tahu awak kecewa, sejuta pneyokong kelnatan yg lain pun kecewa, so takyahlah sebar fitnah.
tapi kalau awak ada bukti, tunjukkan pd sy, biar saya publish, biar semua org tahu apa awak cakap tu betul, menang kalah adat bertanding bro.

Anonymous said...

betul doh gapo hok irfaan bakti kato.. Jgn dok saloh kokre lain kalu kito main supo taikk!

kasimselamat said...

kelantan dah main bersungguh-sungguh malam tadi, hanya last minit jer leka sikit, nak bg habis tapi terengganu main sampai wisel penamat.... itulah pengajaranya... masa kita mendahului, kita nak habiskan masa htapi bagi pihak lawan yang ketinggalan, mereka akan main bermati-matian untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya bila moral dah tinggi berlakulah keputusan terbalik.... cuba lagi lain kali... kelantan tetap dihati....

Anonymous said...

shakir main mlm td tak sdak tak supo skalo..piya pun dok jadi lah mno...daudsu nmpk rajin turun naik..overall team kltn main tak sungguh..tak mcm main final pun tgk..
masuk rizal n khairan bajet boleh mng doh tapi nyo lipak ko ganu...kalu masuk daniel fazdly ok skit..khairan eroza main kawe tak minat dari dulu lagi kalu dia main...rizal pun nurun skit prestasi lonih..ramzul kalu masuk 1st half molek lagi..izuan masuk 2nd half..

Mo8 said...

ambo x cayo kita jual game...pemain kelate masih beriman & bermaruah...

Anonymous said...

kalu kaloh kato jual...kalu mene x dop pun jual...ore main sapa nk teberak...cuma kawe raso terkilan ..dapat free kick bakpo x guna??? sampai 2 kali plk tu..nk main curi maso,,buke permainan loni doh... baso curi maso nih...mat saleh main x dop doh curi maso gini..kalu kito buat serangan kawe raso..trg x akan buleh sumbat gol...ini kesilapan yg patut jadi pengajaran..

Anonymous said...

khairan eroze..dio ni meme x patut ado dale team..tp heran bakpo still lekat..kawe raso atas dasar dio ore lamo..pahtu baik nge pihok pengurusan jurulatih..main caro ko nk tebas kaki lawe jah..malu weh ado player staro ni..