Friday, June 10, 2011

Jangan ‘Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga’, Jadilah Penyokong Berhemah

Pastinya nasib menimpa Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan, yang didenda RM30,000 gara-gara tindakan bodoh seorang daripada berpuluh ribu penyokong mereka, yang membakar bendera Kelantan ketika aksi antara kedua-dua pasukan, masih menjadi topic bicara peminat bolasepak tempatan ketika ini.

FAM, tegas
Mungkin ada yang menganggapnya  sebagai hukuman berat, dan mungkin juga berpendapat hukuman itu belum memadai namun pokoknya, yang menjadi mangsa adalah persatuan bolasepak negeri.

‘Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga’, hanya kerana tindakan seorang penyokong bertindak di luar batasan - membakar bendera, membaling mercun, membaling objek, membuat provokasi, berkelakuan lucah, mencetus kekecohan, menyebabkan kesemua ‘kaum-kerabat’ mereka terkena tempiasnya.

Bila sudah didenda, dikenakan hukuman, tahu pula nak marah, nak melatah, tapi bila buat tak pula fikir semua tu. Tindakan tegas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), walaupun sedikit lewat, membuktikan mereka tidak bertolak ansur dengan mana-mana persatuan dalam perihal berkaitan tatatertib justeru diharapkan ia memberi kesedaran dan pengajaran berguna kepada semua pihak.

Apapun, cabaran sebenar bagi FAM, adalah pada keesokan hari – 11 Jun, final Piala FA, dengan 90,000 penyokong akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan pertembungan Kelantan dan Terengganu, yang pastinya ‘panas’ di dalam dan luar padang, apatah lagi membabitkan dua MUSUH TRADISI.

Ketika Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Datuk Hamidin Amin berkata seramai 2430 anggota polis dan 400 RELA ditugaskan untuk berkawal sepanjang final berlangsung, awal-awal lagi sudah membayangkan betapa seriusnya FAM mahu memastikan final kali ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini, namun sejarah membuktikan ia bukan mudah dilaksanakan.

Di sinilah pentingnya peranan Persatuan atau Kelab Penyokong, mendidik, dan mendisiplinkan penyokong masing-masing agar datang ke stadium dengan tujuan memberikan sokongan, semangat, dorongan, atas semangat kesukanan tinggi.

Menerusi e-mel diterima SS, Kelab Penyokong (Induk) Bolasepak Kelantan (KPBSK), meminta penyokong kedua-dua pasukan berkelakuan sopan dan menjaga tatasusila serta nama baik negeri masing-masing sesuai dengan adat penduduk Pantai Timur.

KPBSK juga mengutarakan beberapa cadangan penambahbaikan sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan semua pihak antaranya :-

i)                    i) Meningkatkan kawalan rondaan trafik di sepanjang perjalanan terutamanya di lebuhraya Karak sehari sebelum dan selepas perlawanan kerana kesesakan trafik dan pertembungan kedua-dua penyokong dijangka berlaku bermula dari lebuh raya ini sehingga ke venue perlawanan akhir.
ii)                   ii) Pintu stadium sedia dibuka lebih awal daripada waktu yang ditetapkan jika keadaan cuaca tidak baik seperti berlakunya hujan bagi memberi keselesaan kepada penonton.
iii)                 iii) Penempatan petugas keselamatan di dalam stadium bersama penyokong dilihat lebih efektif berbanding di atas trek. FRU dicadangkan berada di zon penampan antara penyokong kedua-dua pasukan.
iv)                 iv) Petugas keselamatan seharusnya menasihatkan penonton yang masuk mengambil tempat duduk untuk memenuhi sektor demi sektor di dalam stadium dan mewujudkan ketua petugas disetiap sektor yang dapat membuat keputusan segera bergantung kepada keadaan semasa.
v)                  v) Memastikan kedudukan gerai-gerai jualan tidak seharusnya menghalang laluan dan mengundang kesesakan diluar stadium serta menempatkan petugas keselamatan di luar stadium secukupnya bagi memastikan tindakan segera dapat diambil jika terdapat sebarang tanda-tanda akan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Apa sekalipun, semua langkah ini hanya sia-sia jika penyokong sendiri tidak menggunakan akal fikiran dan seperti lazimnya nasihat SS, jadilah penyokong berhemah, kalah menang adat bertanding.

3 comments:

Nik Zulkhairi said...

pening polis male esok. tganung menang, fan kelate merusuh. kelate menang, fan tganung merusuh. tapi harap2 tak jadi la, susah nanti kawe nak balik.

Amirul said...

Rakyat dua negeri pantai timur yang terkenal adat dan budaya timur tak perlu nok tunjuk gedebe di bukit jalil. Satu malaysia tahu doh duo negeri ni bako ore gedebe tak perlu dibuktikan sapo lebig gedebe

Mo8 said...

ambo pun rusing jgk...sentiasa berdoa semoga dijauhkan sebarang kekecohan/pergaduhan terjadi sebelum, semasa & selepas perlawanan. ambo mai dr penang, male ni nak pase dero d kereta...doakan semoga perjalanan kami selamat...