Thursday, June 16, 2011

Devan : Kami Belajar Dari Kesilapan, Sukar Buat Kelantan


Jurulatih Selangor, K.Devan menyifatkan kebangkitan lewat anak buahnya dalam saingan Liga Super musim ini, hingga menyaksikan debaran penentuan gelaran juara berterusan hingga ke 90 minit terakhir musim ini, adalah kerana pemain belajar dari kesilapan.

“saya gembira kita teruskan perjuangan hingga last game, pada saya apabila kita kalah dengan T-Team, kita bukan tak bagus, tapi kita tak sempurnakan peluang, lawan Pahang kebanyakan player memang saya akui off-form, lawan Harimau Muda kita sepatutnya menang, kalau u tengok kita yg control game, banyak peluang tapi gagal ambil kesempatan, kita kurang bernasib baik..”.

“dekat luar pula banyak rumours, konon player jual game, player moral down, kita beri motivasi, kita kaji punca kalah, di mana silapnya, saya tak boleh marah player, sebab kita kena ingat musim ini  jadual cukup padat, pemain cedera nak berehat pun tak boleh kena main, itu yang menyebabkan kita kembali bangkit..”. – K.Devan.

Pada satu ketika, Selangor kelihatan begitu gah mendominasi carta Liga Super, dan bergilir-gilir kedudukan pendahulu bersama Kelantan sebelum ianya dirampas secara mutlak oleh finalis Piala FA itu, dek kerana tiga kekalahan berturut-turut dialami Selangor.

Kemenangan 2-1 hasil jaringan penalti Safiq Rahim menewaskan Felda Utd 2 hari lalu, membolehkan Gergasi Merah Kuning mengekori Kelantan dengan beza 2 mata, namun untuk muncul juara seterusnya meraih gelaran hattrik,  Selangor perlu mengharapkan Kelantan tewas di Sabah, dan mereka sendiri menewaskan Perak. Walau Kelantan seri sekalipun, The Red Warriors akan muncul juara hasil kelebihan jaringan.

“bagi saya apa yang penting, persiapkan pasukan saya utk lawan Perak, kalau kita mintak Kelantan kalah, tapi kita sendiri tak dapat 3 mata, itu rugi. Tapi saya yakin, peluang tu ada, kalau kami laksanakan peluang, kami akan tewaskan Perak, dan Kelantan juga berdepan laluan sukar, main di tempat lawan, tekanan tinggi, Sabah pula bergelut di zon penyingkiran, dan perlu perbaiki kedudukan mereka pasti beri Kelantan saingan sengit". 

Aksi terakhir liga akan berlangsung pada 6 Julai (tertakluk kepada perubahan FAM), dan tempoh rehat panjang ini mahu dimanfaatkan sebaiknya Devan dengan memberi cuti 5 hari kepada pemainnya, seterusnya memulihkan fizikal dan mental.

Mereka akan kembali menjalani latihan pada Isnin (20 Jun) tanpa beberapa pemain kebangsaan termasuklah Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal, sebelum bertandang ke Ipoh, untuk terakhir liga.

8 comments:

Nik Zulkhairi said...

devan memang minat main perang psikologi, kadang2 sampai statement yg dia bagi tu nampak kelakar.

kelantan cuma nak seri. selangor nak kena menang dan berharap kelantan kalah. still devan kata kedudukan kelantan lebih sukar.

demo gak devan..

Anonymous said...

k devan tak mengalah lagi..jgn mengharap kelantan kalah..nti mkn diri..maluuuu..

Anonymous said...

devan xsupo irfan,kalu kaloh dio ngaku kelemahan dio.devan dio xse ngaku kelemahan dio biar keno katok parok sapa 5-1 pun.jadual pdt 2 sume team lalui blako.baso bodo.

kasimselamat said...

x mengaku kalah tu adalah seorang yang hebat tapi kita kena mengakui juga orang lain lagi kuat dan hebat daripada kita. x gitu....

ibun_jogho said...

Rata2 couch kata jadual padat padat padat padat padat.. Tp FAM kata xpa xpa xpa xpa..ini utk kbaikan team kbangsaan. Xkan nk jaga team kbangsaan je, team negeri mcm mana?

Truskan bjuang utk smua pasukan walaupun jadual padatpadatpadatpadatpadatpadat... FAM kan bapak, jadi kenalah ikut..walaupon anak penat.

Anonymous said...

devan ni ego,xmahu trima team org laen kuat.kalu die kalah die bgi alasan ajdual pdat.pdlhl org y lwn ngn die 2 pn jdual pdt gak.

ghani said...

fam gong juga...tinggal satu lagi plwn ambil masa kat sebulan untuk main...

abdulwahub said...

statement k debang ni hanya utk menyelamatkan diri dari kene pecat jer... haha boleh cuba rajalawak debang ni...