Monday, March 28, 2011

Bukan Sekadar Blog Berita Sukan..

Suara Sukan 1 Malaysia, atau lebih sesuai dilabel sebagai Majalah Sukan Maya, akan bertindak sebagai pelapor dan penyampai perkembangan sukan tempatan kepada anda, peminat sukan tanah air. Digerakkan bekas Wartawan Bernama TV, Muhammad Aiman, fokus utama blog atau Majalah Sukan Maya ini, adalah muncul blog sukan hiper-aktif yang memaparkan bukan sahaja perkembangan semasa dan terkini sukan tanah air, tetapi juga laporan khas yang mengupas pelbagai isu dan kontroversi menerusi sudut pandang penulis sendiri, rakan media lain mahupun pendapat yang disuarakan oleh tokoh-tokoh sukan.

Selain itu, Suara Sukan juga akan sentiasa hadir dengan laporan khas, Wira Tak Didendang, yang mana membolehkan peminat sukan di luar sana bukan sahaja mengenali dengan lebih dekat lagenda sukan yang sering mendapat perhatian media, tetapi juga tokoh-tokoh yang semakin hari semakin dilupakan jasa mereka yang pernah berjuang mengharumkan nama negara.

No comments: